PERHIMPUNAN KL112, HIMPUNAN SYAITAN.
PR tidak perlu mendabik dada, PR sewajarnya menerima hakikatnya perhimpunan KL112 menemui kegagalan.
Kehadiran yang mensasarkan 1Juta tersasara jauh. Penglibatan kaum bukan Melayu Cina, India dan kaum-kaum Sabah, Sarawak yang lain terlalu sangat kurang. Dianggarkan hanya 5,000 orang cina dan lebih mengejutkan
sokongan orang India dianggarkan kurang dari 500 orang. Pihak PDRM menanggarkan sekadar 40,000-50,000 sahaja yang hadir sedangkan pihak PR mengunakan pelbagai kaedah pengukuran untuk mewajarkan bilangan kehadiran melebihi 100,000 orang.
Isu-isu yang dibangkitkan penceramah-penceramah dari malam sebelum perhimpunan adalah merupakan isu lapuk dan tidak langsung mempunyai kaitan dengan matlamat HKR secara keseluruhan. Tindakan memanggil pekerja kilang bagi memberikan ceramah mengenai gaji minimum juga didapati
langsung dilihat tidak memberi kelebihan kepada mereka, begitu pun kehadiran Ustaz Adzhar Idrus, isu Kalimah ALLAH menyebabkan rakyat telah hilang kepercayaan kepada PAS dan juga `ustaz' seperti ini.
Janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan
100% kemiskinan jika berjaya menawan Putrajaya yang disebutkan Ketua Menteri
Pulau Pinang adalah sesuatu yang tidak logik sedangkan majoriti yang hadir adalah masyarakat Melayu melihat keadaan orang Melayu di Pulau Pinang
masih miskin dan juga di Kelantan
Sebilangan sahaja NGO yang terlibat, selebihnya tidak langsung dikenali oleh penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia sendiri. Mereka telah bosan dan mula menyingkirkan diri dari PR kerana tidak memberi sebarang kelebihan kecuali hanya menjadi `pak turut dan pencacai' bagi PR.
Pemimpin peringkat tertinggi PR menyedari bahawa perlantikan Mat Sabu sebagai
Pengarah Program adalah satu kesilapan yang amat besar kerana Mat Sabu
terserlah tidak mempunyai keupayaan dan kewibawaan untuk mendapat sokongan terbuka. Mat Sabu sendiri dibelenggu dengan pelbagai masalah khususnya rakyat menganggapnya sebagai pejuang komunis, pejuang Kalimah ALLAH untuk LGE dan bukan Islam, tidak bermoral dan tidak `cerdek' sebagai pemimpin yang berwibawa. Mat sabu adalah `pak lawak' dan hanya layak memberi ceramah di pekan-pekan kecil dan pendalaman di mana orang Melayu tidak berkeupayaan menerima maklumat sebenar.
Kejayaan kerajaan mengambil langkah blackout isu
perlu diberi penghargaan tinggi. Tiadanya media coverage oleh media arus perdana menjadi punca kenapa
himpunan ini kurang memberi impak berbeza dengan Bersih 3.0. PR yang sentiasa memingkirkan arus perdana pihak kerajaan `memakan diri' sedangkan Haji
Hadi Awang meminta diberikan slot khas di TV1 dan TV3 untuk menjelaskan
Amanat Hadi.
Tindakan beberapa kumpulan penyokong
beragama Islam sembahyang mengikut arah kiblat yang berbeza berjaya dirakam
oleh blogger UMNO dan dijadikan isu besar di media sosial tanpa dinafikan
penyokong Pakatan Rakyat.
Kegagalan media pro Pakatan Rakyat
menafikan keamanan dan kelancaran program ini ada kaitan dengan Akta
Perhimpunan Aman 2012 dan tindakan bijak pihak keselamatan memberikan kelebihan kepada kerajaan pimpinan Dato Seri Najib.
Anwar mahukan perhimpunan menjadi landasan mempamirkan rakyat menolak kerajaan dengan cara menimbulkan kucar kacir dan hura hara sedangkan keputusan penganjur bersetuju dengan 27
perkara tertentu dengan pihak polis telah mengurangkan keyakinan rakyat
terhadap ketegasan Pakatan Rakyat. Rakyat mula mempersoalkan kewajaran
persetujuan itu dan sejak bila pula Pakatan Rakyat akur kepada kehendak
polis?, Berbanding Bersih
3.0, soal keganasan polis terus menerus diperkatakan dan memberi kelebihan
kepada Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat setakat menang sorak..........
No comments:
Post a Comment