Tuesday 16 October 2012



RUMAH SOJAR - INDAH DI LUAR, BURUK DI DALAM

Kenapa perlu sojar terus menerus ditimpa malang hanya kerana kelemahan kontraktor yang tidak bertanggungjawab yang seharusnya menyediakan rumah yang selesa bagi anggota dan keluarganya. Setahu penulis, projek pembinaan perumahan tentera telah bermula sejak Dato' Sri Najib menjawab Menteri Pertahanan ketika dulu lagi. Ketika itu anggota tentera merasa terpanggil untuk mengucapkan terima kasih di atas segala daya usaha Menterinya yang bersungguh merealisaikan menyediakan rumah yang cukup bagi semua peringkat anggotanya dimana bilangan bilik yg lebih banyak, ruang yang lebih luas dan perabut yang cukup baik. Mereka tidak segan silu mempelawa keluarga dan tetamu luar untuk berziarah malah bermalam di rumah mereka.

Tetapi kini, lain pula jadinya (sumber dari Askar Setia). Tidak mustahil pendedahan ini sebagai  `tip of the iceberg' dan bolehlah dianggap rumah tentera indah di luar, buruk di dalam. Sekadar bersimpati dengan keluhan dan kesulitan yg dihadapi oleh anggota tentera yang dilihat sebagai kelompok masyarakat yang sentiasa berjuang tanpa mengira penat lelah malah sanggup mengadai nyawa untuk menentukan kesejahteraan, keamanan kita semua.

Isu berkaitan kecatatan dan kerosakan yang berlaku dalam kebanyakkan rumah RKAT bukanlah satu perkara baru dan ia sering menjadi 'buah mulut' kebanyakkan pegawai dan anggota ATM. Askar Setia turut pernah beberapa kali mendengar keluhan beberapa pegawai  dan anggota yang tinggal di RKAT KEMENTAH termasuk di Desa Tun Hussein Onn (DTHO) yang telah menyatakan kekesalan mereka kerana tinggal dalam rumah 'seperti tidak siap' ekoran siling yang runtuh, paip bocor yang menyebabkan limpahan najis 'orang atas' dan pelbagai kes lagi sedangkan kuarters berkenaan merupakan kuarters baru!

Pemberian kemudahan kuarters RKAT boleh saya klasifikasikan sebagai 'satu rahmat' kepada pegawai dan anggota ATM namun, pihak KEMENTAH seharusnya memastikan rumah-rumah berkenaan utuh dan selamat untuk didiami. 

1 comment:

  1. ITU PUN TAK SODAR-SODAR LAGI KE JAN ?...DOK SOKONG HAK LAMA JUGAK !. KEH KEH NASIB BADAN DIN...

    ReplyDelete