Sunday, 28 July 2013

SUARAM - PENIPU BESAR

Propaganda yang kerap digunakan sesetengah pihak berhubung pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu dan dakwaan kaitannya dengan pimpinan negara, ditangkis hari ini apabila arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl, antara lain mendedahkan model Mongolia itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rundingan itu. Bercakap buat kali pertama mengenai urus janji itu, Jasbir juga bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka cuba memuktamadkan perjanjian itu. "Saya bersedia bersumpah atas buku suci (agama) saya, Guru Granth Sahib bahawa saya tidak kenal orang ini, bahawa dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan, tak pernah jumpa dia, bahawa dia tidak pernah berada di Perancis semasa keseluruhan masa kami cuba untuk memuktamadkan urus janji itu.
"Saya hanya tahu tentang dia apabila membaca akhbar pada 2006 bahawa mereka telah menjumpai mayatnya," katanya kepada The New Straits Times dalam laporan khas bertajuk Scorpene: The Untold Story, yang diterbitkan di sini hari ini. Jasbir juga menjelaskan jika Altantuya bertindak sebagai penterjemah bagi Abdul Razak Baginda, seorang bekas penganalisis politik tempatan yang membantu beliau menjadi orang tengah dalam urus janji itu, dia sepatutnya hadir pada semua mesyuarat dari tahun 2000.
Sebaliknya, dalam satu dokumen rasmi Perancis yang diberikan kepada NST, polis Perancis menyebut dengan tegas bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dari 1999 hingga 2006, tahun di mana dia meninggal dunia.
Ia juga menyebut bahawa semua mesyuarat berlangsung di Perancis dengan sebahagiannya di Malaysia dan semuanya dalam bahasa Inggeris."Ini apa yang saya katakan sekarang, anda faham. Inilah apa yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis," kata Jasbir. Abdul Razak, yang merupakan rakan rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menonjol namanya pada 2006 apabila didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya, 28, selepas dia cuba mengugutnya $500,000 daripada urus janji itu. Beliau dibebaskan pada 31 Oktober, 2008 apabila Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia mendapati tiada kes prima facie ke atasnya walaupun dua anggota polis terbabit dalam pembunuhan itu didapati bersalah.
Menurut keterangan Abdul Razak di mahkamah, dia hanya bertemu Altantuya pada akhir 2004, sementara urus janji Scorpene yang memasuki peringkat rundingan pada 2000 selesai pada 2002. Menjawab satu soalan berhubung keperluan melantik Altantuya sebagai penterjemah Abdul Razak, memandangkan beliau kerap dirujuk terutama melalui laman blog, Jasbir secara sinis berkata: "Anda tanya saya kenapa blog-blog ini asyik menjaja bahawa gadis ini penterjemah Razak. Anda patut ajukan soalan itu kepada blog-blog itu."
Laporan khas itu menimbulkan keraguan mengenai keperluan mengambil Altantuya sebagai penterjemah, apabila semua fakta menunjukkan bahawa rundingan dengan syarikat Perancis dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya, pasukan Perancis, pada awalnya diketuai seorang lelaki Inggeris, Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis, kata laporan itu. Sebagai tambahan, dalam keterangan kepada pihak berkuasa Perancis pada 2010, bekas pengurus pemasaran DCNS bagi Malaysia dan Singapura pada masa itu, Fredric Faura, memberitahu para penyiasat bahawa tiada keperluan bagi seorang penterjemah memandangkan rundingan itu dijalankan dalam bahasa Inggeris dan rakyat Malaysia fasih dalam bahasa itu, kata laporan itu.
Jasbir hairan kenapa tiada seorang pun mempersoal kewibawaan tokoh pembangkang yang mengaku menghasilkan gambar kononnya menunjukkan Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak, di sebuah restoran di Paris. "Dengan pengakuannya, keseluruhan hubungan ini adalah hal peribadi antara (Abdul) Razak dan Altantuya. Perjanjian beliau dengan wanita itu tidak ada kaitan langsung dengan urus janji Scorpene. "Agak malang kerana ia berlaku serentak dengan tercetusnya isu urus janji kapal selam. Razak satu-satunya orang yang ada kaitan dalam perkara ini," katanya. Jasbir adalah bekas kakitangan Thomson-CSF International (M) Sdn. Bhd, anak syarikat Thomson-CSF (sekarang Thales) Malaysia, dalam projek kapal ronda pesisir pantai (OPV) Tentera Laut Diraja Malaysia, SHORAD (sistem pertahanan udara jarak dekat) dan projek lain kepada Thomson-CSF dan anak syarikatnya.
Pengalamannya yang luas dalam bidang ini menyebabkan Thales meminta beliau untuk menganalisis, menilai dan membangunkan satu cadangan bagi membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menghasilkan pembelian Scorpene, kata laporan itu. — BERNAMA


Jasbir Singh Dedah Penipuan Suaram



Akhbar the New Straits Times semalam memberi ruang khas bagi menangani isu fitnah mengenai pembelian kapal selam scorpene serta pembunuhan Altantuya.  Isu ini sebelum ini telah pun tenggelam kerana segala pembohongan dan penipuan SUARAM dan pembangkang telah pun terbongkar. 

Namun, SUARAM dan pembangkang masih lagi berusaha untuk menghidupkannya mungkin kerana ketandusan isu.  Terbaru, SUARAM mengadakan Jamuan Berbuka Puasa dengan bertemakan fitnah ini bagi mengutip derma dari orang ramai.  Apa yang dilakukan oleh SUARAM ini amatlah jijik sekali kerana mengajak orang Islam berbuka dengan fitnah dan kemudiannya mengutip derma pula dari mereka. 

Justeru, usaha NST untuk memberi penjelasan terperinci mengenai isu ini dilihat sebagai usaha yang tepat bagi menghentikan SUARAM dari terus mengambil kesempatan ke atas orang ramai. Untuk tujuan itu, NST telah mewawancara Jasbir Singh Chahl iaitu seorang arkitek yang terlibat secara langsung dalam urusniaga ini. Nama Jasbir Singh Chahl pernah digunakan oleh SUARAM dengan mewar-warkan kononnya beliau merupakan antara salah seorang yang telah menerima sapina oleh mahkamah Perancis bagi kes ini.  Jasbir pantas menafikannya dengan membuat kenyataan balas melalui media bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang notis sapina. 

Dan kini, Jasbir tampil sekali lagi menerangkan apa yang telah diterangkan berkali-kali sebelum ini.   Antara fakta yang tidak pernah berubah sama ada dalam wawancara dengan Jasbir, kenyataan pihak Perancis, keterangan di mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya mahupun dalam penjelasan kerajaan Malaysia adalah: 

1.      Altantuya bukan seorang penterjemah malah penguasaannya dalam bahasa Perancis juga tidak dapat disahkan. 
2.      Semua yang terlibat secara langsung dalam urusniaga scorpene, termasuk Jasbir, tidak pernah berjumpa dengan Altantuya sepanjang tempoh urusniaga tersebut iaitu pada tahun 2000 - 2002. 
3.      Altantuya tidak pernah menjejakkan kaki ke Perancis dalam tempoh itu sepertimana yang disahkan oleh polis Perancis. 
4.      Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Altantuya sekali gus, hanya berjumpa dengan Altantuya pada tahun 2004. 
5.      Altantuya dibunuh pada tahun 2006. 
6.      Syarikat DCNS yang menjadi pembekal scorpene menjalankan semua urusannya dengan syarikat di seluruh dunia dalam Bahasa Inggeris serta tidak memerlukan penterjemah apatah lagi dari Mongolia. 
7.      Syarikat Perimekar yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT dan juga Boustead. 
8.      Syarikat Perimekar menerima bayaran atas perkhidmatan logistik, latihan serta pengurusan termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 staff dan 49 pegawai di Perancis dan Sepanyol. 
9.      Syarikat Perimekar tidak pernah menerima komisyen bagi pihak Dato' Seri Najib dan semuanya terbukti dalam laporan audit di mana keuntungan selepas cukai syarikat mencatatkan jumlah sebanyak RM105,111,191. 

Semua fakta dan angka yang dibentangkan adalah menepati gambaran penceritaan, kenyataan dan penjelasan semua pihak yang terlibat.  Tiada satu pun yang berubah.  Apa yang berubah hanyalah angka dan fakta yang dikemukakan oleh SUARAM dan pembangkang.  Oleh itu, kita tidak perlu menjadi seorang 'genius' untuk melihat pihak mana yang berbohong dan pihak mana yang bercakap benar sekiranya benar ikhlas ingin mencari kebenaran. Apa yang menarik ialah Jasbir, dikatakan hampir meninggikan suara ketika wawancara kerana berang dengan tuduhan yang tidak berasas pihak pembangkang.  Jelas, sebagai seorang arkitek berpengalaman dan telah bekerja dengan syarikat gergasi negara luar sejak berusia 20-an lagi, Jasbir kurang senang apabila namanya diheret ke dalam politik.  Beliau sebelum ini pernah bekerja di syarikat pertahanan dan pembinaan di London dan telah terlibat dalam urusan perniagaan berjumlan berbilion dolar.  Dari situ beliau membina hubungan yang baik dengan kontraktor pertahanan di Eropah.  Beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 sebelum menyertai syarikat Thomson-CSF Int. iaitu anak syarikat Thales yang mana membawanya kepada urusan pembelian scorpene oleh kerajaan Malaysia. 

Dengan penjelasan Jasbir, rakyat Malaysia wajar meletakkan titik noktah ke atas isu skandal scorpene ini.  Biarkan SUARAM dan pembangkang terus memainkan isu ini sesuka hati mereka kerana sesungguhnya ia tidak akan ke mana melainkan menghabiskan dana mereka sendiri. 


Sunday, 21 July 2013

ANTARA CHE LONG, AH LONG DAN CALON ...............

 
Sumber:  AAKJ
 
Terkini apa yang aakj dengar dari sumber rapat..dari bilik gerakan utama Pakatan bahawa Che Long atau Endut, Calon Pas Kuala Besut rupanya ada 'side bisnis', rupanya beliau terkenal d kalangan pengusaha Bot Pukat Laut Dalam kerana bermurah hati menjadi CETI atau AH LONG atau PEMINJAM WANG TANPA LESEN..benarkah dakwaan ini ?

Agak terkejut juga aakj bila dengar cerita ni, yelah..bukan kecik-kecik anak nak jadi PEMINJAM WANG TANPA LESEN ni..maklumlah mana-mana perniagaan "kewangan" yang tidak SAH maka risiko yang paling besar bakal d hadapi adalah pembayaran balik..Pinjaman TEKUN pun susah nak bayar..inikan pula 'pinjaman peribadi' yang d jalankan secara gelap..

Bagaimana Endut, calon Pas untuk Pilihanraya Kecil Kuala Besut menguruskan orang yang tak bayar ? Malah yang paling UTAMA, banyak mana duit yang Calon Pas Kuala Besut ni ada hinggakan khabarnya dari 10 pemilik bot atau pengusaha bot laut dalam 8 darinya meminjam dari Endut atau Che Long dan mereka d katakan terpaksa UNDI Calon Pas ini kerana dah termakan budi..

Pihak Bank Negara d harapkan dengan segera dapat menyiasat tentang hal ini..bukan sehari dua kegiatan ini d jalankan oleh Calon Pas Kuala Besut ini..dah lama katanya..bukan susah nak siasat..

Apakah HALAL mata pencarian Calon Pas Kuala Besut ini kalau bergelumang dengan KADAR BUNGA ?

"..Che Long..dari Ah Long jadi Calon..?" antara kiasan nakal d jeti pendaratan ikan Kuala Besut..

Kita tunggu dengar Nik Aziz bagi Fatwa
Kita tunggu dengar Hadi Awang nak kona lagumana
Kita tunggu dengar Azhar Idrus nak selamatkan guna hadis mana !!

Puak PAS berani mengundi DUA KALI?

Sudah bosan untuk mengulas mengenai desakan segelintir “orang kurang upaya berfikir” yang mempersoalkan tentang ciri-ciri dan penggunaan dakwat kekal di dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Bukan apa. Dari dulu lagi kita sudah berulang-ulang kali menyatakan bahawa penggunaan dakwat kekal itu tidak perlu dilaksanakan malah sistem biometrik lebih relevan untuk diperkenalkan SPR, puak-puak ini tidak setuju. Mereka tetap berdegil dan mahu dakwat kekal digunakan. Dan apabila kemahuan mereka itu dituruti SPR, macam-macam pula “bunyi” yang keluar dari mulut busuk mereka. Kononnya dakwat itu tidak kekal dan membolehkan mereka mengundi dua kali pada PRU ke-13 yang lalu.

dakwat_1 
Malah untuk merosakkan reputasi SPR dan Kerajaan BN, puak pembangkang menjulang cerita kononnya seorang pemuda telah hampir-hampir berjaya mengundi untuk kali kedua. Peliknya, sehingga kini pemuda itu “ghaib” hilang entah ke mana…PAS sedang hangat berkempen di PRK DUN Kuala Besut, Terengganu. Malangnya, masih ada lagi “bunyi sumbang” yang mempertikaikan peranan dakwat kekal. Malah Rafizi Ramli “gatal mulut” menimbulkan isu dakwat kekal. Kita tahu dakwat kekal memang kurang efektif. Dari dulu lagi sudah katakan, dakwat kekal tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia berbanding sistem biometrik. Tapi memandangkan SPR masih mahu melayan kehendak bodoh puak pembangkang, maka saya tidak mampu berbuat apa-apa. Namun sekiranya puak pembangkang mahu “menguji” sistem ketelusan di dalam pilihanraya, maka medan PRK DUN Kuala Besut sangat sesuai untuk diuji…

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mencabar puak-puak pembangkang supaya cuba mengundi sebanyak dua kali di PRK DUN Kuala Besut. Dia suruh basuh dakwat kekal di jari pengundi dan cuba masuk ke pusat mengundi untuk mengundi sekali lagi. Nah! Bagaimana? Sanggup puak-puak pembangkang itu sahut cabaran Wan Ahmad? Cubalah kalau lepas masuk! Selepas itu kita tengok siapa yang kena…Suka ingatkan pada puak pembangkang, jika mereka berjaya membuktikan dengan telus bahawa ada mana-mana pengundi yang berjaya mengundi dua kali, mai kita mendesak supaya Pengerusi, Timbalannya dan seluruh kakitangannya meletak jawatan serta merta. Namun sekiranya tidak ada sebarang bukti yang kukuh dan dakwaan mereka gagal dibuktikan pada PRK DUN Kuala Besut ini, maka seeloknya penggunaan dakwat kekal dimansuhkan serta merta dan pemimpin pembangkang yang bersuara mengenainya perlu meletak jawatan segera, berani?

Hakikat sebenar yang perlu kita tahu bahawa tiada sebarang manipulasi, penyelewengan atau ketidakadilan berlaku di sepanjang proses pengundian selama ini. Sistem pilihanraya di Malaysia sebenarnya bersih dan berkreadibiliti. Dakwaan pembangkang terhadap SPR dan Kerajaan BN tentang manipulasi sistem pilihanraya sebelum ini hanyalah salah satu propaganda jijik yang sengaja diada-adakan bagi memburuk-burukkan musuh politik mereka di mata rakyat. Paling utama, serangan terhadap SPR dan Kerajaan BN itu hanyalah untuk menutup aib mereka yang sudah berkali-kali kalah dan ditolak rakyat pada setiap pilihanraya. Memang itu perangai pembangkang di Malaysia. Betapa buruk perangai mereka. Percayalah, puak-puak pembangkang itu tidak akan berani menyahut cabaran Wan Ahmad pada PRK DUN Kuala Besut. Kalau mereka uji sekali pun, saya yakin mereka akan “kantoi” dan akan lebih teruk dimalukan di khalayak rakyat Malaysia. Kalau tidak percaya, nantikanlah 24 Julai ini…

Wednesday, 17 July 2013

PAS lebih gusar jika hati DAP tersentuh....


Vivian Lee yang mengajak umat Islam berbuka dengan Bak Kut Teh serta bangga mempertontonkan aksi lucahnya di internet, pernah bergambar bogel dengan memegang bendera BN dalam usaha provokasi PRU-13. Tidak lama selepas itu, gambar beliau bersama Nurul Izzah pula tersebar. Jelas dari gambar tersebut, mereka begitu mesra sekali. Tidak mustahil mereka sudah kenal lama dan saling berhubung kerana Nurul Izzah merupakan pejuang kebebasan mutlak atas nama hak asasi manusia. Oleh itu, tindakan Vivian bolehlah dibela atas nama hak asasinya. Apa yang menarik ialah, apabila isu Bak Kut Teh meletup, tiba-tiba saja ada usaha di laman-laman sosial untuk menunjukkan yang Vivian dan Alvin, pasangannya, sebagai penyokong Barisan Nasional. Ini berdasarkan snapshot laman sosial mereka yang konon menyatakan sokongan kepada konsep 1Malaysia. Namun, snapshot tersebut tidak mampu menandingi impak dari gambar Vivian bersama Nurul Izzah. Malah, provokasi yang dilakukannya dengan memegang bendera BN sambil berbogel membuktikan bahawa Vivian adalah penyokong pembangkang, bukan BN.

Usaha pembangkang untuk memperlihatkan Vivian sebagai penyokong BN membuktikan yang mereka sememangnya pencetus kepada budaya biadap ini dan mereka menjadi bimbang yang ianya sudah berada di luar kawalan. Vivian bukan orang pertama yang menghina atau mencabar orang-orang Melayu Islam. Malah, sebelum beliau sudah berpuluh-puluh lagi yang melakukannya tanpa dikenakan tindakan. Paling hebat, Namewee yang menjadi pelopor kegiatan ini bukan sahaja tidak dikenakan tindakan tetapi dinobatkan pula sebagai ikon serta diberi peluang berkarya yang mana tidak mungkin dapat dinikmati oleh karyawan lain yang setia dan taat pada Raja dan Negara.

PAS sebagai pembangkang perlu bangun mendesak kerajaan agar berbuat sesuatu. Bukankah itu tugasnya pembangkang iaitu menegur dan mengkritik kelemahan kerajaan? Namun, pelik sekali kerana ini tidak berlaku, malah PAS bagai tidak tersentuh sangat dengan perbuatan mereka-mereka yang menghina Islam.


Nampaknya PAS lebih gusar jika hati DAP yang tersentuh, pastinya kerana semua yang menghina Islam itu adalah penyokong-penyokong DAP. Sebenarnya, apa yang dilakukan Vivian dan Namewee adalah sama saja tahap kebiadapannya. Namewee mempermainkan azan dalam ‘karyanya’ dan Vivian pula mengajak kita berbuka puasa dengan babi. Tetapi, Namewee mendapat pembelaan MCA manakala Vivian pula turut ditempelak oleh MCA dan juga DAP. Malah, DAP turut membuat kenyataan mendesak agar beliau dan pasangannya dikenakan tindakan. Perkembangan ini menunjukkan bahawa pemimpin kaum Cina juga semakin gusar dengan tindakbalas orang Melayu terhadap kebiadapan penyokong mereka dari produk SJKC. Namun, itulah realitinya bahawa anak-anak produk SJKC memang biadap! Dan mereka yang biadap inilah yang menyokong pembangkang.

Jika kalah PRU juga penyokong pembangkang begitu biadap, bayangkanlah sekiranya mereka menang dan menjadi pemerintah. Agak-agak apakah jenis penghinaan yang akan mereka lakukan terhadap Islam dan Melayu? Dan jika belum berkuasa juga kita tidak punya kuasa untuk menghukum mereka, bayangkan sekiranya mereka berkuasa. Agak-agak apalah agaknya yang produk SJKC ini akan lakukan kepada kita? Tentulah lebih dahsyat lagi mereka bermaharajalela.
Strategi PAS akan bermula pada 18 Jul 2013 sehingga hari pembuangan undi telah pengesahan  berlakunya keretakan di kalangan mereka. Kini ada perubahan radikal dalam cara PAS menjalankan kempennya sempena PRK Kuala Besut yang sedang berlangsung sekarang. Pendekatan tradisional yang biasa dikaitkan dengan parti tersebut dalam mana-mana kempen sebelum ini masih diamalkan tapi corak kempen baru sedikit-sedikit sudah mula mengambil tempat. Pendekatan paling menarik perhatian ramai - penggunaan gadis-gadis penyokong PAS yang muda dan cantik untuk menarik sokongan pemuda Kuala Besut agar mengundi PAS. Kalau dulu gadis-gadis yang terdiri dari para mahasiswi universiti tempatan ini hanya digunakan untuk mendekati pengundi wanita melalui kempen rumah ke rumah atau menjadi anak angkat sahaja sepanjang kempen berlangsung. Sekarang bukan setakat jadi anak angkat, kelebihan yang ada pada mereka digunakan untuk ‘menggoda’ anak muda tuan rumah agar mengundi PAS pula. Cara baru ini digunakan setelah PAS melihat jumlah pengundi muda dan baru Kuala Besut, mencecah 56% dari keseluruhan pengundi melebihi 17,000 orang. Sememangnya tidak ada masalah dengan pendekatan drastik PAS ini untuk memenangkan calon mereka di Kuala Besut. Menyelami PAS, MatMerapu melihat pendirian PAS lebih menjurus kepada...... "Orang hendak kata eksploitasi wanita atau apa, itu terserah, yang penting PAS hendak menang dan Pakatan Pembangkang berusaha untuk menjatuhkan morale UMNO/BN sejak keputusan PRU13. Cuma yang mungkin kurang memberi kesan ialah penampilan gadis-gadis PAS yang rata-rata bertudung litup ketika menjalankan kempen. Kenapa nak bertudung pula kalau matlamatnya untuk menggoda pemuda-pemuda Kuala Besut agar mengundi PAS? Bukankah lebih baik kalau pemakaian dengan gaya yang lebih santai digunakan. Masih boleh bertudung, cuma tidak perlulah berbaju kurung, jubah dan sebagainya. Memadai dengan berseluar jeans, berbaju T-Shirt dan seumpamanya......hehehe!!! MatMerapu menjangka bahawa sokongan pemuda-pemuda pengundi Kuala Besut terhadap PAS berkemungkinan besar akan meningkat kalau cara pemakaian yang lebih ‘kena pada tempat’ digunakan gadis-gadis PAS......hahaha!!! Pada PRK Kuala Besut,PAS dilihat cuba keluar dari kepompong jumud dan ketinggalan zaman kerana ingin terus relevan dalam politik tanahair. PAS turut dilihat cuba mengimprovasikan corak berkempennya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman, dengan pendekatan menggunakan gadis-gadis muda dan kini berani keluar dari lingkaran fahaman agama yang jumud demi kejayaan yang lebih besar. Kalaulah dalam usaha berkempen tersebut, ada yang ‘melekat’ sehingga ke jinjang pelamin, generasi yang bakal dilahirkan nanti adalah bakal pengundi PAS semuanya. Pendekatan baru PAS ini akan membawa dimensi cabaran baru kepada UMNO/BN namun MatMerapu yakin bahawa UMNO/BN lebih bersedia dan bijak dalam pelaksanaan kempen mereka bagi mengekalkan kemenangan kerusi DUN Kuala Besut.....insya'Allah.

Calon ini dipecat UMNO!

Calon PAS bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Endut@Azlan Yusof sebelum ini didakwa pernah dipecat daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO, kata Datuk Seri Idris Jusoh. Idris ketika sidang media berkata Azlan, atau lebih dikenali sebagai Che Long oleh penduduk tempatan dipecat daripada jawatan berkenaan ekoran menunjukkan kecenderungan kepada PAS. "Dulu, lama dah ... Saya tak ingat tahunnya. Beliau AJK Pemuda UMNO Cawangan Gong Dering, Kg Baru," kata Ahli Parlimen Besut itu kepada pemberita. Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi menghormati calon berkenaan dan juga bulan Ramadhan. Jelas Idris lagi, PAS juga bukan sahaja sukar untuk menang di kerusi Kuala Besut, kerana kerusi ini merupakan legasi BN. "Mereka nak seri pun susah ... Lagikan nak menang," katanya. Tiga faktor yang menjadi kriteria dan kelebihan utama BN menang kerusi DUN Kuala Besut jelas Idris adalah calon mereka merupakan seorang ustaz, profesional dan juga orang muda. Malah, disebabkan itu juga beliau sekali lagi menegaskan sasaran majoriti 4,000 undi bagi BN akan dicapai memandangkan kelemahan PAS di kawasan yang dimenangi BN sejak Pilihan Raya 2009. Sementara BN cuba memastikan untuk tidak berlakunya DUN tergantung, PAS bagaimanapun mengharapkan agar berlaku DUN tergantung dengan 16:16 kerusi, kerana menurut mereka ia akan memberikan kelebihan kepada penduduk Terengganu.

Monday, 1 July 2013

DAP parti yang rasis sentiasa menyimpan impian meruntuhkan tamadun Melayu????

Tulisan Tun Dr. Mahathir di blognya, benar-benar menakutkan DAP. DAP terus melabelkan Dr. Mahathir dengan pelbagai gelaran menjijikkan. DAP membantah isi kandungan dalam blog Dr. Mahathir yang memperkatakan tentang perjuagan Melayu serta polarisasi kaum yang semakin melebar ekoran keterujaan masyarakat Cina, khususnya golongan muda mereka untuk menumbangkan kerajaan menerusi perhimpunan serta perarakan dan rusuhan.

DAP seolah-olah cuba menolak pemimpin Melayu yang memberi nasihat dan amaran kepada masyarakat Melayu tentang bahayanya mereka menurut dan tidak menjaga jati diri serta kepentingan hak mereka di negara ini sebagai RASIS. Bukan rahsia lagi DAP seringkali menghasut masyarakat Cina agar memperkukuhkan bangsa mereka dengan memastikan Melayu-Bumiputera tidak boleh menyaingi atau menahan kehendak mereka. Dalam ceramah-ceramah mereka yang menggunakan Bahasa Cina, itulah yang seringkali diperkatakan. Bagaimanapun, untuk kelihatan ‘bersopan’ dan berlapik sebagai politik, Melayu yang diperkatakan adalah UMNO. Apa-apa sahaja yang berkaitan UMNO akan segera dinyatakan sebagai RASUAH, PENYALAHGUNAAN KUASA dan RASIS. Itu stigma yang telah ditanamkan oleh para pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dari tahun 1964 lagi. Masyarakat Cina seringkali dihasut kononnya mereka telah dilayan secara tidak adil dan cukai-cukai yang mereka bayar telah dibazirkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Perasaan bangga diri, angkuh dan bongkak telah lama ditanamkan oleh para pemimpin DAP kepada masyarakat Cina, terutama sekali yang perasan merea lebih baik daripada orang Melayu.
Anehnya, mereka tidak menganggap itu sebagai RASIS atau perbuatan yang menjurangkan lagi POLARISASI biarpun bukti nyata menerusi kewujudan sekolah-sekolah Cina yang semakin bertambah, desakan oleh persatuan-persatuan mahupun Chambers of Commerce berasaskan Cina serta tuntutan agar Cina diberikan lebih keistimewaan?, malah rela berbuat demonstarasi menugut kerajaan Pahang dalam hal ini! Paaling ketara apabila hampir kesemua masyarakat Cina gagal berkomunikasi dan berinteraksi dengan fasih menggunakan Bahasa Kebangsaan, termasuklah di kalangan para pemimpin DAP sendiri.

Perubahan di kalangan masyarakat muda Melayu yang tidak pedulikan tentang sejarah, memudahkan lagi kerja-kerja DAP yang mahu menguasai negara ini dan mengubah Perlembagaan Malaysia serta Undang-Undang Tubuh beberapa buah negeri termasuklah Perak agar lebih memudahkan DAP menjadi Ketua Negara dan Ketua Negeri. Disebabkan itulah, sesiapa sahaja yang akan cuba menyedarkan orang Melayu dan Bumiputera di negara tentang bahaya survival mereka sekiranya dibiarkan DAP berterusan menjadi pencatur penting kuasa politik di Malaysia, akan dilabelkan sebagai RASIS. Biarpun dibuktikan dan dinyatakan bahawa yang RASIS sebenarnya adalah DAP, para pemimpin parti tersebut jauh lebih bijak menyanggah dan kemudian menukarkan masalah tersebut kepada musuh mereka.

Kita dapat melihat gerak kerja DAP yang lebih tersusun dan berstrategik. Fasa terbaru sudah dimasuki setelah fasa-fasa sebelum ini berjaya dimenangi oleh DAP termasuklah dalam isu KALIMAH ALLAH dan isu-isu tanah. Pengulangan penghinaan terhadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu pastinya mengingatkan kita semula kepada kisah pada Februari 2009 apabila DAP berjaya menggunakan orang Melayu yang merupakan penyokong PAS untuk menghina DYMM Sultan Perak dan DYMM Raja Muda Perak selain menyerang kedua-duanya menggunakan media sosial. Cubaan tersebut telah disambut dengan penuh gembira dan dari semasa ke semasa ia dipergiatkan. Pembabitan anak-anak muda Cina sama ada di Malaysia apatah lagi di luar Malaysia, begitu menggalakkan. Kesemua itu tidak dianggap RASIS tetapi apabila ada pemimpin Melayu yang menggesa Melayu-Bumiputera memperkukuhkan saf dan bersatu, ianya dianggap sebagai RASIS.

Begitulah DAP… anehnya, ramai Melayu yang sangat terpengaruh dengan tipu daya yang tidaklah sebijak mana tetapi sangat efektif ini.