Tuesday, 1 January 2013


ASKAR MELAYU MENJAGA `ISTANA DAP.............
Jelas dan terang, nasib dan akidah orang Islam kini dipersimpangan kehancuran.

SITUASI 1. Akibat fatwa songsang Hadi Awang pada tahun 1981 ramai kalangan orang Islam yang menyokong PAS tersasar dari akidah Islam sebenar. Mereka, penyokong PAS rata-rata berpendirian bahawa amanat itu adalah yang sahih dan benar sedangkan ia hanya sekadar pancingan undi politik
 bagi membenci dan menolak parti UMNO dan BN. Sehingga kinipun, masih ramai yang tidak menyedari bahawa `amanat' itu  hanya akan menyempitkan akidah. Mereka yg taksub merelakan apa sahaja sehingga mengasingkan kubur, mengkafirkan ayah kandungan, bercerai berai dan putus ikatan, membina surau berasingan bagi mengerjakan sembahyang Jumaat dan berbagai lagi.  Apakah akan terbina surau dan masjid berlabelkan `haram dan halal'!

SITUASI 2. Lim Guan Eng masih tidak putus-putus menyuarakan hasrat untuk mengunakan kalimah ALLAH bagi Bible versi Melayu. PAS mendiamkan diri. Kenapa ini berlaku sedangkan ulama PAS yang terdiri dari TG Nik Aziz, Hadi Awang, Tuan Hj Mustafa, Ustaz Sukri, Ust Harun Taib dan ramai lagi (Mat Sabu!) tidak berupaya malah seolah-olah longlai dengan permintaan LGE itu. Apakah pendirian ulama ini benar-benar mahu memperjuangkan Islam atau sekadar membiarkannya berlalu seperti hujan jatuh ke daun keladi! . Mungkin jawapan kepada persoalan LGE ini amat mudah untuk dijawab cumanya keperluan kepada `profesion' itu yg penting kerana kredibiliti dan kewibawaan yang diperhitungkan. Ucapan dan berdebatan Allahyarham Ustaz Ahmeed Deedat bersama  Father Jimmy Swaggard, Poster Stanley Sjoberg, Anis Shorrosh dan berbagai lagi melalui vedio atau CDnya menghimpunkan jawapan kepada persoalan LGE yang angkuh itu, tetapinya ia didalam bahasa Inggeris. Persoalannya, bukan kaedah mendapatkan jawapan atau bahasa perantaraan yg dipertuturkan, tetapinya mana dia pakar ilmuan PAS yang dikatakan berdiri menegakkan Islam hingga keakhir hayat. Apapun, hasrat ini bukannya perkara baru kerana ada kalangan pemimpin PKR yang bersetuju dan mungkin membenarkannya bila mendapat tampuk pemerintahan!. Sekadar memetik kata-kata Allahyarham Ahmed Deedat...berikan saya satu perkataan dalam mana-mana Bible (banyak keluaran) yang memetik perkataan ALLAH itu dalam kitabnya....kalau ia benar-benar betul!

SITUASI 3. Pemimpin PAS mendoakan kehancuran UMNO dan BN. Pelik dan menghairankan apabila para ulama PAS yang terdiri dari cendikiawan Islam mendoakan saudara seagamanya hancur dan binasa demi menegakkan sebuah parti politik dunaiwi yang pasti tidak kekal selama-lamanya mahupun parti lainnya. Ini tidak pula berlaku kepada DAP kepada MCA atau Gerakan mahupun sebaliknya Hindraf kepada MIC dan PPP!. Kenapa ini terjadi kepada PAS dan UMNO sahaja sedangkan mereka seagama. Ketaksubaan politik dunia telah melampau segala-galanya sehingga meresapi alam roh kehidupan ahli PAS. Mujurlah UMNO tidak berbuat demikian, setidak-tidaknya kita mengetahui dan menyedari siapa penghianat agama dan bangsa. 

SITUASI 4. Apakah PAS benar-benar memperjuangkan Islam?. Kalau ia benar berlaku kenapa terjadi pertukaran strategi dari Negara ISLAM kepada Negara KEBAJIKAN!. Keadaan ini berlaku hanya kerana SATU iaitu termertainya kesepakatan syaitan DAP-PAS. Mahu tak mahu atas dasar mahu menjatuhkan UMNO/BN dan merampas PUTRAJAYA, PAS membenamkan hasratnya menwujudkan negara Islam dan mengingkari amanat Presiden PAS terdahuluserta penyokongnya. Itupun penyokong PAS masih tak menyedari `permainan politik' pemimpin PAS yang ada kini. Pemimpin PAS merelakan segala-galanya hanya kerana DAP dan PKR sekutu yang mahu menghancurkan Islam dan bangsa Melayu.

SITUASI 5.  Kehadiran Nurul Izzah dalam arena politik menjadikan Islam semakin tersepit dek kerana kesombongan, keriakkan dan ketamakkan kuasa. Nurul berasa bangga bila mampu berucap demi bukan Islam disebuah gereja kerana secara terbuka memperkecilkan dan menghina kesucian Islam seolah menghalalkan gejala kemurtadan kalangan Islam di Malaysia. Nurul bangga mendapat tepukkan dan pujian.....kerana berani bersuara untuk mereka yg syirik terhadap ALLAH. 

SITUASI 6. PAS tidak pernah membantah aktiviti LGBT di Malaysia. Tindakkanya mendiamkan diri terhadap tindaklaku Anwar,  Ambiga dan sekutunya secara terangan merelakan gejala ini terus berleluasa atas alasan kebebasan bersuara dan bertindak. Bukan itu sahaja, PAS terus melangkau jauh, menerjah dan menendang Dr Hassan Ali dari arena politik kerana tidak sehaluan gara-gara tindakannya membenarkan JAIS membuat pemereksaan ke sebuah gereja yang sedang memperkenalkan tetamu baru (Introduction night) yang baru murtad, mengkritik penjualan arak, orang Islam berkerja di premis menjual bukan halal dan sebagainya. Nurul Izzah diam seolah-olah masih dibungkus selimut tebal yang menutupi telinga dan matanya. Ayahnya tak mahu ambil peduli kerana mahu menjaga hati LGE, KS dan sekutunya.

SITUASI 7. Melayu `berbunuh-bunuhan' di Gombak!. Situasi semakin membara seakan bermulalah detik perang saudara yang bermula di Gombak. Keadaan berlaku hanya kerana politik kotor yang menanam sikap benci membenaci terhadap sesama bangsa dan agama. Keadaan ini cukup sukar ditafsirkan tetapi ia berlaku hanya kerana tamakan kuasa dan kemewahan. Keadaan ini dijangka akan terus berlaku selagiceramah berapi-api yang seolah-olah menghalalkan pembunuhan semasa sendiri demi menegakkan politik!. Yang peliknya ditikan hanyalah penyokong sedangkan pemimpin selamat berada di dalam caravan atau kapalterbang. Yang mendapat habuan kemewahan adalah pemimpin, yang mendapat seksaan dan merana adalah penyokong!.  Penyokong tidak mendapat apa-apa tetapi pastinya orang Melayu sesama bangsa berbunuh-bunhuhan demi pemimpin yang taksub kerana tamak haloba. Nelayan, pekebun, pekedai kecil, peneroka tetap kekal walaupun `penyanggak' mendapat habuan. Mereka lupa Melayu `mati' keran dia. Itulah politik....

SITUASI 8. Kenapa PAS tidak mahu bersepakat dengan UMNO demi Islam dan bangsa Melayu. PAS merasakan dia lebih besar kerana adanya DAP dan PKR. Apakah benar apabila PR menang, PAS akan dapat mengjadi parti dominasi!. PAS atau PKR mungkin dapat yang dihajati iaitu menjadi PM dan menteri-Menteri tetapinya kuasa dan suara mutlak memerintah akan tetap pada DAP. Melayu dan Islam akan tersekat dan terpisah. Buktinya situasi 1 hingga 7 akan berlaku. Melayu berpecah kerana politik tetapi bangsa lain bersatu kerana mahu jatuhkan kuasa Melayu dan syiar Islam. Maka termakbullah `doa' PAS......
DAP akan menjadi tuan di tanah Melayu, Melayu tersungkur dan merempat di tanah tumpahnya. Tiada lagi Rajaku dan Sultanku, JAKIM, JAIS, JAIP dll seumpanya dibubarkan,  laungan Azan di sekat, slogan bahasa jiwa bangsa tiada lagi kedengaran malah bahasa Inggeris dan mandarin menjadi keutamaan. Askar Melayu sekadar penjaga`istana' DAP.....................................

 

No comments:

Post a Comment