Sudah
bosan untuk mengulas mengenai desakan segelintir “orang kurang upaya
berfikir” yang mempersoalkan tentang ciri-ciri dan penggunaan dakwat
kekal di dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Bukan apa. Dari dulu
lagi kita sudah berulang-ulang kali menyatakan bahawa penggunaan dakwat
kekal itu tidak perlu dilaksanakan malah sistem
biometrik lebih relevan untuk diperkenalkan SPR, puak-puak ini tidak
setuju. Mereka tetap berdegil
dan mahu dakwat kekal digunakan. Dan apabila kemahuan mereka itu
dituruti SPR, macam-macam pula “bunyi” yang keluar dari mulut busuk
mereka. Kononnya dakwat itu tidak kekal dan membolehkan mereka mengundi
dua kali pada PRU ke-13 yang lalu.
Malah untuk merosakkan
reputasi SPR dan Kerajaan BN, puak pembangkang menjulang cerita kononnya
seorang pemuda telah hampir-hampir berjaya mengundi untuk kali kedua.
Peliknya, sehingga kini pemuda itu “ghaib” hilang entah ke mana…PAS
sedang hangat berkempen di PRK DUN Kuala Besut, Terengganu. Malangnya,
masih ada lagi “bunyi sumbang” yang mempertikaikan peranan dakwat kekal.
Malah Rafizi Ramli “gatal mulut” menimbulkan isu dakwat kekal. Kita tahu dakwat kekal
memang kurang efektif. Dari dulu lagi sudah katakan, dakwat kekal
tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia berbanding sistem biometrik. Tapi
memandangkan SPR masih mahu melayan kehendak bodoh puak pembangkang,
maka saya tidak mampu berbuat apa-apa. Namun sekiranya puak
pembangkang mahu “menguji” sistem ketelusan di dalam pilihanraya, maka
medan PRK DUN Kuala Besut sangat sesuai untuk diuji…
Timbalan
Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mencabar puak-puak pembangkang
supaya cuba mengundi sebanyak dua kali di PRK DUN Kuala Besut. Dia suruh
basuh dakwat kekal di jari pengundi dan cuba masuk ke pusat mengundi
untuk mengundi sekali lagi. Nah! Bagaimana? Sanggup
puak-puak pembangkang itu sahut cabaran Wan Ahmad? Cubalah kalau lepas
masuk! Selepas itu kita tengok siapa yang kena…Suka ingatkan pada
puak pembangkang, jika mereka berjaya membuktikan dengan telus bahawa
ada mana-mana pengundi yang berjaya mengundi dua kali, mai kita
mendesak supaya Pengerusi, Timbalannya dan seluruh kakitangannya
meletak jawatan serta merta. Namun sekiranya tidak
ada sebarang bukti yang kukuh dan dakwaan mereka gagal dibuktikan pada
PRK DUN Kuala Besut ini, maka seeloknya penggunaan dakwat kekal
dimansuhkan serta merta dan pemimpin pembangkang yang bersuara
mengenainya perlu meletak jawatan segera, berani?
Hakikat sebenar yang
perlu kita tahu bahawa tiada sebarang manipulasi, penyelewengan atau
ketidakadilan berlaku di sepanjang proses pengundian selama ini. Sistem
pilihanraya di Malaysia sebenarnya bersih dan berkreadibiliti. Dakwaan pembangkang
terhadap SPR dan Kerajaan BN tentang manipulasi sistem pilihanraya
sebelum ini hanyalah salah satu propaganda jijik yang sengaja
diada-adakan bagi memburuk-burukkan musuh politik mereka di mata rakyat. Paling utama, serangan
terhadap SPR dan Kerajaan BN itu hanyalah untuk menutup aib mereka yang
sudah berkali-kali kalah dan ditolak rakyat pada setiap pilihanraya.
Memang itu perangai pembangkang di Malaysia. Betapa buruk perangai
mereka. Percayalah, puak-puak
pembangkang itu tidak akan berani menyahut cabaran Wan Ahmad pada PRK
DUN Kuala Besut. Kalau mereka uji sekali pun, saya yakin mereka akan
“kantoi” dan akan lebih teruk dimalukan di khalayak rakyat Malaysia.
Kalau tidak percaya, nantikanlah 24 Julai ini…
No comments:
Post a Comment