Tuesday, 10 July 2012

TAK CUKUP RM5,000


Hai, Ali dengan Hayati Atie............dengar dulu anak dara ni hanya `kekasih gelapnya'. Alih-alih dia berada  disisi Ali Tinju!. Dengar kabarnya `kekasih gelapnya' inilah yang menyebabkan rumahtangganya ketiganya  terbelah dek kantoi kat drama kat Ampang Park seketika dulu.....Apakah wanita ini akan jadi `mangsanya' yang keempat! Padanlah RM5,000 tak cukup sebab nak belanja kahwin kot. he...he.... Tunggu berita dari Ali Tinju................

TERBARU! ALI TINJU JUMPA MB SELANGOR


TERBARUI!!! Ali Tinju jumpa Menteri Besar Selangor!!!!.

Tindakan Ali Tinju yang tak puas hati kerana dakwaannya dana sumbangan Hari Pahlawan yang diterimanya sedikit walaupun telah banyak membantu BN, dalam diam-diam  nak `menyembah mengadap' MB Selangor.

Ali memang licik, cukup bijak mengunakan segala `kemahiran' bagi memenuhi gelora nafsunya yang tamak. Ali yang dah berputus arang dengan Mindef  mengharapkan  campurtanggan parasit Parti Pembangkang (PK) khususnya PKR bagi menyelesai masalahnya kerana dakwanya JHEV  tidak lagi boleh diharapkan.Ali Tinju, talam dua muka. Bila  berdepan dengan BN dan  tidak terkecuali PM  dia dan rakannya berdemonstrasi  tapi bila nak jumpa pemimpin PKR pandai pulak guna cara terhormat!.   Umpama orang mengantuk disurung bantal, PK tidak akan mensia-siakan peluang ini kerana Ali akan `digunakan dan diperdagangkan'  dalam ceramah politik di seluruh pelusuk negara  menjaja dan melelong segala pembohongan Ali memburuk-burukan Mindef,  BN dan kerajaan.

Sunday, 8 July 2012

ALI TINJU: HELAH DAN PEMBONGKARAN


Nah, Ali Tinju nak berdemonstrasi ke ibu pejabat JHEV pada 18 Jul sebab tak puas hati kerana hanya menerima RM5,000.00!.  Pembahagian  didakwanya tak betul sedangkan telah bantu kerajaan BN!  Waduhhh, bongkaknya!. Nak kata dia bijak, jauh api dari gangang.  Ali Tinju memang  bodoh piang ditahap keldai. Apakah helah disebalik mahu berdemonstrasi!   


a.  Yang dapat RM5,000.00 bukan KVRM sahaja, malah ada 12 persatuan lain yang mendapat jumlah yang sama di bawah: 


Kelab Bekas Anggota Perisai KL, Kelab Persara Kor Perkhidmatan AM, Persatuan Bekas 9 RAMD Zon Utara, Persatuan Bekas Artileri Malaysia, Persatuan Bekas Guru Tentera Malaysia, Persatuan Veteran Kor Kesihatan Wilayah Utara Malaysia, Veteran Renger Sarawak, Veteran Tentera Malaysia Sarawak, Persatuan Kebajikan Bekas Askar Jurutera Diraja, Veteran Kor Ordanan Diraja Malaysia, Kelab Veteran Kor Risik Malaysia dan Majlis Veteran Malaysia. Malah terdapat persatuan yang mendapat lebih rendah dari itu! dan kenapa meraka tidak berdemonstrasi!

b.  Kalau Ali pertikai jumlah yang diterima berbanding keahliannya, KVRM hanya mempunyai 25 ahli PVTM berbanding persatuan lain. Mengambil contoh persatuan lain seperti Kelab Veteran Kor Risik Malaysia mempunyai  556 ahli, Veteran Kor Odinan Diraja Malaysia 456 ahli, Veteran Renger Sarawak 390 ahli,  Veteran Kor Kesihatan 634 ahli. Apakah dengan jumlah itu, Ali tidak mampu memberi sumbangan kebajikan dalam kalangan ahlinya atau pesara yang memerlukan mengikut kemampuan dan perolehan yang ada mengikut keadaan semasa?

c.   Ali,  manusia lidah bercabang  dan menjijikan. Kepalanya penuh muslihat mengugut kerajaan bagi mendapatkan `pulangan besar' dari apa yang dilakukan,  sedangkan faedah yang diperoleh hanyalah mencemarkan nama baik veteran tentera, ATM di mata masyarakat keseluruhannya. Ali, sebagai Presiden  cuba mendapatkan wang secara tidak sah dari sudut undang-undang dengan berdemonstrasi bagi mendesak kerajaan untuk menuntut apa yang dihajatkannya...WANG!.  

d.    Kenapa Ali merunggut dengan jumlah yang diterimanya? Inilah dia manusia yang digelar ALOK (Action lebih, otak kosong), tindakkanya untuk berdemonstrasi, benar-benar dilihat mengharapkan wang persatuan untuk menyara kehidupnya yang berpaksikan penuh kepura-puraan dan penipuan berbanding persatuan lain. Ali memerlukan kewangan yang besar bagi membiayai segala `aktiviti' malamnya yang dilihat keistimewaan dan hak eksklusif sebagai penyandang Presiden persatuan. 

Ali tidak perlu berselindung disebalik persatuan KVRM. Ali hanya memikirkan mengenai dirinya sendiri. Persatuannya mengikat mereka hanya kerana 'WANG'. Gelora nafsu  Ali  bersifat individualistik, pentingkan diri sendiri dan tamak.

Thursday, 5 July 2012

ALI TINJU `HILANG'



Memang sah manusia pengecut! Ali Tinju tiada muncul dalam Majlis Penyampaian Cek Rasyuan Hari Pahlawan 2011 dan hanya menghantar orang keduanya pada pagi ini di Mindef. Kenapa? Belangnya terselah akhirnya, konon mahu menjadi pejuang kebajikan ahli tetapi `kecut telor' dan mahu mengigil bila bersua muka dengan Menteri Pertahanan. Gelagat Al;i Tinju telah diramal, orangya yang banyak buat dajal, kaki menipu dan kaki betina tidak akan berani berdepan dengan presiden-presiden veteran yang lain yang lebih gah dan bermaruah tinggi. Kalau nak bandingkan pengalaman dan pengorbananya dalam perkhidmatan tentera bagaikan langit dengan bumi, dia tak layak pun `berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' dengan Presiden yang lain. Ali, kepala penuh muslihat penipu. Walaupun dia tidak datang, Ali Tinju akan mencanangkan kepada semua pesara bahawa kerana `kokokkannya' Mindef terjerat dan dipaksa melaksanakan majlis penyerahan cek kepada Presiden-presiden Veteran, walaupun acara ini diadakan secara tetap dilaksanakan pada setiap tahun. 

Dengan jumlah RM5,000.00, belum tentu Ali Tinju akan melakukan `kebajikan' kepada warga pesara dan ahlinya itu. Lihat sajalah, pada minggu-minggu terdekat ni Ali Tinju akan terlalu sibuk buat `kebajikan' kepada `mahluk-mahluk belaannya'. Lepas habis wang sumbangan tersebut Ali akan `berkokok dan melolong' lagi  bagi menyambung `lakunannya'. Bersiap sedialah wahai wartawan dan bloggers.....

Wednesday, 4 July 2012

DAP LAKSANA PENGHAPUSAN KAUM DI PULAU PINANG



Kini Melayu Pulau Pinang telah hilang kuasa dan tidak lama lagi akan hilang segala-galanya. Orang Melayu Pulau Pinang akan menjadi pelarian merempat di negeri senriri. Orang Melayu Kg Genting menjadi mangsa kerakusan politik DAP yang mahu menghalau keluar orang Melayu secara terancang  dan dalam masa yang sama menghakis pemilikan status tanah rezab Melayu di Pulau Pinang.

Sedarlah, orang Melayu!!!DAP sedang LAKSANA PENGHAPUSAN KAUM Melayu di Pulau Pinang.
Kerajaan DAP nak jadikan Pulau Pinang macam Singapura.
Lepas tu,  orang Melayu nak pergi  kat Pulau Pinang akan
dikenakan pelbagai halangan dan sekatan. Bagi DAP
orang Melayu tidak diperlukan di Pulau Pinang.

PAS dan PKR merelakan DAP buat apa sahaja kat orang Melayu. PAS dan PKR bagaikan harapkan pagar, pagar makan padi mahu pun `hero seks' mampus tak berani nak halang DAP kerana dah cukup `kenyang' dek bahana sogokkan wang ringgit.  Kawasan Cina tak diusik DAP walau seinci pun!. Malah ramai rakyat Singapura telah memiliki rumah di Pulau Pinang atas sokongan Lim Guan Eng bagi menguasai Pulau Pinang keseluruhannya. 
Kalau DAP boleh halau orang India di Kg Pala, kini orang Melayu menjadi mangsanya pula bagi menghapus
kuasa ketuanan Melayu di tanah tumpahnya sendiri.

Bangun...bangun....bangun orang Melayu Pulau Pinang, sedarlah anda akan menjadi pupus di tanah senriri tidak lama lagi. Gambar-gambar rumah tradisi Melayu akan hanya menjadi potret di Muzium  Negara (itupun jika BN terus memerintah). MENYESAL DULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA!




Monday, 2 July 2012

CINA DAP DAPAT TANAH REZAB MELAYU BUAT KUBUR

PAS tetap meluluskan projek. Ikhsan dari Kedah69ers.com.

.PRU13.....PAS pasti rebah

ORANG MELAYU DIPERBODOHKAN LAGI di Kedah bila PAS ubah status Tanah Rezab di Sg Kob, Kulim Bandar Baru, Kedah bagi membolehkan projek swasta Memorial Park (kubur Cina) dilaksanakan. Kawasan  yang majoriti didiami masyarakat Melayu bangkit memberontak, namun kerajaan PAS terus angkuh  menghalalkan tindakkannya. PAS jenuh menepis dan membohongi rakyat walau pun Pejabat Galian dan Tanah mengesahkan penukaran status telah dilaksanakan pada tahun 2008 ketika Parti Pakatan menang. Ramai orang Melayu bangkit membantah, namun PAS tetap tunduk desakan DAP. Beginilah tindak tanduk PAS berlidah bercabang, dalam diam PAS bermati-matian mengadai maruah bangsa dan agama Islam bagi memperjuangkan kubur Cina. Mungkin ramai yang tak tahu disebalik pembinaan projek adalah bagi menampung  tanah perkuburan masyarakat Cina DAP  Pulau Pinang. Apakah jaminan PAS akan terus membela orang Melayu dan Islam? Tentunya TIDAK. Jangan harap PAS akan memperjuangkan bangsa dan agama, ayuh TOLAK PAS

Sunday, 1 July 2012

POLIMEK ATAU DASAR PRINSIP

 

Sebagai orang Islam, saya tertarik bagaimana PAS cuba memesongkan fikiran masyarakat Melayu/Islam di Malaysia bilamana dakwanya sebilangan artis telah berhijrah ke parti tersebut kerana kesedarannya terhadap agama  Islam?. Inilah masalah PAS, bila saja masuk parti PAS dia anggap seseorang atau artis tu akan jadi orang Islam sebenar. PAS dilihat cuba menimbulkan `psychological appearance' bahawa PAS adalah Islam sedangkan semua tahu PAS adalah sebuah parti sahaja. Agama Islam tu bukannya hak mutlak PAS. Oleh kerana artis-artis ini kecetekkan ilmu mereka diperalatkan bagi mendakwa PAS parti yang akan menjadikan mereka benar-benar Islam.  Persoalannya, kalau artis-artis benar-benar hendak mendalami agama Islam bukannya masuk  parti tetapi pergilah belajar dari guru atau alim ulama!, malah artis kelahiran atau yang tinggal di Kelantan sendiri pun tak masuk PAS?. Dalam masa yang sama, artis-artis ini pun tak pernah dilihat `berhijrah' kerana selama ini pun mereka bukan ahli UMNO, jadi berhijrah gi mano!. Jadinya, artis-artis ini masuk PAS sekadar polemik atau kerana prinsip!. Inilah taktik atau kaedah PAS memutarkan akidah orang Islam.  Kepada artis-artis terlibat, saya nasihatkan agar jika benar-benar mahu belajar Islam pergilah kepada orang yang pakar agama malah dalam Internet juga dah banyak bahan agama tetapi perlu mendapat petunjuk dari guru. Buatlah pertimbangan bersandarkan ilmu agama bukannya mengikut penilaian nafsu kerana keimanan dan ketakwaan tidak diukur mengikut kepartian kita.