.
Keghairahan Azmin Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan
keengganan Khalid Ibrahim untuk mengosongkan kerusi Menteri Besar
Selangor di lihat menjadi ancaman kepada Anwar dalam perjalanannya
menuju ke penjara akibat kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari.
Barangkali itulah yang sedang menyesakkan nafas Anwar Ibrahim ketika ini
memandangkan segala perancangan untuk tahun 2014 di lihat serba tidak
menjadi.
Mungkin bagi sesetengah pihak melihat kejayaan PKR memenangi PRK Kajang
sebagai satu lagi kejayaan Anwar bersama konco-konconya dalam dunia
politik tanahair.Namun kisah sebenarnya tidak seperti mana yang di
zahirkan.Anwar ternyata semakin runsing dengan segala perubahan politik
dalaman yang ketika ini melanda parti songsang milik anak beranaknya.
PKR pada ketika ini punya masalah besar malah kepincangan dalaman yang
semakin membusuk itu sedang di tutup oleh barisan pimpinan PKR sendiri
agar reputasi Anwar Ibrahim tidak tercalar.
Kejayaan Wan Azizah di bumi Kajang baru-baru ini tidak memberikan
sebarang impak besar kepada kerajaan mahupun UMNO memandangkan kerusi
tersebut sebelum ini sememangnya di miliki oleh PKR.
Dalam masa yang sama insiden MH370 berlaku pada ketika Anwar baru mula
mahu meniup gelombang rakyat Kajang dan sudah semestinya kem PKR sedikit
kecewa memandangkan kebanyakkan rakyat Malaysia lebih memberikan
tumpuan kepada isu MH370.
Anwar seperti mana yang di kenali banyak pihak merupakan seorang manusia
yang hidup dengan politik.Tanpa politik kemungkinan nama Anwar akan
terus tenggelam di telan saki baki usia yang semakin meningkat.Beliau
tahu tanpa sebarang spekulasi atau cerita-cerita panas , pembangkang dan
Anwar Ibrahim tidak mampu bangkit sebagai hero.
Maka untuk memastikan survivalnya selepas ini Anwar perlukan satu
perancangan teliti memandangkan beliau kemungkinan akan hilang dari
dunia politik untuk satu tempoh yang panjang.
Kedudukan Azmin Ali yang kini di lihat agak berbeza daripada sebelumnya
menimbulkan sedikit keraguan kepada Anwar walaupun ramai mengetahui
Azmin merupakan antara anak emas Anwar.Azmin Ali satu nama besar dalam
kem PKR dan beliau di lihat punya jaringan yang agak besar di peringkat
akar umbi PKR berbanding lain-lain pemimpin.
Kemelut dalaman melibatkan kem Azmin dan Khalid juga menyebabkan Azmin
pernah menongkah arus dengan beberapa kenyataannya yang di lihat tidak
pro PKR.Beliau kini di label sebagai seorang pemimpin yang punya sifat
rakus politik apabila di lihat punya impian untuk pergi lebih jauh dalam
politik.
Anwar sudah melihat perkara ini dan beliau tahu sekiranya sesuatu tidak
di lakukan Azmin Ali sudah pasti akan menawarkan dirinya untuk
bertanding Presiden PKR.Untuk itu Anwar perlu mencalonkan dirinya ,
selain daripada satu mesyuarat penting dalam kelambu di antara beliau
dan Wan Azizah untuk memastikan Wan Azizah juga turut bertanding jawatan
tersebut.
Dengan cara itu maka Azmin tidak akan berani melangkah lebih jauh
memandangkan Anwar serta Azizah merupakan calon bagi jawatan tertinggi
parti.Azmin bukan bodoh beliau tahu jika di teruskan niat bertanding
menentang tuhannya sendiri sudah tentu ahli di peringkat akar umbi akan
lebih memilih Anwar atau Azizah dan karier politiknya akan mati.
Azmin perlu memastikan tali hayatnya kekal memandangkan persaingan
utamanya kini adalah Khalid Ibrahim yang turut menawarkan diri
bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Namun banyak pihak percaya Azmin tidak punya banyak masalah untuk menewaskan pencabar lain termasuklah Khalid Ibrahim.
Namun Azmin perlu ingat dalam politik segalanya mungkin berlaku , dan
Anwar kini memerlukan seseorang yang boleh di percayai dan mampu
meneruskan perjuangan serta membela beliau sewaktu meringkuk dalam
penjara.
Tempoh masa 5 tahun bermakna Anwar tidak akan terlibat dalam mana-mana
pentas politik waima memegang jawatan dalam parti dan sudah semestinya
dalam jangkaan waktu itu Anwar juga akan terlepas PRU ke 14.Sekiranya di
ambil kira semua kemungkinan ini bermakna Anwar akan hilang dari pentas
politik hampir 10 tahun sebelum mampu bertanding semula.
Untuk itu tidak mustahil kem Azizah akan membuat percaturan politik yang
membolehkan Khalid Ibrahim di angkat sebagai Timbalan Presiden
seterusnya mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Jika itu berlaku maka karier politik Azmin Ali bakal tercalar.
Kenapa perlunya Anwar menyusun gerakan sebegini ?
Jika Anwar menang sebagai Presiden parti dan Azmin menang Timbalan
Presiden dan kemudian Anwar di sabitkan bersalah dan di tahan , adakah
Azmin sebagai pemangku jawatan mampu untuk terus menjaga kebajikan Anwar
dan PKR seperti mana yang boleh di lakukan oleh Wan Azizah dahulu ?
Ada juga pendapat menyatakan Anwar akan menarik diri daripada bertanding
menentang Wan Azizah dengan memberikan kemenagan percuma kepada
isterinya.Kemenangan itu akan lebih memberikan kelebihan buat Anwar
walau apa jua yang berlaku kerana Wan Azizah sudah pun membuktikan
kesetiannya kepada Anwar sebelum ini.
Dengan percaturan membawa masuk Khalid Ibrahim sebagai sebahagian
daripada team Wan Azizah sudah tentu perancangan untuk terus mengekalkan
Anwar sebagai ketua umum akan lebih mudah seterusnya menjadikan Anwar
terus punya peranan dalam parti.
Anwar sebenarnya sudah pun memberikan petunjuk akan kebimbangannya
berdasarkan permintaannya kepada Nik Aziz supaya mendoakan agar beliau
di berikan kesejahteraan dan kekuatan untuk menumbangkan UMNO dan BN.
Secara simboliknya Anwar tahu karier politiknya sudah hampir ke
penghujung dan kerana itu Wan Azizah amat-amat di perlukan bagi
mengimbangi kerakusan pimpinan muda dalam PKR yang kini sedang meningkat
naik.
No comments:
Post a Comment