Thursday, 17 January 2013


SAH ANWAR SOKONG KALIMAH ALLAH PADA BIBLE MELAYU


Anwar dan PKR akhirnya mengahkiri teka teki umat Islam di Malaysia dalam isu pengunaan Kalimah ALLAH bagi bukan Islam. Anwar bersetuju bahawa Kalimah ALLAH boleh digunakan dalam Bible versi Melayu, walaupun PAS telah menarik balik kenyataannya.

Kenapa Anwar tidak berganjak dengan pendiriannya walaupun seluruh umat Islam bangkit menentang sekeras-kerasnya hasrat Lim Guan Eng.

Apakah Anwar bukan seorang muslimin dan yang diperkatakan mempunyai aura Islamik yang menebal ketika berada di ABIM dan semasa dalam kerajaan dahulu! Malahan ketika Anwar berucap di hadapan kelompok masyarakat kampong-kampong, ayat-ayat suci AlQuran tidak putus-putus berkumandang dengan suara yang nyaring dan merdu, seolah-olah melebihi TGNA ataupun Hadi Awang mahupun Ustaz Nasharuddin. 

Anwar tetap Anwar, kata seorang sahabat bila mengajukan isu ini. Anwar adalah `kepala' segala pembelit dan penghianat agama, rela bersekongkol sesiapa sahaja demi mencapai hasrat politik peribadi yang amat menjijikan dan penuh kekotoran.   Tambahnya, kalau anaknya pun mempertaruhkan perjuangan kebebasan agama demi mendapat sokongan politik dan pengaruh peribadi, mereka berdua saling memahami dan saling bantu mebantu membelit, memutar dan menyeleweng melangari akidah didalam isu-isu yang menyentuh agama Islam bagi memenuhi kepentingan DAP dan musuh ALLAH. Merekalah (PKR) umat yang dinyatakan dalam sejarah kejatuhan Kerajaan Nasiriah Granada, Sepanyol tahun 1942: hayati, 

Tahun 1492, merupakan DETIK HITAM tamadun dan Islam di Semenanjung Iberia, Sepanyol. Kerajaan Nasiriah Granada yang berajakan Abu Adu’llah Muhammad telah kehilangan segala-segalanya kerana perjanjian Granada kepada Isabella dan Ferdiand. Lebih menghayatkan hati, kehilangan kuasa kepada bukan Islam kerana kekuatan Isabella dan Ferdinand semata-mata tetapi kerana `kerjasama, dokongan dan bantuan kaum Mudejar (orang Islam yang berkerjasama dengan pemerintah kristian Sepanyol).

Perjanjian Granada `berbunyi’ sungguh indah, menjanjikan hampir segala-galanya: keadilan, kebebasan bersuara, kesemarataan, azan dan beribadat Islam dibenarkan tanpa syak wasangka. Orang Kristian tidak dibenar mengintai rumah orang Islam dan mencemari masjid, malahan orang Kristian yang mengejek orang Islam akan dihukum mengikut perjanjian Granada. Lebih menajubkan undang Granada membenarkan pelaksanakaan undang Islam,  tanpa umat Islam dihukum mengikut undang Kristian Sepanyol. Malah mereka melepaskan cukai untuk semua.  Cantiknya undang Granada tidak terhingga. Umat Islam terpikat tanpa usul pereksa malah kaum Mudejar menjadi `pelobinya'  yang kuat.

Tetapi, janji dan manifesto tetap tinggal janji. Perjanjian diingkari, Cardinal Fransico memulakan pengkristinan paksa orang Islam. Rumah Muslim dipaksa gantung babi tanda mereka bukan lagi Islam. Inkuansi sepanyol dimulakan, sesiapa sahaja bukan Kristian katholik disalib, mata mereka dicungkil, diseksa dan ribuan Islam dimurtadkan, malah bangsa lain turut dihina, dittindas, dibunuh sewenang-wenangnya.

Alasan menumbangkan kerajaan Abu Adu'llahcukup mudah: hanya atas nama memerangi korapsi, kezaliman, dan kronisme, manifesto murah diuar-uarkan. Malah rakyat dibisik demgan halwa telinga yang menyebabkan mereka lewa, telinga mereka didodoikan bahawa andainya kerajaan baru tidak bagus, mereka boleh menukarnya.

PKR,  tidak ubah seperti kaum Mudejar, merelakan segalanya. Mereka bersahaja dan tidak mempedulikan Islam dihina dan dicaci malah sangup menyokong bermati-matian terhadap DAP walaupun mereka juga Islam. PKR melakukan apa sahaja untuk menjaga hati karipnya DAP dan pemimpinya sesorang kafir musyrik.

Ingatlah, perjanjian Granada bagaikan Buku Jingga yang menjanjikan segala-galanya cantik dan indah. Tetapi akhirnya umat Islam `bayaran' harga yang cukup mahal adalah untuk berada ditiang-tiang salib dengan mata yang dikorek dan kaki tanggan dikudung. Islam manakah kita!!!


 


No comments:

Post a Comment