Tulisan Tun Dr. Mahathir di blognya,
benar-benar menakutkan DAP. DAP terus melabelkan Dr. Mahathir dengan pelbagai gelaran
menjijikkan. DAP membantah isi kandungan dalam blog Dr.
Mahathir yang memperkatakan tentang perjuagan Melayu serta polarisasi
kaum yang semakin melebar ekoran keterujaan masyarakat Cina, khususnya
golongan muda mereka untuk menumbangkan kerajaan menerusi perhimpunan
serta perarakan dan rusuhan.
DAP seolah-olah cuba menolak pemimpin Melayu yang memberi nasihat dan amaran kepada masyarakat Melayu tentang
bahayanya mereka menurut dan tidak menjaga jati diri serta kepentingan
hak mereka di negara ini sebagai RASIS. Bukan rahsia lagi DAP seringkali menghasut masyarakat Cina agar
memperkukuhkan bangsa mereka dengan memastikan Melayu-Bumiputera tidak
boleh menyaingi atau menahan kehendak mereka. Dalam ceramah-ceramah
mereka yang menggunakan Bahasa Cina, itulah yang seringkali
diperkatakan. Bagaimanapun, untuk kelihatan ‘bersopan’ dan berlapik
sebagai politik, Melayu yang diperkatakan adalah UMNO. Apa-apa sahaja yang berkaitan UMNO akan segera dinyatakan sebagai
RASUAH, PENYALAHGUNAAN KUASA dan RASIS. Itu stigma yang telah ditanamkan
oleh para pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dari tahun 1964 lagi.
Masyarakat Cina seringkali dihasut kononnya mereka telah dilayan secara
tidak adil dan cukai-cukai yang mereka bayar telah dibazirkan oleh UMNO
dan Barisan Nasional. Perasaan bangga diri, angkuh dan bongkak telah lama ditanamkan oleh
para pemimpin DAP kepada masyarakat Cina, terutama sekali yang perasan
merea lebih baik daripada orang Melayu.
Anehnya, mereka tidak menganggap itu sebagai RASIS atau perbuatan
yang menjurangkan lagi POLARISASI biarpun bukti nyata menerusi kewujudan
sekolah-sekolah Cina yang semakin bertambah, desakan oleh
persatuan-persatuan mahupun Chambers of Commerce berasaskan Cina serta
tuntutan agar Cina diberikan lebih keistimewaan?, malah rela berbuat demonstarasi menugut kerajaan Pahang dalam hal ini! Paaling ketara apabila hampir
kesemua masyarakat Cina gagal berkomunikasi dan berinteraksi dengan
fasih menggunakan Bahasa Kebangsaan, termasuklah di kalangan para
pemimpin DAP sendiri.
Perubahan di kalangan masyarakat muda Melayu yang tidak pedulikan
tentang sejarah, memudahkan lagi kerja-kerja DAP yang mahu menguasai
negara ini dan mengubah Perlembagaan Malaysia serta Undang-Undang Tubuh
beberapa buah negeri termasuklah Perak agar lebih memudahkan DAP menjadi
Ketua Negara dan Ketua Negeri. Disebabkan itulah, sesiapa sahaja yang akan cuba menyedarkan orang
Melayu dan Bumiputera di negara tentang bahaya survival mereka sekiranya
dibiarkan DAP berterusan menjadi pencatur penting kuasa politik di
Malaysia, akan dilabelkan sebagai RASIS. Biarpun dibuktikan dan
dinyatakan bahawa yang RASIS sebenarnya adalah DAP, para pemimpin parti
tersebut jauh lebih bijak menyanggah dan kemudian menukarkan masalah
tersebut kepada musuh mereka.
Kita dapat melihat gerak kerja DAP yang lebih tersusun dan
berstrategik. Fasa terbaru sudah dimasuki setelah fasa-fasa sebelum ini
berjaya dimenangi oleh DAP termasuklah dalam isu KALIMAH ALLAH dan
isu-isu tanah. Pengulangan penghinaan terhadap DYMM Yang Di-Pertuan
Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu pastinya mengingatkan kita semula
kepada kisah pada Februari 2009 apabila DAP berjaya menggunakan orang
Melayu yang merupakan penyokong PAS untuk menghina DYMM Sultan Perak dan
DYMM Raja Muda Perak selain menyerang kedua-duanya menggunakan media
sosial. Cubaan tersebut telah disambut dengan penuh gembira dan dari semasa
ke semasa ia dipergiatkan. Pembabitan anak-anak muda Cina sama ada di
Malaysia apatah lagi di luar Malaysia, begitu menggalakkan. Kesemua itu tidak dianggap RASIS tetapi apabila ada pemimpin Melayu
yang menggesa Melayu-Bumiputera memperkukuhkan saf dan bersatu, ianya
dianggap sebagai RASIS.
Begitulah DAP… anehnya, ramai Melayu yang sangat terpengaruh dengan
tipu daya yang tidaklah sebijak mana tetapi sangat efektif ini.
13 Mei perlu berulang. ia akan memberi banyak pengajaran kepada generasi y..
ReplyDelete