Monday 28 April 2014

ANWAR TERSANGAT-SANGAT KECEWA, TERLALU KECEWA |


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tersangat-sangat kecewa, terlalu amat-amat kecewa apabila Barack Obama tidak mahu menemuinya dalam kunjungan Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia hari ini.
“Pembangkang kecewa bahawa Obama tidak akan menemui Anwar yang disabitkan terhadap tuduhan liwat bulan lalu, yang menurut mereka, satu pertuduhan yang direka dan untuk membunuh karier politik Anwar,” laporMalaysiakini mengulas artikel Ketua pembangkang itu yang disiarkan di akhbar Washington Post hari ini.
Dalam artikel kepada Washington Post itu, Anwar telah menggesa Amerika Syarikat supaya jangan hanya menumpukan kepada agenda perdagangan dan pelaburan sahaja, tetapi mesti kekal berpegang kepada nilai-nilai sebenarnya berkaitan soal kebebasan dan demokrasi.
“Dengan kecenderungan keperluan kepada semua kaum, Pakatan Rakyat menginginkan satu masyarakat majmuk di mana Islam sederhana wujud bersama secara harmoni dengan agama lain yang kebebasan asas termaktub di bawah perlembagaan persekutuan.
“Ia akan menjadi jauh dari politik jahat parti pemerintah, yang menonjolkan kepada dunia Barat muka kesederhanaan dalam hubungan agama dan bangsa sambil mengejar dasar yang mengumpan bangsa dan hasutan kebencian agama – penyalahgunaan didokumenkan secara meluas oleh kumpulan termasuk Suaram dan Human Rights Watch.
“Dengan media cetak dan elektronik di bawah kawalan penuh rejim tersebut, khabar angin tersebar mengenai pengambilalihan kerajaan berlaku oleh orang Kristian, ancaman keganasan yang dilemparkan terhadap orang bukan Islam, Al-Kitab disita dan uskup diheret oleh polis untuk soal siasat. Ucapan saya untuk jemaah dalam satu gereja Katolik pada Ahad telah dikutuk sebagai tindakan murtad, “kata Anwar kepada Washington Post.
Anwar juga turut mempromosi di laman peribadinya, anwaribrahimblog.com, satu artikel bertajuk “President Obama Must Address Malaysia’s Human Rights Record.”
Artikel yang ditulis Amnesty International AS itu menyenaraikan rekod hak asasi manusia di Malaysia, salah satunya berkaitan kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment