Sindiran kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X
Komrad Azran yang dikasihi,
Sebagai rakan Melayu yang membenci dirinya sendiri, izinkan saya secara rasmi
mengalu-alukan anda untuk menyertai Self-Hating
Malay Club (SHMC). Di SHMC, moto kami adalah 'Untuk menyekat kebebasan
bersuara/penyataan pendapat oleh orang Melayu'. Matlamat kami adalah untuk menakut-nakutkan orang
Melayu dan menjadikan mereka berasa tidak selamat, rendah diri dan bersalah. Ahli-ahli SHMC direkrut secara jemputan sahaja.
Berikutan anda telah menunjukkan sikap angkuh yang amat sangat dalam twitter
anda, kami merasakan bahawa anda layak untuk menyertai kelab kami yang terkenal
ini.
Komrad,
Dalam hal suntikan twitter anda terhadap Utusan
Malaysia, anda benar-benar betul. Bagaimana begitu berani akhbar ini
menyuarakan apa yang majoriti orang Melayu sedang fikir? Tindakan itu adalah
tindakan orang kufur? Sebuah akhbar sepatutnya hanya melaporkan apa yang dianggap
politik sebagai betul.
Ini bermakna anda bebas untuk menulis apa sahaja
yang merendah-rendah dan menjatuhkan martabat orang Melayu, tetapi tidak akan
menulis apa-apa kritikan terhadap orang Cina. Jadi apa masalahnya jika akhbar-akhbar vernakular
sejak sekian lama telah menulis artikel yang lebih bersifat perkauman dan
sensitif sejak lima tahun yang lalu? Kami orang Melayu yang membenci diri
sendiri hanya memahami bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Oleh itu, kami boleh
memaafkan orang Cina yang telah banyak menderita.
Saya mencadangkan agar anda berhubung dengan
rakan-rakan kami daripada Anti Defamation League (ADL) dan belajar daripada
mereka bagaimana mereka mendiskriminasi dan membuli orang Islam dengan cara
yang sangat canggih. Komrad Tian Chua akan dapat memberi anda nombor telefon
berkenaan.
Komrad,
Orang Cina telah tinggal di neraka selama hampir 60
tahun. Mereka telah didiskriminasi dan diseksa oleh orang Melayu. Orang Melayu
tidak pernah melakukan apa-apa untuk faedah orang Cina! Jangan tertipu dengan perbuatan baik orang Melayu
membeli dari kedai milik orang Cina dan pasar raya walaupun terdapat kedai
Melayu berdekatan - orang Melayu hanya menipu. Juga jangan mendengar orang yang mengatakan 90
peratus daripada 10 orang terkaya di Malaysia adalah orang Cina! Itu adalah satu pembohongan! Itu bukan orang Cina!
Mereka adalah orang Melayu yang telah melakukan pembedahan plastik untuk
kelihatan seperti orang Cina! Ini adalah konspirasi BN! Orang Cina tidak boleh
hidup di negara ini kerana keadaannya begitu dahsyat.
Komrad,
Kita di SHMC perlu melakukan apa yang orang Cina
telah buat - Buy Malays Last! Cuba lihat pendapatan purata orang Cina demi
kebaikan kita semua - mereka telah menderita begitu banyak komrad! Di SHMC,
kami mahu memastikan bahawa tidak ada orang Melayu yang akan mempersoalkan
orang Cina lagi! Jika ada orang Melayu yang berani untuk mempersoalkan motif
orang Cina, kami di SHMC akan melaporkannya kepada PDRM yang korup.
Komrad,
Saya gembira kerana syarikat anda berkongsi warna
korporat yang sama dengan rakan kita di Pulau Pinang (iaitu DAP). Adalah malang
bahawa anda tidak bercakap sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika
tidak, kami boleh memberitahu komrad Kit Siang dan komrad Guan Eng mengenai
anda. Anda boleh menjadi Yang Berhormat sekarang, bukannya bekerja untuk bos
yang kapitalis!
Komrad,
Dari semasa ke semasa, orang mungkin bertanya
mengapa anda boleh menjadi orang Melayu yang membenci diri sendiri. Pada SHMC,
slogan standard kami adalah - Salahkan BN! Jika anda memakai seluar salah untuk
pergi bekerja - Salahkan BN! Jika anak anda membesar menjadi anak tidak
bersyukur - Salahkan BN. Jika hujan hari ini - Salahkan BN. Pada asasnya
komrad, Salahkan BN untuk segala-galanya. Adakah anda faham?
Komrad,
Sila beritahu orang Melayu yang mudah terpedaya
tentang kebenaran ini.
- Anda tidak pernah menerima sebarang bantuan
daripada syaitan Darth Vader merangkap kerajaan Saruman iaitu BN. Beritahu
mereka bahawa anda berjaya belajar di Stanford kerana terdapat pokok wang ajaib
di belakang rumah ibu bapa anda.
- Beritahu mereka bahawa anda menjadi Naib Presiden
Kanan (Dasar & Pembangunan) di BSKL yang dimiliki BN yang korup kerana anda
mempunyai fikiran hebat seperti Einstein, bukan kerana seorang Melayu (bekas
Pengerusi BSKL) memberi peluang kepada anda.
- Anda tidak menyertai ASTRO - sebuah syarikat yang
dimiliki oleh kroni Mahathir. Sebaliknya, Utusan Malaysia telah mengklon diri
anda dan meletakkan klon anda di sana.
Komrad,
Sebagai kesimpulannya, sila tweet lebih banyak
kenyataan yang membenci diri sendiri pada masa hadapan. Kami di SHMC
mengalu-alukan tweet anda. Jangan bimbang tentang PDRM. Mereka tidak akan
menangkap orang yang mengkritik dan merendah-rendahkan orang Melayu, mereka
hanya akan menangkap anda jika anda membuat kenyataan sedemikian terhadap orang
Cina.
Secara peribadi, saya akan mempromosi syarikat
anda, Malindo Air, untuk seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan saya. Kami di
SHMC akan mula memboikot AirAsia kerana Komrad Ambiga memberitahu kami Air Asia
menerbangkan warga Bangladesh ke negara ini untuk mengundi dalam PRU-13.
KOMRAD ANDA,
FATIMAH ZUHRI
Selasa, 7 Mei 2013
No comments:
Post a Comment