RUMAH SOJAR - INDAH DI LUAR, BURUK DI DALAM
Kenapa perlu sojar terus menerus ditimpa malang hanya kerana kelemahan kontraktor yang tidak bertanggungjawab yang seharusnya menyediakan rumah yang selesa bagi anggota dan keluarganya. Setahu penulis, projek pembinaan perumahan tentera telah bermula sejak Dato' Sri Najib menjawab Menteri Pertahanan ketika dulu lagi. Ketika itu anggota tentera merasa terpanggil untuk mengucapkan terima kasih di atas segala daya usaha Menterinya yang bersungguh merealisaikan menyediakan rumah yang cukup bagi semua peringkat anggotanya dimana bilangan bilik yg lebih banyak, ruang yang lebih luas dan perabut yang cukup baik. Mereka tidak segan silu mempelawa keluarga dan tetamu luar untuk berziarah malah bermalam di rumah mereka.
Isu
berkaitan kecatatan dan kerosakan yang berlaku dalam kebanyakkan rumah
RKAT bukanlah satu perkara baru dan ia sering menjadi 'buah mulut'
kebanyakkan pegawai dan anggota ATM. Askar Setia turut pernah beberapa
kali mendengar keluhan beberapa pegawai dan anggota yang tinggal di
RKAT KEMENTAH termasuk di Desa Tun Hussein Onn (DTHO) yang telah
menyatakan kekesalan mereka kerana tinggal dalam rumah 'seperti tidak
siap' ekoran siling yang runtuh, paip bocor yang menyebabkan limpahan
najis 'orang atas' dan pelbagai kes lagi sedangkan kuarters berkenaan
merupakan kuarters baru!
Pemberian
kemudahan kuarters RKAT boleh saya klasifikasikan sebagai 'satu rahmat'
kepada pegawai dan anggota ATM namun, pihak KEMENTAH seharusnya
memastikan rumah-rumah berkenaan utuh dan selamat untuk didiami.
ITU PUN TAK SODAR-SODAR LAGI KE JAN ?...DOK SOKONG HAK LAMA JUGAK !. KEH KEH NASIB BADAN DIN...
ReplyDelete