Ramai tak tahu...........
Kod 71- adalah kod Jabatan Pendataran
Negara yang menjadi garis panduan yang termaktub didalam Perlembagaan
Malaysia dimana merujuk kepada taraf warganegara sesaorang individu itu
dilakukan melalui proses “Naturalisasi” .

Kekuatan perkara diatas telah
dumaktubkan didalam Perkara 17 Perlembagaan Malaysia yang mana
menyebut “Kewarganegaraan sesaorang semasa beliau sedang bermastautin di
Malaysia ketika hari merdeka 31 Ogos 1957” Dengan demikian , sokongan PAS terhadap
dua nama yang dicadangkan sebagai calon yang bakal menjawat jawatan
Menteri Besar Selangor adalah pemegang kad pengenalan yang mempunyai
“Kod 71” Mengikut Undang Undang Tubuh Negeri Selangor telah jelas memperuntukkan dan dinyatakan didalm perenggan yang berikut , bahawa;
Perkara 51HANYA Sultan Selangor mempunyai KUASA untuk melantik saorang Menteri Besar.Perkara 51(2)
Saorang Menteri Besar Hendaklah Berbangsa Melayu dan Beragama IslamPerkara 53(3)-
Saorang MB tidak boleh dipilih dikalangan warganegara yang mendapat warganegara secara “Naturalisasi” dan juga warganegara mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia .
Undang-undang
Tubuh Negeri Selangor memberikan kuasa “mengikut budi-bicara Ke Bawah
Duli Tuanku Sultan Selangor” untuk melantik Menteri Besar & untuk
tidak memberi perkenan membubarkan DUN
Disini amat jelas sekali , bahawa ,
pencalonan Wan Azizah telah melanggar salah satu daripada syarat yang
ditetapkan didalam Undang Undang Tubuh Negeri Selangor yang mana akan
meyebabkan pencalonan tidak akan diterima walaupun dengan berlakunya
pertukaran alamat tempat tinggal.
Jika ini berlaku, segala kemelut yang
berlaku di Selangor selama hari ini telah dilakukan tanpa satu kajian
yang mendalam terhadap perundangan tubuh sesabuah negeri oleh Pakatan
Rakyat.
Apakah yang akan berlaku selepas ini? –
Jika benar berlaku penolakan dan Baginda Sultan menggunakan kuasa budi
bicara yang termaktub didalam Undang Undang Tubuh Negeri dalam Perkara
51 dan menggunakan Perkara 15(3) dengan berlandaskan Perlembagaan
Malaysia dalam perkara 17, Maka satu protes terhadap Institusi Raja akan
berlaku.
Sebagaimana berlakunya di Perak pada
tahun 2009 , Sultan Perak telah diheret bersama didalam politik yang
dimainkan oleh pembangkang untuk mencapai hasrat mereka tanpa mengira
perundangan sesabuah negeri.
Undang Undang Tubuh dilanggar dan rakyat telah dihasut agar melakukan penentangan terhadap Raja Raja Melayu.
Akhirnya harapan Wan Azizah untuk
menduduki kerusi Menteri Besar akan berkubur dan apakah Khalid akan
menerajui Negeri Selangor semula atau Pilihanraya Kecil Negeri Selangor
akan dilakukan agar rakyat memilih tampok kepimpinan negeri.
Sebagaimana biasa kegagalan ini mungkin
akan menjurus kepada satu demontrasi sebagaimana amalan yang dilakukan
oleh Pakatan .Diwaktu ini, ketegasan perundangan Negara haruslah
bersifat tegas bagi menangani manusia manusia yang berlaku derhaka
terhadap Raja Raja Melayu kerana ketaksuban politik dan kerana kegilaan
kepada kuasa.
Jangan lah “pisang berbuah dua kali” –
Lantaran itu seharusnya pihak keselamatan menangani isu isu yang
berkaitan pendehakaan ini dengan tegas tanpa ada lagi sikap sambil lewa.
Kedaulatan Raja Raja mesti dijaga sebaiknya, kerana ini merupakan
benteng terakhir orang Melayu di Malaysia.
No comments:
Post a Comment