Monday, 24 June 2013

Anwar Angkat Sumpah Dan Minum Semeja Dengan Najib?


Tindakan Anwar hadir mengangkat sumpah di Parlimen semalam memperjelaskan pendiriannya yang mengamalkan sikap talam dua muka dan politik dua wajah.
 
Ini kerana majlis angkat sumpah itu berlangsung di ketika yang sama berlakunya juga protes berterusan terhadap keputusan pilihanraya sehingga ada yang sanggup tidur dalam khemah dan baring di jalanraya menuju ke Bangunan Parlimen. Anwar sebelum ini yang mengadakan roadshow Blackout 505 di seluruh negara mempertikaikan SPR dan  kemuncaknya  perhimpunan haram diadakan di Padang Merbok. Ia kemudian diikuti dengan sekumpulan anak muda berkhemah di Padang Merbok serta melakukan protes bantahan di laluan menuju ke Parlimen. Di ketika beliau terus menyeru pengikutnya agar terus membantah keputusan pilihanraya dan mempertikai kewibawaan SPR, di ketika yang sama juga beliau mengiktiraf keputusan pilihanraya dengan hadir mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Anwar sememangya menganiaya penyokong sendiri, malah kesemua 88 Ahli Parlimen PR lainnya turut menganiaya penyokongnya malah lebih dari itu menipu dan membohongi rakyat.


Lihatlah betapa `mesranya' mereka seolah-olah tiada berlaku pergeseran antara mereka.


 
 
Anwar menjamah hidangan lazat...sedangkan di luar berpanas dan melalak.







 
 
Anwar sekadar memperalat dan dipermain-mainkan anak-anak muda yang kononnya menyokong Pembangkang. begitu pun penyokong ada yang mula goyah dan merasakan ada kebenarannya malah ada yang terasa hati, terguris perasaan dan tersentap jiwa melihat aksi dan gelagat Anwar itu yang . Kalangannya dengan berani menyatakan bahawa kalau pun mahu bergembira dan bersenyum ketawa dengan Najib dan Muhyiddin, ia tidak seharusnya dilakukan di ketika penyokongnya sanggup mengorbankan jiwa berbaring di jalanraya kepanasan dan merengkuk dihumban ke penjara.

Apa pun Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen PR sekadar cakap tak serupa bikin. Kenapa Anwar dan pemimpin lain tidak memulaukan terus majlis angkat sumpah ini jika benar ingin membantah? atau kenapa tidak dipulaukan terus Parlimen sehingga tempoh enam bulan?  Ini kerana mereka baru mengetahui bahawa jika ia dibawa ke mahkamah dan pihak mahkamah kemudian mendapati tindakan tidak mengangkat sumpah itu sesuatu yang sengaja dan tidak disebabkan hal-hal yang terlalu mustahak, dan akhirnya memberi kemenangan kepada calon yang kalah, akhirnya semua 89 kerusi PR ini akan dimenangi secara percuma oleh BN. Dalam masa yang sama, peraturan pilihanraya juga menetapkan mereka yang sengaja meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen tidak boleh bertanding semula untuk tempoh 5 tahun.

Penyokong Anwar dan PR wajarlah bersikap matang untuk menilai permainan Anwar dan kuncu-kuncunya, Anwar tidak akan sekali-kali melepaskan begitu sahaja peluang menjaga status dan egonya disamping `perks' sebagai YB. Itu nlebih penting dari penyokongnya diangap `macai murahan' yang sekadar boleh dibeli, ditolak dan disingkir  dengan air liur dan umapan sekecil ikan bilis! 
 
Yang tetap `buta dan pekak' adalah penyokongnya.........

No comments:

Post a Comment