Thursday 5 July 2012

ALI TINJU `HILANG'



Memang sah manusia pengecut! Ali Tinju tiada muncul dalam Majlis Penyampaian Cek Rasyuan Hari Pahlawan 2011 dan hanya menghantar orang keduanya pada pagi ini di Mindef. Kenapa? Belangnya terselah akhirnya, konon mahu menjadi pejuang kebajikan ahli tetapi `kecut telor' dan mahu mengigil bila bersua muka dengan Menteri Pertahanan. Gelagat Al;i Tinju telah diramal, orangya yang banyak buat dajal, kaki menipu dan kaki betina tidak akan berani berdepan dengan presiden-presiden veteran yang lain yang lebih gah dan bermaruah tinggi. Kalau nak bandingkan pengalaman dan pengorbananya dalam perkhidmatan tentera bagaikan langit dengan bumi, dia tak layak pun `berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' dengan Presiden yang lain. Ali, kepala penuh muslihat penipu. Walaupun dia tidak datang, Ali Tinju akan mencanangkan kepada semua pesara bahawa kerana `kokokkannya' Mindef terjerat dan dipaksa melaksanakan majlis penyerahan cek kepada Presiden-presiden Veteran, walaupun acara ini diadakan secara tetap dilaksanakan pada setiap tahun. 

Dengan jumlah RM5,000.00, belum tentu Ali Tinju akan melakukan `kebajikan' kepada warga pesara dan ahlinya itu. Lihat sajalah, pada minggu-minggu terdekat ni Ali Tinju akan terlalu sibuk buat `kebajikan' kepada `mahluk-mahluk belaannya'. Lepas habis wang sumbangan tersebut Ali akan `berkokok dan melolong' lagi  bagi menyambung `lakunannya'. Bersiap sedialah wahai wartawan dan bloggers.....

No comments:

Post a Comment