Friday, 8 June 2012

Dulu Kaki Songlap, Sekarang Marah Orang Lain Plak..



Ape celop ni.. aku adalah jugak meng”Google” sapakah gerangannya mamat nih.. Brig Jen Datuk Abdul Hadi bin Abdul Khatab TUDM.

Kire mantap jugak lah pernah jadi Panglima Logistik. Gile banyak tahun tu jadi Panglima Logistik.. Masyukkk beb.. Cogankata pon Supaya Mereka Terbang..

Jadi demikian hatta marewang insan ini menyertailah PKR pada 14 November 2011 selaku penaung Angkatan Muda Keadilan (muda ke?) agar hendaknya ingin menuntut kembali keadilan ke atas dirinya lalu jadilah ia Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan Keadilan yang kononnya akan menjadi Menteri Pertahanan pabila Pakatan menawan Putrajaya kelak.. Puihh.. Kes enjin jet pon xbley nak settle, boleh nak buktikan diri sendiri tak bersalah, nak sembang pasai pertahanan negara hala tuju bagai.. Apa lu cerita ni?


Dan bila ianya mula bertapak di PKR, maka habis dicanangnya RAHSIA negara ke sana ke mari, pi mai pi mai tang tu bagai. Duk sebok pasai Scorpene mahal lah bagai, weh, lu TUDM kasi sembang pasai TUDM lah. Duk sembang nape Sukhoi rosak banyak? Hang tu Panglima Logistik buat gapo? Konon nak mengajak rakyat melakukan perubahan, masa jadi panglima dok curi stokin, enjin pon nak kebas... Pastu abes semua orang salah lah, xadil lah.. setahu aku lah, askor ni makin besor pangkat makin besor tanggungjawab.. So, benda tu hilang di bawah tanggungjawab hang.. kasi tanggung lah weh. . Sembang bikin orang bimbang..


 

Jadi di sini teman nak nasihat.. Sebelum memandu, periksa lah cermin sisi dan cermin pandang belakang yakni maksudnya.. Cermin lah diri tu skit hensem ke tak sebelum nak jadi frontman layak ke idak weh.. Sewel punya kelabu asap.. asko reput! Sekian.

Wednesday, 6 June 2012

SCORPENE, PKR DAN ABD HADI KHATAB



Tidak menghairankan Parti Pembangkang khususnya PKR bersungguh-sungguh mengeksploitasi isu scorpene. Dari bapak ke anak isu scorpene dikokok ke sana ke mari seolah-olah dunia hendak kiamat esoknya. Nurul Izzah berhajat nak bawa ke parlimen dan sipelakun kulum' pula yang buat press conference mendesak Najib jawab. Senario ini begini memang cukup sinonim bagi PKR dan sesuatu yang telah dijangka bila PKR mendapat `modal' bagi menghentam kerajaan. Hasilnya penyokongnya PKR, DAP dan PAS pun mulalah melalak dan memekik seolah-olah kerajaan menghadapi masalah besar yang bakal negara diserang esok juga kerana dokumen sulit TLDM dah dijual kat ejen atau musuh. Yang peliknya `musuh' yang mana satu pun dia tak tahu? dan kalau ia pun, negara kini terancam, Nurul Izzah dan sipelakun tu masih sempat nak buat press conference!.




Telan bulat-bulat?

Baik bapak mahupun sipelakun kulum, isu scorpene memang sesuatu yang ditunggu-tunggu kerana saat ini memberi peluang untuk mereka menutup segala `kudis dan bau busuknya' yang bertali arus menyemarak di seluruh negara. Gelagat mereka tak ubah seperti `tikus membaiki labu', Isu scorpene mengikut pandangan PKR cukup mudah untuk `ditelan bulat-bulat' oleh sesiapa sahaja yang benci kerajaan. Kenyataan mereka bukan sahaja sesuatu yang tidak sebenar malah hujah yang ditimbulkan menunjukkan mereka amat cetek mengenai hal-hal ketenteraan. Khabarnya jurucakap TLDM pun tak hendak beri komen bukan kerana takut tetapi apa gunanya melayan kerenah PKR yang semua orang tahu, mereka hanya mahu isu scorpene dipolitikkan bagi kepentingan mereka. Bagi PKR, apa-apa sahaja yang boleh dijadikan modal, ia akan spin bagi meraih sokongan dan menunjukkan kerajaan korup!.

Dalam hal ini PKR benar-benar hendak menjatuhkan imej ATM dan kerajaan khususnya Najib. Bayangkan sahajalah kredibiliti sipelakun kulum yang memang tak mampu berhujah mengenai peralatan tentera, inikan Nurul Izzah yang masih mentah dalam segala hal. Malah Anwar pun begitu, ketika dalam kabinet dia tak pernah bercakap dan membantu mengenai kebajikan warga tentera.

Cina?

Amat menghairankan kenapa isu dokumen sulit TLDM menjadi modalnya? Dalam ATM, semua mengetahui bahawa untuk mendapatkan dokumen sulit amatlah sukar dan ianya melalui prosedur pengawalan dan tapisan keselamatan yang ketat lebih-lebih lagi mengenai hal-hal pengoperasian sesuatu aset ketenteraan. Azmin Ali dan PKR perlu ingat ianya tidak semudah yang difikirkan sebagaimana Tan Sri Khalid Ibrahim memerangkap adegannya di tandas mahupun aksi lakunan `indah' oleh Anwar dengan pelakun Cina tu. Anwar dan Azmin mempunyai persepsi yang cukup busuk khususnya kepada kerajaan. Ini kerana mereka berdua cukup sensitif dengan perkataan `sulit', dan kerananya juga kedua-duanya mereka terperangkap dek pendedahan video sek dan kulum.

Superman!

Pelik tapi benar, kemunculan Abdul Hadi dalam `babak-babak' scorpene memang ajaib, namun kerana politik PKR, bekas pegawai tentera TUDM kini dijadikan `superman' dalam sekelip mata. Peliknya, Abdul Hadi cuba tak tunjuk belang mengenai isu scorpene TLDM sedangkan dia hanyalah seorang tentera TUDM. Benarnya, Abdul Hadi yang ditamatkan perkhidmatan secara keji dalam TUDM kini mengepalai Badan Perundingan Keselamatan PKR. Hadi bagi Anwar adalah seorang yang paling tepat mengepalai badan tersebut kerana selama ini Anwar cukup takut mengenai `keselamatannya'. Kehadiran Hadi cukup melegakan Anwar ketika ini kerana Hadi akan dijadikan `kuda tunggangan' dan Hadi juga akan merasa gembira, laluannya untuk menjadi YB semakin kenyataan. Jadinya pertemuan antara dua insan ini seakan-akan sesuatu yang ditunggu-tunggu selama ini walaupun semua mengetahui ia akan perpecah juga akhirnya nanti. Hadi adalah seorang bapa yang cukup mementingkan aspek keharmonian keluarga, dia mungkin jahil dan rakus tentang `duit' tapi nafsunya `lemah' tidak seperti ketua barunya tu. Dalam hal ini apabila Hadi tidak mampu memberi perkhidmatan `khas' bagi memenuhi kehendak nafsu rakus ketuanya kelak, Hadi akan berpaling arah...tengok sahajalah. `Superman' ini akan menjadi boombering.


Bagi masyarakat umum, isu scorpene bukanlah menjadi perhatian mereka kerana yang lebih penting apatah lagi momokkan dan tipu helah PKR bagi mengekalkan momentum meracuni fikiran rakyat demi membenci kerajaan. Pemimpin PKR sendiri tidak mampu lagi menutup segala kelemahan dan keburukannya sedangkan pilihanraya semakin hampir.

MUNGKINKAH ANAK-ANAK INI ISLAM ?






Gambar ini adalah anak-anak kita, yang kita curahkan dengan penuh kasih kesayangan dan kecintaan. Kita akan bersedih dan muram jika anak-anak kita sakit mahupun ditimpa kemalangan, jauh sekali terjadi sesuatu kejadian yang tidak diingini. Anak-anak menjadi pewaris kita baik dari sudut keturunan, bangsa dan juga agama.

Tetapi apakah jadinya nanti jika Parti Pembangkang memerintah?. DAP bersama PKR dan PAS terus terang telah menyatakan hasratnya akan mengubah perlembagaan negara jika ia memerintah di Putrajaya. Antara perkara utama yang mereka mahu ubah adalah mengenai status agama anak-anak ini. Mereka mahu menetapkan bahawa anak-anak yang baru dilahirkan sehingga 18 tahun, status agamanya akan ditentukan oleh mereka sendiri.Anak-anak kita mungkin tidak lagi dibenarkan berpakaian begini dan mengikuti ayahnya ke masjid. Adakah umat Islam di Malaysia mahu membenarkannya berlaku?.

DAP menyimpan banyak dendam ke atas umat Islam di Malaysia. Mereka tidak lagi menganggap bahawa isu agama itu hak sesuatu bangsa khususnya di Malaysia dimana agama Islam dijamin dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai langkah pertama, pembinaan gereja besar di Malaysia hampir menjadi dan tidak mustahil kata-kata Razali Abdul Rahman mengenai strategi DAP akan berjaya jika orang Melayu lepa dan lupa terhadap tanggungjawabnya - mempertahankan Islam dalam apa jua keadaan. Orang Melayu kini dilihat lebih suka bergabung dengan DAP hanya kerana cita-cita politiknya yang sama iaitu ingin ke Purtajaya. Orang Melayu sebaliknya perlu mengetahui `grand design' DAP yang mahu menghancurkan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Banyak insiden di negara kini dilihat Islam diperlekeh dan dinodai, tetapi PKR dan PAS hanya mendiamkan diri sedangkan mereka orang Islam. Malah bersedia menukar matlamat perjuangan hanya bagi memberi laluan kepada persahabatan ala `perjanjian syaitan',mempertikai dan mempersoalkan tindakan JAIS dalam kejadian murtad ke atas orang Islam di Selangor, PAS seolah-olah membenarkan orang Cina sewenang-wenangnya menghina ayat-ayat Quraan dan PAS merelakan Bersih 3.0 menghina Kota Suci Mekah dan Madinah semuanya atas kesepakatan DAP, Anwar, Ambiga dan Karpal Singh.

Kalaulah DAP memerintah, tidak mustahil anak-anak kita tidak akan lagi ke sekolah agama dan baca Al-Quraan ketika kecil lagi. Bukalah dan lihat dengan mata hati, agar orang Melayu tidak terjerumus didalam gengaman DAP.

Monday, 4 June 2012

BERSIH 3.0 VS SURAH AL-FILL






TIDAKKAH  PAS dan PKR menyedari tindak tanduknya membawa segerumbulan penyokong BERSIH 3.0 di Kota Suci Mekah dan Madinah itu MEYAMAI PERISTIWA yang telah berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW satu ketika dulu. Peristiwa itu telah bersemadi disanubari kita dan menjadi peringatan  bahawa ALLAH melalui Surah Al-Fill telah menurunkan malapetaka yang cukup dasyat dan mengerunkan kepada sesiapa yang hendak memusnahkan Kota Suci ini. Tidakkah pemimpin PAS dan PKR yang berugama Islam terfikir bahawa tindakan mereka membawa segerumbulan penyokong BERSIH 3.0 seolah-olah mahu mengulangi peristiwa tentera bergajah.

Seluruh umat Islam Malaysia semestinya menyedari bahawa tindakkan PAS dan PKR ini benar-benar telah tersasar dan terpesong dari akidah agama yang kita anuti. Mereka pemimpin PAS dan PKR sewenangnya merobek dan menghina kesucian Kota Mekah dan Madinah demi mencapai cita-cita politik dunia yang cukup mengjijikan. DAP dan kuncu-kuncunya S. Ambiga, Lim Kuan Eng, Karpal Singh semuanya cukup bahagia sekarang, malah bangsa Yahudi juga cukup berpuas hati kerana umat Islam sendiri yang meruntuhkan kesucian agamanya.

Wahai orang Islam Malaysia, SEDARLAH  betapa pedih dan luluhnya hati umat Islam Malaysia apabila kesucian agama yang umat Islam terdahulu, para ambia'  dan Nabi Muhammmad bertungkus lumus mempertahankannya kini dinodai oleh umat Islam sendiri yang dikenali sebagai pemimpin PAS dan PKR dan penyokongnya.

Apakah prinsip peganggan agama yang ada pada pemimpin dan penyokong PAS dan PKR telah luluh dan terhakis. BINASALAH MEREKA YANG MELANGGARI PERINTAH ALLAH KERANA HENDAK MERUNTUHKAN KESUCIAN KOTA MEKAH DAN MADINAH.

Untuk peringatan amatilah ayat-ayat ALLAH dalam Surah Al-Fill agar kita tidak menjadi `sebagai daun-daun yang dimakan ulat'. Hancur nya Kota Suci Mekah dan Madinah maka hancurlah umat Islam semesta.

BERTAUBATLAH WAHAI PEMIMPIN ISLAM NAUNGAN PAS DAN PKR.  


NURULIZZAH KENA TIPU DEK JOSEPH BREHAM



Nurul Izzah kena tipu lagi dek Joseph Breham hanya kerana politik bapanya. Sampai bilapun dokumen rahsia TLDM tu    takkan dia dapat. Daripada sibuk nak cari dokumen tu lebih baik dia buat kerja macam di atas. Cuma tak nampak  ada kueh kat dulang tu.  Petang ni tak merasa kueh Izzah lah.

Izzah ni masih MENTAH dalam segala hal. Kalau dia pon tak pandai buat kueh ini kan lagi nak cerita pasal dokumen rahsia tentera. Tahu tak dia ni, berapa jenis atau klasifikasi dokumen dalam ATM?. Nurul kenalah tahu hal-hal ketenteraan sebelum `berkokok' kat sana sini. Kalau saya tanya berapa tentera yang dapat pingat keberanian SP pun tak tahu. Bilakah Rejimen Askar Melayu  ditubuhkan pun dia tak tahu, nama sahaja orang Melayu, nak perjuangkan kepentingan  orang Melayu tetapi segala-segalanya berkaitan orang Melayu tidak tahu.

Fikir fikirlah Nurul Izzah, awak masih muda sepatutnya berjuang kerana Bangsa, Agama dan Negara. Berjuang dengan ikhlas dan telus. Kalau bapa awak pun yang dah terbukti banyak buat `hal' masih boleh senyum tak tahulah kami. Kami orang Melayu hanya mahukan pemimpin yang ikhlas, telus dan bermaruah bukan sekadar berkokok atas kepentingan orang lain.

Oleh kerana Nurul terlalu taksub berkenaan dengan dokumen sulit tu, nanti saya paparkan disini. Dekat Joseph tu bukannya betul. TUNGGU!

Monday, 5 September 2011

“JUMPA SAYA DAPATKAN BAHAN SEJARAH” – Prof Emeritus Khoo Kay Kim

Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim mempelawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berjumpa dengannya untuk mendapatkan bahan sejarah berhubung peristiwa Bukit Kepong.


Kay Kim berkata, ia bagi mengelakkan Mat Sabu daripada terus mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan terpesong daripada fakta sebenar.

Beliau juga meminta Mat Sabu supaya melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum memperkatakan perkara berkaitan sejarah.

“Mat Sabu boleh tanya saya di mana boleh dapat bahan sejarah. Saya tahu mana tempatnya"

Mat Sabu mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila menyifatkan pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 sebagai hero sebenar dan bukannya anggota polis yang terkorban dalam peristiwa itu.

Menyingkap sejarah penubuhan PKM, Kay Kim berkata, ia diasaskan di Kuala Pilah pada 1930-an dengan alasan memperjuangkan sebuah negara bebas, namun hasrat sebenarnya adalah membentuk sebuah ‘order’ baru komunis di negara ini.

“PKM juga sanggup bernaung di bawah pemerintahan Rusia sekiranya mereka berjaya menjatuhkan kerajaan British. Maka, perjuangan mereka tidak boleh dianggap sebagai nasionalis dan mereka bukan pejuang sebenar negara"

Dalam pada itu, Kay Kim berkata, beliau mempunyai beberapa persoalan yang ingin ditujukan kepada Mat Sabu dan berharap pemimpin nombor dua Pas itu dapat menjawabnya.

“Antara persoalan saya ialah apakah perjuangan parti komunis antarabangsa? Apakah perjuangan sebenar PKM di negara ini? Minta dia jawab"

Dalam pada itu, beliau berkata, sebenarnya ramai orang Cina yang menentang komunis terutama di Karak kerana mereka benci terhadap perjuangan komunis yang dianggap keji dan tidak berperikemanusiaan.

Pandangan beliau turut dikongsi oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian yang menyifatkan Mat Sabu sebagai buta sejarah.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan siapa sebenarnya pejuang serta wira negara, oleh itu pemimpin Pas itu diminta supaya berhati-hati ketika mengungkit peristiwa Bukit Kepong.

“Bukan sahaja pejuang-pejuang Melayu yang terkorban dalam peristiwa itu, malah mereka yang berketurunan Cina dan India turut menjadi mangsa kejadian. Kita tidak boleh mempertikai sumbangan kaum-kaum lain (Cina dan India) ketika menentang fahaman (komunis) yang tidak boleh diterima sama sekali. Kenyataan beliau bukan saja menimbulkan kemarahan orang Melayu, malah orang Cina dan India juga,” katanya


*** Sila layari kandungan penuh temubual bersama Prof Khoo Kay Kim di SINI

Thursday, 25 August 2011

GEMPAR! : KREDIBILITI BLOG KOBAT PR DIRAGUI...



Kononnya blog KOBATPR yang diasaskan oleh Kapt (B) Yazid Mohd Deni (KP:480421-04-5115) (4506953) dan nombor tentera T136010, dibangunkan pada 9 Jun 2011 bertujuan untuk memperjuangkan nasib bekas tentera tetapi ianya lebih bermotifkan kepentingan politik parti pembangkang (PKR). Artikel paparan blog ini didapati tidak berasas, tidak berlandaskan fakta, fitnah dan kredibilitinya diragui. Sebagai contoh,artikel berkaitan isu KERETA KEBAL MULA BERGERAK KE IBU KOTA  (28 Jun 2011) dan FAIZZAL JINONG ABDULLAH (12 Ogos 2011) adalah TIDAK BENAR dan satu pembohongan!

Siapa 'pegawai' kita ni ya?

Kapt (B) Yazid pernah berkhidmat dengan Pasukan Pertahanan Tempatan Negeri Johor mulai 20 Sep 1972 dan berhenti pada 5 Jun 1973 sebelum tempoh 3 tahun kontrak tamat dengan alasan untuk mengikuti kursus intensif profesion guru.

Beliau turut mempunyai Sijil Berhenti Askar Wataniah Malaysia (PPT Johor/123/73) dan telah berkahwin dengan Kintan Haron (KP 471016-01-5364) serta mempunyai tiga orang anak, Syaiful Adli, Norhanani dan Syaiful Az beralamat di No.13, Lorong Perlindung Damai 17, Taman Perlindung Indah 2B, 26100 Kuantan, Pahang.


Kesahihan beliau sebagai “Bekas Pegawai Tentera” amat diragui dan layak disebut sebagai “Identiti Palsu”. Justeru, Sdr Yazid wajar menjelaskan perkara ini dengan memaparkan bukti atau dokumen sah dalam blognya.

Sahutlah cabaran ikhlas ini demi kebenaran dan keadilan pembaca dan pengikut blog KobatPR. 

rujuk:
http://askarsetia.blogspot.com/2011/08/gempar-kredibiliti-blog-kobat-pr.html#comment-form