Sunday 1 July 2012

POLIMEK ATAU DASAR PRINSIP

 

Sebagai orang Islam, saya tertarik bagaimana PAS cuba memesongkan fikiran masyarakat Melayu/Islam di Malaysia bilamana dakwanya sebilangan artis telah berhijrah ke parti tersebut kerana kesedarannya terhadap agama  Islam?. Inilah masalah PAS, bila saja masuk parti PAS dia anggap seseorang atau artis tu akan jadi orang Islam sebenar. PAS dilihat cuba menimbulkan `psychological appearance' bahawa PAS adalah Islam sedangkan semua tahu PAS adalah sebuah parti sahaja. Agama Islam tu bukannya hak mutlak PAS. Oleh kerana artis-artis ini kecetekkan ilmu mereka diperalatkan bagi mendakwa PAS parti yang akan menjadikan mereka benar-benar Islam.  Persoalannya, kalau artis-artis benar-benar hendak mendalami agama Islam bukannya masuk  parti tetapi pergilah belajar dari guru atau alim ulama!, malah artis kelahiran atau yang tinggal di Kelantan sendiri pun tak masuk PAS?. Dalam masa yang sama, artis-artis ini pun tak pernah dilihat `berhijrah' kerana selama ini pun mereka bukan ahli UMNO, jadi berhijrah gi mano!. Jadinya, artis-artis ini masuk PAS sekadar polemik atau kerana prinsip!. Inilah taktik atau kaedah PAS memutarkan akidah orang Islam.  Kepada artis-artis terlibat, saya nasihatkan agar jika benar-benar mahu belajar Islam pergilah kepada orang yang pakar agama malah dalam Internet juga dah banyak bahan agama tetapi perlu mendapat petunjuk dari guru. Buatlah pertimbangan bersandarkan ilmu agama bukannya mengikut penilaian nafsu kerana keimanan dan ketakwaan tidak diukur mengikut kepartian kita.

2 comments:

  1. Meluat aku ni kat artis ni. Guna agama Islam utk nak glamour. Kalau nak `bersihkan diri' bukannya pergi mengadap pemimpin PAS. Dia orang pun penuh dosa!. Sedarlah artis!....

    ReplyDelete
  2. Masuk PAS, masuk juga...tapi `aktiviti lama' masih diteruskan...hampeh....

    ReplyDelete