Masuk DAP???? |
Tapi kini, senario anak-anak muda Melayu sudah mula menyertai DAP dan mereka ini datangnya dari pelbagai lapisan baik profesional atau pun tidak tetapi yang pasti mereka dilihat cukup seronok menyertai DAP biarpun mereka ini tidak punyai pengetahuan penuh mengenai parti itu. Persoalannya kini, kenapa anak-anak ini ini tidak menyertai PAS yang menggelarkan mereka adalah parti Islam, dan adakah anak-anak muda ini menolak Islam dengan cara menyertai DAP? Yang paling menyedihkan adalah ada kalangan anak muda ini bersedia mengikut amalan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam hanya kerana mahu menunjukkan bahawa mereka menyokong DAP?
PAS mendakwa bahawa ahli-ahli UMNO menolak Islam kerana UMNO bergabung dengan beberapa parti lain yang mewakili bangsa masing masing seperti MCA mewakili Cina dan MIC mewakili India. Tapi dalam konteks ini, anak-anak muda Melayu yang menyertai DAP bagaimana pula kedudukannya? Atau ada agenda DAP yang tersembunyi dan diluar pengetahuan PAS yang selama menjadi parti gabungan dalam PR dilihat hanya dipergunakan untuk meraih sokongan orang Melayu? Sedar atau tak sedar, DAP kini mula menarik seberapa ramai anak-anak muda untuk menyertai mereka dan akhirnya setelah mereka merasakan bahawa parti mereka (DAP) kukuh dengan sokongan Melayu muda ini, maka PAS tidak lagi diharapkan untuk menjadi rakan mendapatkan undi Melayu yang akhirnya PAS dihumban keluar dari PR.
PAS selama menjadi salah satu gabungan PR dilihat menjadi `pak turut atau pak angguk' kepada DAP dan PKR, terakhir, keputusan Majlis Syura tidak lagi digunapakai dalam isu Menteri Besar Selangor. Ini adalah antara bukti yang selama ini PAS tidak gah dan terlalu mempercayai DAP yang selama ini memang tidak sukakan bangsa Melayu untuk menjadi pemerintah dan kita dapat lihat apabila kumpulan Anwarinas pula yang berada didalam PAS sudah menunjukkan taringnya melebihi kuasa yang ada pada Presiden. Begitu pun ahli-ahli PAS juga dilihat seoalah-olah `tidor' dilamun mimpi. Mereka tidak lagi mahu mempertahankan ulama mereka yang selama ini dianggap sebagai penentu dunia dan akhirat?. Pandangan dan kata-kata ulama tidak lagi mahu didengari kerana percaturan kuasa dalaman antara kumpulan anwarinas kini semakin meluas. Timbalan Presiden ke kiri sedangkan Presidennya ke kanan. Ahli dan penyokongnya sekadar terpaku bagaikan kena sihir. Apa pun, realitinya PAS cukup bersimpang siur.
kemana arah PAS????
No comments:
Post a Comment