Wednesday 17 July 2013

Calon ini dipecat UMNO!

Calon PAS bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Endut@Azlan Yusof sebelum ini didakwa pernah dipecat daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO, kata Datuk Seri Idris Jusoh. Idris ketika sidang media berkata Azlan, atau lebih dikenali sebagai Che Long oleh penduduk tempatan dipecat daripada jawatan berkenaan ekoran menunjukkan kecenderungan kepada PAS. "Dulu, lama dah ... Saya tak ingat tahunnya. Beliau AJK Pemuda UMNO Cawangan Gong Dering, Kg Baru," kata Ahli Parlimen Besut itu kepada pemberita. Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi menghormati calon berkenaan dan juga bulan Ramadhan. Jelas Idris lagi, PAS juga bukan sahaja sukar untuk menang di kerusi Kuala Besut, kerana kerusi ini merupakan legasi BN. "Mereka nak seri pun susah ... Lagikan nak menang," katanya. Tiga faktor yang menjadi kriteria dan kelebihan utama BN menang kerusi DUN Kuala Besut jelas Idris adalah calon mereka merupakan seorang ustaz, profesional dan juga orang muda. Malah, disebabkan itu juga beliau sekali lagi menegaskan sasaran majoriti 4,000 undi bagi BN akan dicapai memandangkan kelemahan PAS di kawasan yang dimenangi BN sejak Pilihan Raya 2009. Sementara BN cuba memastikan untuk tidak berlakunya DUN tergantung, PAS bagaimanapun mengharapkan agar berlaku DUN tergantung dengan 16:16 kerusi, kerana menurut mereka ia akan memberikan kelebihan kepada penduduk Terengganu.

No comments:

Post a Comment