Thursday, 10 November 2016

Siapakah Pengkhianat Bangsa Melayu Seakan “Othman Wok” di Malaysia

13716227_1054709144615044_3922578379323475572_n
Surah Ali ‘Imran 118 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118)
Pada ayat ini Allah memperingatkan orang-orang mukmin agar jangan bergaul rapat dengan orang-orang kafir yang telah nyata sifat-sifatnya yang buruk itu, jangan mempercayai mereka dan jangan menyerahkan urusan-urusan kaum muslimin kepada mereka. Dalam sejarah negara, ramai terlupa tentang antara sebab Singapura berjaya dikeluarkan dari Malaysia. Salah seorang individu yang bertanggungjawab dalam pemisahan tersebut adalah Othman Wok, bekas pengarang akhbar Berita Harian dan Utusan Melayu.
Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran. Diantara peranan yang dimainkan oleh Othman Wok pada masa itu ialah melakukan hasutan dan fitnah terhadap isu semasa  dan menaikkan kemarahan anak muda terhadap UMNO Singapura.  Fitnah dan hasutan ini telah menjadikan anak muda terus menolak UMNO dibawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman.
Akhirnya, UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura. Sekarang peranan Othman Wok mirip dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim mahupun Mat Sabu terus memperdayakan anak muda Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina PAP.
Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura.
Dalam hal berkaitan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu di Malaysia, kita sedar dan telah dapat melihat bagaimana persamaaan perjuangan ini dibuat oleh Pakatan  dalam kepelbagaian usaha untuk menolak hak hak tersebut. Sikap anti-Melayu terutama menentang kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, serta Keistimewaan Melayu sebagai Bumiputera yang tertera dalam Perkara 153 dibangkitkan secara terbuka sejak kempen PRU 1969.
Selain itu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan ditentang dan dicabar oleh parti totok Cina ditempikkan serentak sejak kempen PRU 1969 yang mencetuskan titik bermulanya krisis perkauman di negara ini. Hal ini diteruskan sehingga sekarang, apakah pemimpin Melayu yang ada didalam Pakatan sanggup membiarkan perkara ini dan bersetuju agar segalanya dihapuskan, Dimanakah Mahathir, Muyiddin, Azmin, Mat Sabu dan barisan kepimpinan PAN yang dikatakan amat nasionalis?
Seperti kata seorang penulis berbangsa Cina, Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar” -(Buku The Chinese Dilemma – Ye Lin-Sheng). Tetapi ada pemimpin Melayu Pakatan merestui perkara ini berlaku malah tidak bersuara langsung untuk menentangnya.Bukankah mereka ini Pengkhianat kepada bangsa Melayu?
Sekarang pengkhianat Melayu ini bukan sahaja  terletak pada nama Anwar dan Mat Sabu, malah banyak lagi nama nama yang terlibat dalam meranapkan Islam  dan bangsa Melayu di Malaysia sekarang dengan bersekongkol bersama anak emas PAP iaitu DAP untuk menumbangkan UMNO. Kita tak perlu pergi jauh untuk melihat bukti-bukti ini. Ia sedang bermula di sini. Siri BERSIH adalah salah satu platfom untuk memulakan api sengketa dan disusuli dengan desakan “CHANGE”. Anwar dengan berani dan bersahaja mengeluarkan kenyataan bahawa “we want change”.
Umum sedia maklum  bahawa perkataan ini asalnya dari USA semasa menceroboh negara Islam. Sejarah penaklukan  barat dengan alasan demokrasi dilakukan  terhadap Negara Islam , Mengapa masih lagi pemimpin Melayu yang ada didalam pakatan masih lagi mahu menyokong tindakan ini? Apakah ini bukan pengkhianatan kepada Islam Bangsa Melayu dan  Negara?
Pernahkah Azmin. Muhyiddin, Mahathir, dan pemimpin PAN  termasuk Anwar dan Mat Sabu yang mana mereka ini pernah bersuara mengenai ancaman terhadap  Melayu dan Islam jika keduanya perkara ini di pijak malah pada kebanyakan isu mereka bukan berkisar kepada perjuangan bangsa dan Islam. Tetapi lebih menjurus kepada hak hak peribadi dan kuasa politik. Tertubuhnya parti PAN dan Bersatu yang diketuai oleh bekas pemimpin PAS dan UMNO terus bergabung tenaga bersama DAP dan menghasut orang Melayu agar membenci UMNO  dan menolak hak hak keistimewaan orang Melayu dan  sedang bersekongkol menjadikan agama Islam sebagai liberal .
Pengkhianatan yang mereka ini lakukan adalah kerana  jawatan dan kuasa dan bukan untuk memastikan  Agama Islam dilindungi serta hak hak bangsa Melayu dipertahankan. Bagi mereka ianya hanya retorik  sahaja. Bagi mereka yang paling penting ialah kuasa dan politik. DAP telah menjalankan peranan dalam megejar impian untuk menguasai negeri pantai barat yang  menjadi matlamat Lee Kwan Yew yang mana potensi untuk menguasai segalanya ada disana. Dengan mengwujudkan “Othman Wok” yang baru dalam alaf baru didalam Bersatu , PAN dan PKR , maka segala  impian akan menjadi mudah.
“Othman Wok” di Malaysia telah banyak dilahirkan melalui parti serpihan dalam Pakatan, Parti yang diketuai oleh orang Melayu yang tidak langsung membela apa juga tuntutan yang dibuat untuk menjahanamkan  Agama Islam dan Melayu. Mereka ini adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu dan Agama Islam. Sokongan pemimpin pengkhianat ini yang dilahirkan oleh DAP sebagaimana lahirnya “Othman wok” didalam PAP telah menyebabkan hancurnya Melayu dan Islam di Singapura. Kita dapat melihat bagaimana agenda yang dilancarkan DAP itu  mempunyai persamaan apa yang dilakukan oleh PAP di Singapura.
Kumpulan pengkhiant bangsa Melayu yang dilahirkan oleh DAP ini sekali gus menyokong dasar dasar Islam liberal yang mana  meletakkan Islam dan bangsa Melayu berada ditelapak kaki bangsa asing atau DAP.
Tiada satu pun sanggahan  daripada mereka ini untuk melakukan penentangan terhadap cadangan IFC, Comango serta G25 yang mana  sedang berusaha meranapkan kedaulatan Islam yang dilindungi oleh perlembagaan. Bukankah ini Satu  pengkhianatan dari Melayu  yang berada didalam DAP ini? Tindakan ini merupakan satu pengkhinatan terbesar bangsa dan pemimpin Melayu yang telah dikaderkan oleh DAP. Pengkaderan dibuat dalam  bentuk psycholgi logic atas nama hak asasi serta hak hak kesamarataan yang bukan amalan di dalam Negara ini.
DAP mengambil langkah pendekatan drastik dengan membuka ruang, peluang dan tempat untuk bangsa Melayu menyertai parti DAP. Ini adalah kerana DAP sedar bahawa bangsa Melayu sanggup menjadi pengkhianat kepada bangsa mereka jika disogokkan dengan jawatan dan sedikit kuasa serta wang. Pendekatan inilah kunci kecairan hati Melayu. Ruang untuk meluahkan pandangan dan pendapat, Peluang untuk mengintai kerjaya, Tempat untuk mempelajari dan menunjukkan bakat kepimpinan dalam politik.
Dasarnya jelas, semuanya bebas untuk melakukan apa saja dalam DAP, kecuali mereka ini akan terus membawa dasar DAP yang mahukan Islam menjadi liberal dan Melayu bukan lagi menjadi kuasa politik di Malaysia. Hasutan dilakukan oleh berbagai pihak pemimpin Melayu didalam DAP kepada  bangsa Melayu bersama untuk membunuh sebuah parti yang  nyata memperjuangkan hak hak orang Melayu dan  menjaga kepentingan Melayu  dengan  berbagai gelaran perkauman serta melindungi DAP yang nyata amat perkauman.
Akan tetapi, di mana akhirnya Melayu akan berada satu hari nanti? Adakah kita mahu menidakkan segala apa jasa yang UMNO dulu usahakan dan perjuangkan terhadap generasi dulu?  Dimanakah Mat Sabu, Azmin, Anwar , Muhyiddin serta Mahathir yang dikatakan memperjuangkan nasib Merlayu, Islam sebelum ini. Sekarang kita sedang melihat mereka  memusnahkan orang Melayu dan meyokong kumpulan Sosialis yang berfahaman komunis.
Adakah kerana  mahu menghukum UMNO kini yang ternyata lemah dan berbarah dengan cara mengajak orang Melayu menjadi ahli DAP untuk menghapuskan UMNO kini? Sebagaimana dilakukan oleh Othman Wok terhadap UMNO di Singapura dan menghasut orang Melayu membunuh UMNO di sana.
Yang pasti, kita menyokong UMNO dan  berparti adalah untuk kekal kuasa. Kuasa apa? Kuasa politik Melayu. Itu yang penting dalam menentukan survival kelangsungan hidup kaum Melayu pada masa hadapan. Bukan dengan cara menghakiskan kuasa Melayu sedikit demi sedikit dan menambah kuasa Melayu sebanyaknya dalam DAP. Bukankah ini satu pengkhianatan dari mereka ini?
Ini lah Pengkhianatan yang sedang dilakukan oleh beberapa pemimpin Melayu yang kini berada berasama DAP untuk tujuan yang sama dilakukan oleh Othman Wok terhadap bangsa Melayu dan UMNO di Singapura. Akhirnya bangsa Melayu Islam  dan UMNO hilang di persada politik dan menjadikan bangsa Melayu seperti pengemis.
DAP dengan agenda liciknya sedang memporak perandakan dunia Islam di Malaysia. Melalui jaringan yang mantap penuh rahsia. Jalan yang paling mudah ialah menghidangkan hiburan dan mengajak manusia yang bernama Melayu melakukan kerja bodoh dengan berdemo menentang kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu.
Nizar Jamaluddin, selepas menjadi Menteri Besar Perak telah melakukan penghinaan terhadap Raja Melayu dengan menunaikan arahan daripada pemimpin DAP Perak yang mana mengarahkannya untuk menghalang kenderaan Raja Muda dari menghadiri Istiadat Perlantikan Menteri Besar Perak di Kuala Kangsar.
DAP sedar jika mereka melakukan bantahan ini terhadap Raja Melayu sudah pastinya orang Melayu akan bersatu menentang mereka, Jadi dengan kelicikan politik mereka menggunakan orang lain iaitu Melayu sendiri dalam melaksanakan agenda jahat mereka.
Sebagai Melayu Islam didalam sebuah negeri beraja, betapa bodoh sangatkah Nizar Jamaluddin yang menggunakan bangsa Melayu untuk melakukan penghinaan terhadap  Raja Melayu. Bukan kah ini satu penderhakaan dan pengkhianatan seorang Melayu terhadap rajanya.
Tahap tahap penghinaan yang drestui oleh Azmin, Mat Sabu, dan beberapa orang lagi didalam kepimpinan Pakatan telah melihat bagaiman DYMM YDP Agong dihina dengan kepelbagaian cara. Dari gambar sehingga gelaran gelaran yang tidak sepatutnya diucapkan kepada seorang Raja dalam sebuah Negara berdaulat.
Membiarkan perkara ini berlaku, bukan kah ini satu bentuk pengkhianatan terhadap Raja dan Negara berdaulat?
Meniupkan sentimen perseteruan sesama sendiri. Manusia akan disibukkan dengan pertelingkahan politik dan berpecah belah kerananya. Melemahkan kesedaran keagamaan. Merancakkan kehidupan bebas terutamanya melampiaskan syahwat seks dan tergilakan keseronokan.
Dikala ini dimana kah pemimpin Melayu yang bersama DAP sebelum ini melaungkan  akan membela nasib bangsa, Agama Islam dan memperjuangkan  dasar perjuangan bangsa yang dilihat cukup kuat. Ini satu pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka terhadap bangsa Melayu Islam di Malaysia.
Sebagai pemimpin sebelum ini , membangunkan Negara itu satu tanggungjawab , tidak kira dalam bentuk apa sekali pun, Tetapi membangunkan bangsa dan mengukuhkan Islam dan menolak ancaman terhadap bangsa Melayu dan Islam itu satu pengorbanan.
Membiarkan agenda merosakkan bangsa dan Islam itu satu pengkhianatan tambahan lagi bersekongkol dengan sebuah parti anti Islam yang berfahaman sosialais  itu merupakan satu pengkhianatan  yang akan menjadikan bangsa dan Islam itu ditindas akibat kerakusan kuasa dan jawatan pemimpin Melayu ini.
Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran. Ini bukan soal rasuah dan kronisme. Ini soal mempertahankan legasi nenek moyang kita.
Sebuah kerajaan dan empayar Melayu nusantara yang memerintah sebelum Belanda, Portugis dan Inggeris bermaharajalela di alam Melayu Nusantara. Soal maruah bangsa, maruah Islam dan kedaulatan sesabuah Negara yang dipimpin oleh oaring Melayu.
Pada awal 70an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.
Tindakan tersebut mempunyai persamaan dimana isu wang zakat, Azan, Kalimah Allah  serta banyak lagi isu berkaitan dengan aqidah serta hokum halal dan haram  didalam agama Islam yang mahu dianggap sebagai perkara yang remeh dan dicadangkan agar di halalkan segalanya.
Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan Rakyat yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad. Apakah kita sehingga kini masih lagi dalam keadaan begitu bodoh yang mahu menerima  pengkhianat seperti ini dalam politik kita.
Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura.
Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura, ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri.
Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ini ada dan hidup membiak di dalam negara kita. Terima Kasih Othman Wok kerana telah ‘mengadaikan’ nasib bangsa sendiri. Mirip siapakah watak Othman Wok di Malaysia? Tepuk dada tanya minda. Soalan dah terjawab

No comments:

Post a Comment