DAP MAHU HAPUSKAN MELAYU DAN ISLAM........
Ketuanan
Melayu dalam erti kata Sultan dan Raja mestilah terdiri daripada orang
Melayu sahaja, bukan konsep "tuan dan hamba" yang cuba diputar belitkan
oleh Pakatan Rakyat. Sekarang pun cakap-cakap mengenai
penubuhan republik itu bukan lagi menjadi rahsia di kalangan pemimpin
Pakatan Rakyat terutamanya DAP. Itu antara sebab kenapa Datuk Dr Hasan Ali dan NGO Jatinya memilih
pendekatan IMR (Islam, Melayu & Raja) kerana beliau sedar dengan
agenda jahat DAP semasa menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Selangor dulu.
Usaha yang bakal dilakukan begitu sistematik,
bermula dengan mengikis sedikit demi sedikit hak Melayu dan Islam di
negara ini. Sebab itu perkara-perkara berkaitan ibadah yang dulu boleh
dilakukan di negara ini oleh umat Islam tanpa halangan, kini menjadi
kesalahan di negeri atau kawasan yang dikuasai DAP. Antaranya tradisi
bertakbir dari rumah ke rumah pada malam sambutan Hari Raya Aidilfitri,
malah mengaji sebelum kedatangan Azan pun kini sudah menjadi satu
‘kesalahan’.
DAP tidak akan bising kalau tidur diganggu dengan
bunyi letupan mercun setiap kali malam perayaan, tapi akan bising (malah
membuat laporan polis) kalau pembesar suara masjid berhampiran
mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum Azan atau jemaah
bertakbir dari rumah ke rumah. Peliknya,parti yang majoriti dianggotai
orang Melayu dan Islam PAS redha dengan semua tindakan DAP ini. Paling jijik tentulah PAS, sanggup mencari ayat-ayat al-Quran yang boleh ditunggang terbalik untuk menyokong tindakan DAP itu.
Pakatan Rakyat terutama DAP tahu, selagi orang Melayu dan institusi
Islam di negara ini kuat, selagi itulah sistem beraja ini tidak akan
dapat disentuh. Maka itu mereka mengambil pendirian menyerang Melayu dan
Islam untuk melemahkan yang di atas (sistem beraja). Malang
dan sedihnya, masih ada segelintir orang Islam dan Melayu sendiri yang
bersekongkol dengan puak-puak ini tanpa menyedari mereka sendiri bakal
menjadi mangsa penindasan jika penubuhan republik itu menjadi kenyataan.
Kalau ikut cakap memanglah semua akan nafikan tapi itu semua demi undi.
Kalau sebut terus terang nanti, undi lari dengan sendiri.
Contohnya; PAP Singapura dan Malaysian Malaysia. Terang-terang konsep
Malaysian Malaysia itu mengikis hak keistimewaan orang Melayu dalam
perlembagaan tapi selamba Lim Kit Siang boleh kata DAP akan sokong
perlembagaan persekutuan.
Logiknya, kalau nak bagi semua sama
rata (Malaysian Malaysia), bagaimana pula dalam masa yang sama kekalkan
hak keistimewaan Melayu?? Justeru, WAJIB semua orang Melayu dan
Islam di negara ini bersama-sama berjuang mempertahankan perlembagaan Malaysia dan institusi
beraja/Islam di negara ini demi masa depan negara yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment