Wednesday, 12 June 2013

Lidah PKR DAP, lidah BlackOut, Pengundi Hantu


Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dan didalangi oleh Lim Kit Siang, tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka kalah dan ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia. Sebaliknya Pakatan Rakyat serta para pecacai mereka berkeyakinan penuh, kemenangan masih di pihak mereka, sepertimana yang mereka duk impikan selama ini.

Hari ini, Pakatan Rakyat dan para pecacai mereka sudah pun mengenakan t-shirt hitam sebagai tanda berkabung dan simbol sinis kepada apa yang mereka percayai sebagai SUDDEN BLACK-OUT, sebuah DONGENGAN yang digunakan untuk menyedapkan perasaan sendiri, mengapa Pakatan Rakyat kalah dan gagal menafikan kemenangan Barisan Nasional. Cerita tentang SUDDEN BLACK-OUT sedang merebak di kalangan para pecacai Pakatan Rakyat bagaikan wabak taun. Kata mereka, berdasarkan black-out itulah, SPR ada bela `jin' memasukkan kotak-kotak undi ke tempat penjumlahan yang kemudiannya memenangkan Barisan Nasional.

Namun yang paling menarik ialah apabila para pecacai Pakatan sedang membuat dongengan dengan memetik kenyataan Anwar Ibrahim yang kelihatan begitu letih raut wajahnya, malah lebih letih daripada Najib Abdul Razak yang dikhianati oleh pengundi-pengundi Cina, bahawa kemenangan Barisan Nasional dipenuhi keraguan dan penipuan termasuklah PENGUNDI HANTU dan undi awal serta undi pos yang tidak konsisten dengan trend semasa. Bukti-bukti PENGUNDI HANTU yang mereka uar-uarkan, kesemuanya menunjukkan yang para pecacai Pakatan Rakyat main tangkap muat dan bertindak berdasarkan paras rupa walaupun seringkali mengatakan rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.

Anehnya, ketika DAP 'menang besar', terutama sekali di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sarawak, tidak pula para pecacai ini dan Anwar Ibrahim berani menyatakan tentang PENGUNDI-PENGUNDI HANTU berwajahkan CINA. Kawasan-kawasan yang sarat dengan pendatang asing seperti Ampang, Gombak, Kelang, Shah Alam dan Kuala Langat, telah memberikan KEMENANGAN YANG SANGAT SELESA kepada Pakatan Rakyat bukannya Barisan Nasional.

Apa pula indikasi atau jawapan untuk itu?

Bukan satu rahsia lagi yang WARGANEGARA CHINA bersepah-sepah di negara ini. Jumlah mereka tersangat banyak terutama sekali di Selangor dan Pulau Pinang yang menjadi tempat pembiakan persundalan dan hiburan bersifat lendir. Pergilah ke mana-mana, dan anda akan menemui warganegara China yang raut wajah mereka langsung tidak kelihatan seperti Cina tempatan. Pergilah ke mana-mana dan anda akan menemui Cina-Cina yang langsung tidak boleh berbahasa Kebangsaan. Yang paling kuat memekak tentang PENGUNDI HANTU berwajahkan BANGLA DAN PAKISTAN adalah DAP tetapi DAP senyap sunyi tentang kemungkinan wujudnya PENGUNDI HANTU berwajahkan Cina. DAP mengambil ini bagi mengaburi masyarakat Melayu yang kononnya UMNO menipu rakyat.

Cerita tentang PUSAT PENJUMLAHAN UNDI BLACK-OUT secara tiba-tiba juga merupakan satu cerita dongeng yang amat melucukan. Takkanlah wakil-wakil Pakatan Rakyat yang ada dalam pusat penjumlahan undi itu SECARA TIBA-TIBA DISERANG PENYAKIT BUTA CAHAYA sehinggakan kakitangan SPR memasukkan peti-peti undi 'asing' pun mereka tidak boleh nampak? Apakah mereka semuanya telah disihir secara serentak? Atau kerana mereka telah dirasuah oleh UMNO dan Barisan Nasional agar mereka tidak nampak apa yang sedang berlaku?

Sebenarnya, siapa yang tidak berpuas hati? DAP atau PKR? Atau Anwar Ibrahim sendiri yang bakal berhadapan dengan INSIDEN BERDARAH LAHAD DATU?

No comments:

Post a Comment