Friday, 12 October 2012



TG AZIZ PERLUKAN LIM KIT SIANG DAN KARPAL!

SUDAH TERANG LAGI BERSPORTLIGHT dan tidak ada siapa yang mati terkejut kerana pengakuan Mursyidul AM PAS, TG Nik Aziz. Kalau tanya biawak dan gajah pun mereka tak akan terkejut beruk!. Tindakkanya, ianya sekadar memperbaharui ikrar sebagai jaminan kepada DAP bahawa beliau akan terus menyokong dan mendokong DAP dalam semua urusan melibatkan negeri, negara mahupun yang mengaitkan isu keagamaan Islam sekalipun. 

Tidak timbul persoalan siapa yang memerlukan siapa, hakikatnya PAS bertindak demikian kerana menyedari sokongannya orang Melayu/Islam terus menerus terhakis berikutan pelbagai masalah serta tindakan PAS  yang menimbulkan kebencian dan penolakkan rakyat kepada mereka. Sebelum-sebelum ini pun, dalam semua keadaan PAS tidak lagi dilihat mahu memperjuangkan agenda Melayu dan syiar Islam. PAS menjadi `Pak Angguk' kepada DAP,  cukup patuh dan tidak sesekali membantah, malah sanggup menjilat dan mencium kaki seorang wakil rakyat DAP di negeri Kedah. Di Selangor dan Pulau Pinang yang mempunyai seorang wakil rakyat PAS diterajang dengan hinanya. Bukan itu saja, umat Islam di negeri itu sedang diratah-ratah sang singa, DAP sedangkan PAS lena tidur di kandangnya.

Malah belum di kira lagi, isu murtad berhubung serbuan ke atas gereja haram, penjualan arak di Selangor, ahli politik DAP melafaz ayat al-Quran secara tunggang langgang dan menerima sorakan PAS, isu BERSIH dan isu air Selangor (di mana kerajaan negeri merancang menyerahkan projek urus air kepada syarikat Singapura atas nasihat DAP) yang terang-terang mempergunakan PAS, perempuan DAP yang tidak suci melakukan korban, berucap dalam masjid dan banyak lagi yang cukup sarat untuk dinyatakan hanya  gara-gara menukar haluannya kepada DAP dan Negara Kebajikan!!!!.

Apa pun, hakikatnya PAS lebih mempercayai DAP daripada PKR dalam pakatan pembangkang. Di manakah harga diri TG Nik Aziz yang kini lebih mempercayai Lim Kit Sing, Karpal Singh!. Persoalannya, apakah benar Malaysia kini telah menghampiri menjadi negara Republik?. Sekadar mengulangi ucapan pemimpin DAP (melalui pendedahan Dokumen Sulit Mohamed Razali Abd Rahman, bekas Setiausaha Org DAP) yang berbunyi: `we (DAP) must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian". 

Masyarakat umum seharusnya menyedari dengan penuh  yakin bahawa PAS TIDAK LAGI RELEVAN bagi penduduk Malaysia khususnya orang Melayu baik di bandar, kampong, desa atau  yang berada di pulau-pulau sekalipun. PAS telah beralih arah, berubah dan jaminan orang Melayu untuk terus berkuasa dan syiar Islam terus berkembang HANYA AKAN TINGGAL KENANGAN.  

No comments:

Post a Comment