Monday, 12 October 2015
MAHATHIR YANG LICIK!
Menjawab soalan wartawan berkait kritikannya kepada Najib. Mahathir menjawab ala ala Jokowi. Tiga ke lima patah perkataan sahaja.
"Dia kena letak jawatan."
"Jawatan PM dan Presiden parti lah".
"Malu negara media lapor Malaysia kurup (rasuah)".
"Saya dulu pun orang kata kurup.
"Tapi saya tak kurup."
Bahasa mudah untuk difahami. Ketika timbalannya Ghafar Baba dilihat setia, dia menukarkan dengan pendatang baru dalam politik BN iaitu Anwar Ibrahim. Ghafar dilihat tua dan tak berupaya menggantikannya walaupun sejak penubuhan UMNO Ghafar bersama. Awal daripada itu Mahathir pernah mengkritik PM pertama Tunku Abdul Rahman dalam buku The Malay Dilema. Beliau juga dikatakan berbaik dengan mahasiswa dan menyokong demonstrasi anti Tunku. Akhirnya dia dipecat pada tahun 1969. Di luar UMNO dia pernah naik ke pentas PAS di Klang mengkritik pemerintah.
Tetapi apabila Tun Razak menjadi PM, beliau diambil kembali masuk kerajaan pada tahun 1972. Di zaman Tun Husein Onn beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1976 dan pada tahun 1981 menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Bayangkan sudah dipecat keahliannya, tetapi boleh masuk semula UMNO dan naik begitu cepat sehingga menjadi Perdana Menteri. Inilah kelicikan Tun Mahathir.
Berbalik kepada timbalannya bernama Anwar Ibrahim yang dilihat paling berpengaruh dan berkeupayaan berbanding timbalannya yang lain seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Abdullah Badawi. Mahathir memberi kepercayaan kepada Anwar dalam masa yang singkat. Pengaruh lawannya KuLi berjaya dipatahkan pada tahun 1996 KuLi membubarkan Parti Melayu Semangat 46. Sebelumnya dalam perlawanan Mahathir vs KuLi 1987, bapa Anwar Dato' Ibrahim dilihat diantara pencatur yang membawa kemenangan Mahathir. Tidak pelik Mahathir menziarahi jenazah Al Marhum kerana mereka berkawan lama. Mahathir bercuti beberapa bulan pada tahun 1997. Anwar memangku.
Kesempatan itu digunakan Anwar untuk melakukan beberapa perubahan dan ramai 'orangnya' dibawa masuk ke tempat strategik dalam kerajaan dan UMNO. Pemilihan UMNO tahun tersebut, proksi Anwar memenangi Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO melalui Zahid Hamidi dan Dato Zaharah Sulaiman. Kempen menjatuhkan Mahathir mula digiatkan. 1998 melalui War Room mereka di Plaza Pekeliling, Zahid memulakan serangan kepada Mahathir dengan isu KKN (Kuropsi, Kronisme dan Nepotisme) yang melibatkan anak anak Mahathir secara terbuka dalam Perhimpunan Agung UMNO. Media media menyambut. Penyokong Mahathir membalas dengan mengedarkan buku '50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM' yang dikarang oleh Khalid Jefri. Ia diedar ke perwakilan berupa cerita cerita berbentuk tuduhan rasuah, liwat dan lain-lain.
Berakhir dengan Anwar dipecat pada 2 September 1998 ketika negara hangat dengan Sukan Komenwel yang julung-julung kali diadakan di Malaysia. Media melaporkan pengakuan Anwar bahawa tiada pergeseran diantara dia dengan Mahathir dan beliau setia dengan Mahathir. Namun Mahathir bertindak cepat memecat dua Ketua Pengarang orang Anwar di Utusan dan Berita Harian. Salah seorangnya Dato Johan Jaafar. Selepas dipecat. 20 September 1998 di hari Queen Elizibeth merasmikan penutup Sukan Komenwel, Anwar di tahan ISA dan mendengkam dalam penjara selama 6 tahun.
Gelombang reformasi memburukkan nama Mahathir. Kali pertama dalam sejarah selepas merdeka, berlaku protes besar besaran di ibu negara. BN tewas di negeri Terengganu. Pakatan pembangkang memenangi banyak kerusi di seluruh negara. Mahathir digelar Mahafiraun dan Mahazalim. Adakah beliau tewas? Selepas namanya buruk selama 4 tahun pasca pemecatan Anwar. Mahathir mengumumkan secara mengejut melepaskan jawatan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 22 Jun 2002. Ia mengejutkan pimpinan dan perwakilan. Segera dipujuk oleh timbalannya Pak Lah Badawi, Ketua Wanita Rafidah Aziz dan Ketua Pemuda Hishamudin Husin. Tengiang jeritan Rafidah, "Why! Why! Berakhir dengan Mahathir menerima pujukan dan menarik balik perletakan jawatan.
Namun selepas itu diumumkan plan peralihan kuasa beliau kepada Pak Lah Badawi setahun berikutnya. Lalu mulalah diceritakan kembali jasa besar Mahathir membangunkan Malaysia. Kemudian pada tahun yang sama Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan OIC dan NAM. Mahathir menggunakan kesempatan itu menghentam Amerika dan Zionis. Masyhurlah nama Mahathir di dunia Islam dan negara membangun sebagai hero umat Islam dan negara tertindas. Namanya diabadikan oleh pak pak arab sebagai pemimpin berani sehingga ke hari ini. Walaupun arab arab ini tidak tahu hubungan dan kerjasama baiknya dengan Amerika. Kemudian beliau melepaskan jawatan dengan nama yang terjulang.
Apabila penggantinya Pak Lah membebaskan Anwar. Ia mendatangkan kemarahan. Ditambah dengan penguasaan Khairy dan Kamaludin Abdullah dalam pelbagai perniagaan dan percaturan politik dalaman UMNO. Mahathir bekerjasama dengan blogger pro pembangkang Raja Petra melalui Malaysia Today menjadi penganjur pentas Mahathir mengkritik Pak Lah di Kelab Century Paradise di Ampang. Pemula kritikan itu disambut dan dijaja hari hari. Berakhir dengan BN tewas terus pilihanraya 2008 dan Pak Lah berjaya dijatuhkan.
Naik Najib juga atas percaturan Mahathir. Kini dia memulakan kempen menjatuhkan Najib. Ramai seronok dengan serangan Mahathir ini. Ramai optimis Najib akan berundur. Tetapi adakah ianya kejatuhan BN kepada pembangkang atau menguatkan BN pasca Najib.
Sejarahnya begini.
1. Mahathir lawan Tunku Abdul Rahman. Tunku kalah.
2. Mahathir lawan Tengku Razaliegh. KuLi kalah.
3. Mahathir lawan Anwar. Anwar kalah.
4. Mahathir lawan Pak Lah. Pak Lah kalah.
5. Mahathir lawan Najib. Siapa yang kalah?
Pokoknya keempat perlawanan sebelumnya memberi beberapa keuntungan dan kerugian kepada pembangkang. Untuk bertukar kerajaan tidak pernah sekali berlaku. Lalu lihatlah pula permainan Mahathir kali ini dalam 'game' menjatuhkan Najib ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment