Dengan
perpecahan kaum melayu maka jatuhlah P.Pinang ketangan DAP kali kedua dan beberapa kawasan majoriti Cina di Malaysia. Kini DAP mengidamkan
pula untuk `memerintah negara' melalui bantuan khususnya PKR yang mengendalikan siri-siri demonstrasi kemarahan rakyat, bangkit dn sebagainya.
DAP kini semakin berani `memasang perangkap' untuk memerangkap orang-orang Melayu agar menyokong
mereka dengan bantuan rakan sejatinya PAS dan
PKR. DAP kini cuba mempergunakan PAS dan PKR yang begitu mabuk berkuasa dan terlalu
teringin hendak berkuasa. Depan PAS dan PKR mereka
sokong namun di belakang mereka dan di hadapan penyokong mereka sendiri tetap tidak
menyokongnya.
PAS/PKR dan
penyokongnya tidak sedar ini semua demi kuasa mereka lupa akan sejarah dan demi
kuasa mereka sanggup membuat segalanya. DAP mempergunakan Anwar Ibrahim begitu gila nak jadi Perdana Menteri dan pengaruhnya
begitu besar maka segala tindak tanduk Anwar Ibrahim semuanya sokong, walau
mereka tahu akan hakikat yang sebenarnya tidak akan kecapaian namun, demi merialisasikan impian
mereka, DAP pejamkan mata dan buat-buat tidak nampak. Dalam sedar atau tidak
pepecahan Melayu kini mengundang seribu satu bencana kepada agama, bangsa dan
negara. Perpecahan ini akan digunakan sebaik mungkin oleh DAP untuk mendapat
kuasa. DAP menggunakan pelbagai cara sama ada secara biarpun diluar dugaan orang Melayu. Dengan cara tarik tali antara PAS dan PKR ada masanya menyokong
dan ada masanya membantah agar DAP akan dianggap `pahlawan’ di kalangan orang2
Melayu dan kaum lainnya.
DAP begitu bijak dalam permainan tarik tali ini, mereka
mengunakan apa saja hatta mencampuri urusan agama Islam untuk menarik perhatian
secara tidak langsung PAS yang merupakan
sahabat sejati mereka menyokong dengan mengeluarkan fatwa-fatwah dan
sebagainya. Segala kritikan masyarakat terhadap tingkah laku mereka tenggelam
begitu saja dan mereka tidak perlu bersusah payah menjawabnya kerana PAS dengan
penyokong-penyokong taksubnya dengan sukarela menjawab dan mempertahankan apa
saja yang akan dilakukan. Inilah keistimewaan yang diperoleh oleh DAP bila mempunyai sahabat
sejati seperti PAS, segala kesalahannya sanggup dipikul oleh PAS dan
penyokong-penyokongnya.
Apa lagi
kini penyokong-penyokong PAS sanggup bermatian mempertahankan segala tindak
tanduk DAP maka kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh DAP yang telah
mengkaji dan mengaji lebih dari PAS akan segala kemungkinan yang akan terjadi. Semua
ini tidak nampak oleh PAS yang dipimpin oleh mereka yang bernafsu besar kemaruk
untuk berkuasa. Apa yang ada dalam kepala pemimpin-pemimpin PAS adalah kuasa
dan mereka sanggup kehilangan segalanya asalkan dapat berkuasa walaupun agama
dan bangsa menjadi taruhannya.
Memang dan
sememangnya apa yang dirancangkan oleh DAP menampakan kejayaan, kini Melayu
semakin berpecah dan dipecahkan secara tidak langsung oleh pemimpin-pemimpin PAS
dan PKR. Inilah perancangan halus DAP sebagaimana perancangan mereka semasa
menawan Pulau Pinang. Mereka perlu kepada pepecahan ini agar undi memehak
kepada mereka. Namun semua ini tidak nampak oleh PAS dan PKR, mereka hanya
nampak kuasa dihadapan walaupun akan menghancurkan bangsa mereka sendiri.
Itulah
sebabnya DAP begitu menyayangi Anwar Ibrahim mereka tahu akan kebolehan dan
kelebihan Anwar Ibrahim dalam bab pecah memecahkan bangsa, dalam masa yang sama
mereka akan memasang perangkap secara tidak langsungnya. DAP begitu teliti
dalam menjalankan apa yang dirancangnya dan susah untuk dikesan oleh sahabat-sahabatnya
PAS dan PKR. Mereka DAP tahu bahawa penyokong-penyokong PAS dan Anwar Ibrahim
begitu taksub terhadap pemimpin mereka dan sanggup berbuat apa saja asl
diarahkan. Ini menjadi satu kelebihan dalam rancangan DAP agar melayu berpecah
dan seterusnya mendapat apa yang dirancang.
Sedarlah
wahai orang-orang Melayu, sedarlah! marilah kita bangun bersama untuk
mempertahankan agama, bangsa dan negara dari ancaman petualang-petualang. Bangunlah
dan bersatulah demi agama, bangsa dan negara.Ingatlah betapa susah payahnya
pejuang-pejuang negara untuk memerdekakan negara dari dijajah.Hargailah segala
pengorbanan mereka dengan mempertahankan negara sehingga ketitisan darah yang
terakhir.
Sedarlah
wahai bangsa ku... bersatulah! demi agama,bangsa dan negara dari musuh2 politik
yang inginkan perpecahan bangsa melayu demi merialisasikan impian mereka untuk
berkuasa. Sedarlah! bangunlah dari tidur dan mimpi-mimpi indah dan bukalah
minda anda semua seluas-luasnya demi jenerasi kita akan datang...Ada otak fikir..ada
akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri keluarga,agama,bangsa dan negara
jangan gadai.
No comments:
Post a Comment