Aku hanya mampu menggelengkan kepala bila lihat Pas makin tertekan di pijak PKR dan DAP dalam hasrat Pas membawa usul Hudud ke Parlimen. Malah aku bertambah malu bila lihat Pas masih kekal bersama Pakatan Rakyat yang menolak keras pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan.
DAP sudah
mengarahkan kesemua 38 Ahli Parlimennya menentang Hudud dan sekarang
mereka telah mendapatkan 50 Ahli Parlimen untuk menolak pelaksanaan
Hudud !!! Besungguh-sungguh DAP nampaknya menentang pelaksanaan ini.
Kerajaan Pas
Kelantan semalam menegaskan tidak akan sekali-kali berganjak daripada
keputusan untuk melaksanakan hudud yang sememangnya menjadi perjuangan
sejak dahulu walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri.
Pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud.
Sebelum ini, DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.

Menteri
Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang
undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi
melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.
Apa lagi yang Pas mahu tunggu , mereka sudah dihina dan tidak dihormati sebagai antara Parti Terbesar dalam Pakatan , tapi apa yang mereka lakukan selalunya tumbang di tangan DAP dan PKR. Tidak malu dan tidak ada maruahkah Pas sekarang.

No comments:
Post a Comment