Selepas PRU 13, masyarakat Malaysia kini dilihat berada dipersimpangan yang berlainan kerana.....
Mungkin analoginya begini..........ada satu kampung, berzaman-zaman
penduduk kampung berbilang kaum hidup bersebelahan tanpa masalah. Satu perkara
yang semua orang kampung mementingkan ialah AIR di belakang kampung. Semua
orang perlukannya dan semua orang faham bertapa pentingnya AIR itu kepada
mereka. Dalam kampung itu, ada dua fahaman tentang istillah AIR itu. Kumpulan A
kata AIR itu tetap AIR, tiada istillah persamaan. Kumpulan B pula selain
gunakan istillah AIR, mereka juga gunakan istillah WATER, SHUI, THANNI untuk
AIR bagi penduduk yang berlainan etnik. Kumpulan B juga kata AIR itu
H2O1.
Kumpulan A tidak kira etnik apa
latar belakang apa wajib guna istillah AIR sahaja, kumpulan B pula selain AIR
juga istillah yang lain, dan katakan AIR itu H2O1. Satu hari seorang pemimpin
kampung dari kumpulan A lantang dalam mesyuarat kampung terang-terang kata
memandangkan Kumpulan A menggunakan istillah AIR sahaja dan Kumpulan B pula
TIDAK gunakan istillah AIR sahaja, malah mereka juga pakaiguna istillah WATER,
SHUI, THANNI, dan percaya AIR itu H2O1, maka Kumpulan B telah menyekutukan AIR
dengan Hidrogen dan Oksigen, maka konsep AIR mereka adalah “salah” dan
“tercemar” dan “terkutuk”, sebab AIR itu hanya dan tetap AIR, tiada sekutu, ia
tulen dan tetap AIR, jadi kalau Kumpulan B tidak memahami AIR itu secara
Kumpulan A, maka istillah “AIR” itu tidak boleh dipakaiguna oleh mereka. Apatah
lagi mereka percayakan 2 Hydrogen dan 1 Oksigen selain AIR, itu menyekutukan
AIR yang tulen yang maha Satu, itu kesalahan besar dan akan menggelirukan
penduduk Kumpulan A dalam kampung tentang AIR itu.
Hayatilah, selepas PRU 13, AIR bukan lagi AIR bagi masyarakat Malaysia......................
No comments:
Post a Comment