Jawapannya:
1. PAS terlalu kecut, gementar dan kepalanya akan disorok dicelah pehanya bila diherdek oleh DAP dan PKR.
2. 15 exco yg ada tak punyai keupayaan, kewibawaan dan kebijaksanaan mentadbir negeri Selangor. Mereka hanya gah dimasjid, surau, ceramah dan di markas sahaja. Lebih `seronok' berdepan masyarakat kampong yg dilihatnya boleh diperbodohkan dan diseleweng dengan segala pembohongan dari mengambil tanggungjawab sebenar untuk menegakkan Islam dan bangsanya bila peluang sudah terbentang.
3. Mereka hanya bersedia untuk menjadi pengutuk yang hebat dari pembetulan keadaan. Kerja kutuk mengutuk, caci mencaci dan menghentam orang lain lebih mudah kerjanya kerana ia tidak memerlukan tenaga atau kecerdikan sedangkan melakukan sesuatu itu amat sukar malah berisiko. Mereka boleh goyang kaki dengan gaji dan imbuhan bulanan yang diterima untuk menyara hidup keluarganya dari memikir dan membela nasib bangsa dan agamanya sendiri.
4. Mereka hanya berlagak lebih Islamik yang kononnya mengikuti segala syariat dan sunnah Nabi. Mereka lupa bahawa Nabi Muhammad bukan sekadar Nabi, Pahlawan Agung malah seorang Negarawan Terulang yang dilakukannya sekaligas.
5. PAS bukanlah sebuah parti yang benar-benar mahu menegakkan Islam, parti ini sekadar retorik untuk memenuhi cita-cita politik dunia sempit dan kepentingan diri. Bukankah ini peluang yang cukup bermakna jika mereka mengambilalih Selangor, maka hasratnya menegakkan hukum ALLAH itu lebih luas, berkembang bukan sekadar di Kelantan sahaja.
6. Biarpun kemelut ini semakin hari semakin hangat, tiada suara pun dari kem PAS yang mahukan salah seorang exconya dicalonkan sebagai MB jika Khalid dipecat???kenapa? Apakah wujud irihati, hadat dengki dan semangat tidak mempercayai sesama exco kalangan mereka? Jika benar kenapa mereka dipilih!
7. Apakah hasrat PAS mahu menang kerusi DUN di Selangor sekadar menjadi pak turut DAP, PKR dan menjadi `ulu parang'! mereka tidak pun menyimpan hasrat untuk menerajui Selangor!!!penyokong PAS sudah sedar bahawa exco PAS yang ada bukan calonnya, pengundi telah dibohongi dan ditipu bulat...siang dan malam dan setiap hari.
No comments:
Post a Comment