Monday, 12 October 2015
MAHATHIR YANG LICIK!
Menjawab soalan wartawan berkait kritikannya kepada Najib. Mahathir menjawab ala ala Jokowi. Tiga ke lima patah perkataan sahaja.
"Dia kena letak jawatan."
"Jawatan PM dan Presiden parti lah".
"Malu negara media lapor Malaysia kurup (rasuah)".
"Saya dulu pun orang kata kurup.
"Tapi saya tak kurup."
Bahasa mudah untuk difahami. Ketika timbalannya Ghafar Baba dilihat setia, dia menukarkan dengan pendatang baru dalam politik BN iaitu Anwar Ibrahim. Ghafar dilihat tua dan tak berupaya menggantikannya walaupun sejak penubuhan UMNO Ghafar bersama. Awal daripada itu Mahathir pernah mengkritik PM pertama Tunku Abdul Rahman dalam buku The Malay Dilema. Beliau juga dikatakan berbaik dengan mahasiswa dan menyokong demonstrasi anti Tunku. Akhirnya dia dipecat pada tahun 1969. Di luar UMNO dia pernah naik ke pentas PAS di Klang mengkritik pemerintah.
Tetapi apabila Tun Razak menjadi PM, beliau diambil kembali masuk kerajaan pada tahun 1972. Di zaman Tun Husein Onn beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1976 dan pada tahun 1981 menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Bayangkan sudah dipecat keahliannya, tetapi boleh masuk semula UMNO dan naik begitu cepat sehingga menjadi Perdana Menteri. Inilah kelicikan Tun Mahathir.
Berbalik kepada timbalannya bernama Anwar Ibrahim yang dilihat paling berpengaruh dan berkeupayaan berbanding timbalannya yang lain seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Abdullah Badawi. Mahathir memberi kepercayaan kepada Anwar dalam masa yang singkat. Pengaruh lawannya KuLi berjaya dipatahkan pada tahun 1996 KuLi membubarkan Parti Melayu Semangat 46. Sebelumnya dalam perlawanan Mahathir vs KuLi 1987, bapa Anwar Dato' Ibrahim dilihat diantara pencatur yang membawa kemenangan Mahathir. Tidak pelik Mahathir menziarahi jenazah Al Marhum kerana mereka berkawan lama. Mahathir bercuti beberapa bulan pada tahun 1997. Anwar memangku.
Kesempatan itu digunakan Anwar untuk melakukan beberapa perubahan dan ramai 'orangnya' dibawa masuk ke tempat strategik dalam kerajaan dan UMNO. Pemilihan UMNO tahun tersebut, proksi Anwar memenangi Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO melalui Zahid Hamidi dan Dato Zaharah Sulaiman. Kempen menjatuhkan Mahathir mula digiatkan. 1998 melalui War Room mereka di Plaza Pekeliling, Zahid memulakan serangan kepada Mahathir dengan isu KKN (Kuropsi, Kronisme dan Nepotisme) yang melibatkan anak anak Mahathir secara terbuka dalam Perhimpunan Agung UMNO. Media media menyambut. Penyokong Mahathir membalas dengan mengedarkan buku '50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM' yang dikarang oleh Khalid Jefri. Ia diedar ke perwakilan berupa cerita cerita berbentuk tuduhan rasuah, liwat dan lain-lain.
Berakhir dengan Anwar dipecat pada 2 September 1998 ketika negara hangat dengan Sukan Komenwel yang julung-julung kali diadakan di Malaysia. Media melaporkan pengakuan Anwar bahawa tiada pergeseran diantara dia dengan Mahathir dan beliau setia dengan Mahathir. Namun Mahathir bertindak cepat memecat dua Ketua Pengarang orang Anwar di Utusan dan Berita Harian. Salah seorangnya Dato Johan Jaafar. Selepas dipecat. 20 September 1998 di hari Queen Elizibeth merasmikan penutup Sukan Komenwel, Anwar di tahan ISA dan mendengkam dalam penjara selama 6 tahun.
Gelombang reformasi memburukkan nama Mahathir. Kali pertama dalam sejarah selepas merdeka, berlaku protes besar besaran di ibu negara. BN tewas di negeri Terengganu. Pakatan pembangkang memenangi banyak kerusi di seluruh negara. Mahathir digelar Mahafiraun dan Mahazalim. Adakah beliau tewas? Selepas namanya buruk selama 4 tahun pasca pemecatan Anwar. Mahathir mengumumkan secara mengejut melepaskan jawatan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 22 Jun 2002. Ia mengejutkan pimpinan dan perwakilan. Segera dipujuk oleh timbalannya Pak Lah Badawi, Ketua Wanita Rafidah Aziz dan Ketua Pemuda Hishamudin Husin. Tengiang jeritan Rafidah, "Why! Why! Berakhir dengan Mahathir menerima pujukan dan menarik balik perletakan jawatan.
Namun selepas itu diumumkan plan peralihan kuasa beliau kepada Pak Lah Badawi setahun berikutnya. Lalu mulalah diceritakan kembali jasa besar Mahathir membangunkan Malaysia. Kemudian pada tahun yang sama Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan OIC dan NAM. Mahathir menggunakan kesempatan itu menghentam Amerika dan Zionis. Masyhurlah nama Mahathir di dunia Islam dan negara membangun sebagai hero umat Islam dan negara tertindas. Namanya diabadikan oleh pak pak arab sebagai pemimpin berani sehingga ke hari ini. Walaupun arab arab ini tidak tahu hubungan dan kerjasama baiknya dengan Amerika. Kemudian beliau melepaskan jawatan dengan nama yang terjulang.
Apabila penggantinya Pak Lah membebaskan Anwar. Ia mendatangkan kemarahan. Ditambah dengan penguasaan Khairy dan Kamaludin Abdullah dalam pelbagai perniagaan dan percaturan politik dalaman UMNO. Mahathir bekerjasama dengan blogger pro pembangkang Raja Petra melalui Malaysia Today menjadi penganjur pentas Mahathir mengkritik Pak Lah di Kelab Century Paradise di Ampang. Pemula kritikan itu disambut dan dijaja hari hari. Berakhir dengan BN tewas terus pilihanraya 2008 dan Pak Lah berjaya dijatuhkan.
Naik Najib juga atas percaturan Mahathir. Kini dia memulakan kempen menjatuhkan Najib. Ramai seronok dengan serangan Mahathir ini. Ramai optimis Najib akan berundur. Tetapi adakah ianya kejatuhan BN kepada pembangkang atau menguatkan BN pasca Najib.
Sejarahnya begini.
1. Mahathir lawan Tunku Abdul Rahman. Tunku kalah.
2. Mahathir lawan Tengku Razaliegh. KuLi kalah.
3. Mahathir lawan Anwar. Anwar kalah.
4. Mahathir lawan Pak Lah. Pak Lah kalah.
5. Mahathir lawan Najib. Siapa yang kalah?
Pokoknya keempat perlawanan sebelumnya memberi beberapa keuntungan dan kerugian kepada pembangkang. Untuk bertukar kerajaan tidak pernah sekali berlaku. Lalu lihatlah pula permainan Mahathir kali ini dalam 'game' menjatuhkan Najib ini.
MELAYU DALAM DAP AKAN JADI PERDANA MENTERI?
Lim Kit Siang menjanjikan bahawa kononnya bangsa Melayu tidak perlu takut untuk memberikan undi kepada DAP pada PRU ke-14 nanti kerana pihaknya bersetuju untuk melantik Perdana Menteri dari bangsa Melayu?
Bagi menyokong hujahnya itu, dia menegaskan bahawa kononnya bangsa Melayu juga tidak akan tertindas kerana majoriti kakitangan awam dan anggota tentera di negara ini adalah berbangsa Melayu. Tapi dia tidak beritahu pula bahawa penjawat awam hanya golongan pelaksana dasar-dasar DAP nanti…
Tentu ada di kalangan orang Melayu yang terpengaruh dan percaya pada kata-kata Kit Siang itu. Jika tidak, masakan pula ada di kalangan bangsa kita yang sanggup menyertai dan ‘memperhambakan diri’ ada perjuangan serta perlembagaan parti itu, bukan?
Malah, ada segelintir anak muda yang kononnya berfikiran terbuka dan tiada jatidiri turut bersetuju dengan kata-kata Penasihat DAP itu. Ada yang berhujah kononnya pemimpin Melayu lebih teruk dari DAP dan lebih rela dipimpin oleh parti tersebut.
Nampak gayanya Kit Siang sedang memasuki fasa kedua, cuba menjejak langkah mentornya, mendiang Lee Kuan Yew. Mana mungkin kita lupa dengan Kuan Yew yang sanggup memakai songkok untuk ‘memujuk’ bangsa Melayu Singapura, bukan? Natijahnya, hanya Melayu Singapura saja yang tahu…
Mungkinkah DAP akan melantik Anwar? Atau itu hanya kata-kata manisnya sahaja? Kononnya DAP setuju memberi hak kuasa atas faktor demografi Malaysia? Percayakah kita pada kata ‘bayang-bayang’ Kuan Yew itu?
Cuba kita lihat di Pulau Pinang misalnya. DAP memiliki 19 Dun, PKR pula 10 Dun dan PAS pula hanya 1 Dun sahaja. Mungkin PAS tidak layak untuk dijadikan Ketua Menteri kerana mempunyai 1 kerusi Dun sahaja. Tapi kenapa tidak diberikan kerusi Ketua Menteri itu pada PKR?
Jika di Selangor pula, DAP mungkin mempunyai jumlah 15 kerusi Dun, sama seperti PAS. PKR pula mempunyai 13 Dun. Tapi mengapa melantik PKR untuk menjadi Menteri Besar? Kenapa DAP tidak berikan jawatan itu pada PAS?
Di Pulau Pinang, DAP berkuasa dan memegang kerusi Ketua Menteri dengan kelebihan 9 kerusi berbanding PKR. Di Selangor DAP juga berkuasa, tapi memberikan kerusi pada PKR walaupun PAS lebih banyak kerusi dari parti Anwar itu.
DAP sejak dari awal lagi tidak percaya pada PAS. Malah mereka memilih untuk melantik PKR menjadi Menteri Besar supaya senang mereka jadikan ‘boneka’ dan mencanang ke seluruh negara kononnya mereka tidak gila kuasa atau ‘memberi muka’ pada bangsa Melayu. Namun kita sedar taktik DAP itu.
Jelaslah di sini bahawa DAP sememangnya sangat mementingkan kuasa dan jawatan, sama ada secara langsung atau secara membonekakan seseorang.
Sekiranya dirujuk pada kerusi parlimen, DAP mempunyai 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi sahaja. Walaupun PKR dan PAS bertanding lebih banyak di kerusi Parlimen, mereka kalah teruk di tangan BN pada PRU ke-13 lalu.
Manakala DAP, walaupun bertanding di 51 kerusi parlimen sahaja, mereka berjaya membawa pulang 38 kerusi kepada parti mereka, terima kasih pada tok-tok lebai PAS yang siang malam berkempen untuk mereka pada ketika itu. Hasilnya DAP senyum, mereka juga yang ‘menangis’?
Dan kini Kit Siang mendakwa DAP sanggup lepaskan kerusi Perdana Menteri? Sama saja, sama ada pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri atau tidak, DAP tetap ‘Perdana Menteri’ jika Pakatan ‘Haram-Haraman’ itu berjaya menewaskan BN.
Jika tidak menjadi Perdana Menteri, maka ‘boneka’ yang menjadi Perdana Menteri itu perlu mendengar perintah mereka?
Itulah yang tersirat di sebalik yang tersurat berkenaan kenyataan bapa Lim Guan Eng itu. Kit Siang mungkin tidak menyusun strategi ini untuk dirinya. Namun mungkin strategi itu dirancang untuk anaknya di Pulau Pinang.
Khabarnya di Pulau Pinang, bukan saja Melayu UMNO saja yang menyesal, malah Melayu PAS lebih menyesal dari Melayu UMNO. Negeri itu khabarnya sedang dalam proses ‘diSingapurakan’. Dan penulis percaya, jika Malaysia berjaya dijajah Pakatan ‘Haram-Haraman’ itu, kita sedang menempa malapetaka! Nau’zubillahi min zalik…
Wednesday, 7 October 2015
MANSUH IPP, MANSUH AP, MANSUH PERNIAGAAN MESIN SLOT... PATUTLAH BERIA-IA DESAK NAJIB LETAK JAWATAN!!!
Malaysia Today melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi, sepertimana yang diminta oleh YTL.
Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan
permintaan YTL untuk memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL
menyaksikan kilang duitnya telah 'ditarik balik'.
1MDB bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke tarikh luput.
Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25 tahun akan datang.
Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP.
Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah entiti berhantu sehinggakan kempen agar Najib diturunkan daripa jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan.
PPA inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'lesen mencetak duit' semata-mata.
Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan 'angsa emas' kumpulan-kumpulan tertentu sehingga sakit hati tersebut memunculkan kempen menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan keburukan 1MDB kepada negara.
Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun.
Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport sebarang jenama kereta untuk dijual di pasaran Malaysia.
Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun sebelumnya dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40% lagi diberikan kepada pemegang franchise.
Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.
Mereka telah berjaya memperolehi 33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah keseluruhan 66,277) bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 68,330) untuk tahun 2005 sahaja, menurut senarai yang didedahkan oleh kerajaan. Berdasarkan kepada anggaran jualan kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan daripada perniagaan ini adalah RM996 juta secara keuntungan bagi tahun 2004 dan RM848 juta bagi tahun 2005.
Jumlah keseluruhan perniagaan AP adalah lebih kurang RM2 bilion setahun atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenalkan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi sistem berkenaan). Menurut maklumat dari industri permotoran, AP telah menghasilkan kenaikan harga kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar memandangkan para pembeli kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang AP secara tanpa sedar.
Perolehan berbilion ringgit dari perniagaan AP ini amat menjejaskan sekiranya Malaysia bersetuju menyertai TPPA yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat. Berita tentang pengakhiran perundingan selama lima tahun antara Malaysia dengan Amerika Syarikat pada Isnin lepas, benar-benar mencemaskan golongan terbabit kerana mereka sedar, sebaik-baik sahaja Malaysia menyertai TPPA, mereka akan kehilangan hak AP, malahan AP sendiri sudah tidak wujud lagi.
Satu lagi mesin cetak duit yang amat menguntungkan dan bakal dihapuskan oleh Najib adalah mesin slot. Semenjak 1980-an, perniagaan ini telah menjana keuntungan dianggarkan lebih RM10 bilion setahun di mana 70% daripada perniagaan tersebut dikuasai oleh keluarga Vincent Tan.
Maka tidak hairanlah mengapa Robin Tan, saudara lelaki Vincent yang mengendalikan perniagaan tersebut, menjadi pengkritik keras Najib Abdul Razak dan pentadbirannya

Tuesday, 6 October 2015
PAKATAN BARU Akan Ditubuhkan Di Selangor Bagi Menyingkirkan DAP dan Menggulingkan Keluarga Anwar?
DAP di peringkat Kebangsaan dan Pulau Pinang telah memutuskan semua bentuk hubungan dengan PAS apabila PAS berkeras untuk membentangkan undang-undang persendirian membabitkan hukuman hudud di Kelantan. DAP dari awal lagi telah menentang sebarang undang-undang syariah yang dianggap sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan meskipun Perlembagaan yang sama juga mengiktiraf kewujudan Undang-Undang Syariah bagi menguruskan halehwal masyarakat beragama Islam di negara ini.
'Kejayaan' DAP dalam dua PRU lalu kerana pengaruh dan kewujudan PAS dalam Pakatan Rakyat yang kini telah pun dilupuskan bagi memberi laluan kepada kumpulan serpihan PAS yang kehilangan jawatan, Parti Amanah Negara, menimbulkan persoalan besar tentang keberadaan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor.
PAS merupakan salah satu daripada unit di dalam pentadbiran campuran Selangor memandang tiada sebarang parti yang menang majoriti untuk menjadi parti tunggal pemerintah Selangor.
Tindakan tergesa-gesa Wan Azizah dan puak-puaknya yang diketuai oleh Rafizi Ramli mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan yang mengandungi PKR-DAP-PAN, telah menimbulkan tentangan senyap di Selangor. Ini adalah kerana pembentukan Pakatan Harapan di peringkat pusat, akan menjejaskan kewujudan Kerajaan Negeri Selangor yang bersifat campuran di mana PAS ada di dalamnya.
PAS awal-awal lagi telah menyatakan bahawa mereka tidak akan meninggalkan pentadbiran Selangor, sekaligus membuatkan Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor perlu memikirkan sesuatu yang lebih bersifat drastik untuk menangani kemelut yang serba memalukan, kesan daripada tindakan gopoh Wan Azizah hasil nasihat Rafizi Ramli.
Walaupun Azmin Ali cuba menafikan pembabitannya dalam usaha membuat undi tidak percaya dan menggulingkan Wan Azizah, namun banyak sumber-sumber di Selangor yang telah mengesahkan bahawa usaha-usaha untuk membentuk sebuah pakatan baru, sedang dirangka sekarang yang antara lain, turut melibatkan Azmin Ali sendiri.
Namun ada sesuatu yang lebih menarik apabila selain Pakatan Baru di Selangor, wujud juga Pakatan Ketiga yang bersifat lebih menyeluruh apabila menggabungkan parti-parti yang tidak dipandang oleh DAP selain PAS. Pakatan ketiga tersebut diwujudkan untuk memastikan PKR atau lebih tepat lagi Azmin Ali, diangkat sebagai pemimpin yang lebih ke hadapan memandangkan dia keluar dari pengaruh dan kekangan DAP.
Pakatan ketiga tersebut terdiri daripada puak pro-Azmin dari PKR yang akan menubuhkan parti baru, Parti Sosialis Malaysia, Parti Cinta Malaysia, Hindraf Makkal Sakti dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
Perpecahan PKR sudah dijangka lebih awal memandangkan Wan Azizah yang dikawal oleh suaminya di dalam penjara dan Rafizi Ramli yang bertindak sebagai penasihat ulungnya, membuat banyak kesilapan dan tidak mampu memimpin. Malah Wan Azizah tanpa air mata sebagai modalnya, tidak berguna langsung untuk PKR.
Parti serpihan PKR itu akan dilancarkan dalam tempoh 3 bulan dan merupakan parti pelbagai kaum. Besar kemungkinan juga, bekas Menteri Besar Selangor yang digulingkan oleh Rafizi Ramli dengan LANGKAH KAJANGnya yang terkangkang, Khalid Ibrahim akan menyertai parti tersebut.
Khalid bagaimanapun, tidak akan memegang sebarang jawatan penting dalam parti itu.
Monday, 5 October 2015
SIAPA EMPAT INDIVIDU SAMAN HJ HADI?
Rakyat sudah mula mempersoalkan siapa di sebalik empat
individu dan profil mereka mempunyai hubung kait dengan
beberapa parti politik? Empat individu yang dimaksudkan itu adalah Mansoor Saat, Azira Aziz, Hazwany Jamaluddin dan Hasbeemaputra Abu Bakar. Semuanya melayu tetapi jiwanya belum tentu?
Dua
daripada mereka adalah peguam dari Majlis Peguam Malaysia, Mansoor Saat
dan Azira Aziz, manakala dua lagi adalah aktivis masyarakat sivil. Namun keempat-empat mereka mempunyai persamaan iaitu menyokong BERSIH 4.0 dan hak asasi manusia.
Selain peguam, Mansoor Saat pernah menjawat jawatan Gabenor Daerah Kelab Antarabangsa Rotary Malaysia. Rotary adalah sebuah pertubuhan pimpinan profesional yang
mendakwa mereka menyediakan perkhidmatan kemanusiaan untuk memperbaiki
hubungan manusia, standard etika menggalakkan tinggi dalam semua kerjaya
dan keamanan di dunia.
Kelab Retory Bangsar juga pernah menjemput Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai tetamu kehormatnya.
Dalam masa sama, Hannah Yeoh, ADUN DAP Subang Jaya juga merupakan aktif dalam National Evangelical Christian Fellowship (NECF). Ini membuktikan Kelab Retory Malaysia ada hubung kaitnya dengan gerakan Kristian Malaysia.
Azira Aziz juga seorang peguam dari Majlis Peguam Malaysia. Selain peguam, Azira juga turut aktif dalam pergerakan BERSIH 2.0 dan 4.0. Gambar-gambar Konsert BERSIH 8T 2012 (sila klik di sini) menunjukkan lingkaran Azira berkait rapat antara Majlis Peguam, BERSIH, Mohamad Sabu dan DAP.
Azira
dan Young Safura (DAP) mengaku hadir semasa majlis perasmian Parti
Pekerja Malaysia @ Parti Amanah Negara pada 16 September. Mereka hadir atas tiket NGO ‘Demi Malaysia’. ‘Demi Malaysia’ adalah tagline yang selalu digunakan Lim Kit Siang. Jika
singkatan ‘Demi Malaysia’ dipanjangkan menjadi ‘Demi Rakyat Malaysia’
ia akan membawa persamaan konotasi dengan lagu rasmi DAP.
Azira juga aktif dalam Loyarburok dalam UndiMsia. UndiMsia
mempunyai rangkaian yang sama dengan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia),
REFSA (Pemikir DAP), KOMAS, Sinar Project, Amnesty International
Malaysia iaitu rangkaian yang sama yang menggerakkan BERSIH. Dua lagi aktivis masyrakat sivil, Hazwany Jamaluddin dan Hasbeemaputra Abu Bakar juga datang dari kelompok ini.
Hasbeemaputra adalah bekas ahli jawatankuasa sekretariat SUARAM, manakala Hazwany adalah pegawai program Sinar Projek. Sinar Project ditaja oleh Southeast Asia tech and Transparency Initiative.
STRATEGI PAKATAN HARAPAN MENJELANG PRU 14.
Mampukah pembangkang menang pilihan raya akan datang dengan mudah...Chong Tiong DAP.
Ada berpendapat pembangkang hanya perlu bersabar sementara kerajaan sedia ada hancur sendiri. Tak perlu buat apa-apa buat masa sekarang, tunggu saja bertanding satu-lawan-satu pada pilihan raya kelak. Kemenangan pasti diperoleh dengan mudah.
Ada kenyataan menyebut: “Bukan Pembangkang yang menang pilihan raya tapi Kerajaan yang kalah.” Pendapat seperti ini mungkin ada betulnya tapi ia terlalu berserah.
Mengharapkan menang mudah boleh menyebabkan pengundi takut keputusan pilihan raya tidak memihak kepada majoriti dan kembali memilih Umno apabila keadaan mendesak.
Jadi, pembangkang harus memupuk sokongan rakyat dan memperoleh kepercayaan mereka untuk menggantikan kerajaan.
Bagaimana menang tanpa PAS?
Ada juga suara klise betapa PAS memiliki pengaruh terbesar dalam kalangan pengundi Melayu terutama masyarakat luar bandar. Maka tidak ada gunanya pakatan baru tanpa penyertaan PAS. Tapi, kita mesti ingat, tanpa sayap progresif mereka, PAS tidak mampu meraih sokongan pengundi Melayu bandar, apatah lagi pengundi bukan Melayu.
Kalau kita anggapkan saja “angin” politik memihak kepada pembangkang, keputusan pilihan raya akan datang bergantung sama ada pembangkang mampu mengalahkan Umno di 35-40 kerusi marjinal di Semenanjung.
Sekarang, Umno memegang 73 kerusi . Jika mereka hilang 40 kerusi marjinal, ia menjadi titik penamat Umno sebagai kerajaan. Kerusi marjinal kebanyakannya kerusi separa-bandar di pantai barat Semenanjung dan terdiri daripada komposisi etnik bercampur.
Kerusi-kerusi itulah yang sukar dikuasai PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa sayap progresif.
Sudah pasti Umno akan cuba mengulangi taktik yang diguna pakai pada pilihan raya 2013 dengan cuba menakut-nakutkan pengundi Melayu separa-bandar di kawasan kerusi marjinal terhadap orang Cina.
Walaupun taktik itu menjadi pada 2013, tak semestinya ia menjadi sekali lagi pada pilihan raya akan datang.
Lebih penting lagi, pakatan pembangkang yang baru mesti menyakinkan pengundi Melayu di kawasan separa-bandar betapa kerajaan baru lebih baik berbanding kerajaan Umno. Dan, untuk menjadi lebih baik, perkauman tidak harus dijadikan isu.
Sebaliknya, kepercayaan dan kesepaduan antara etnik dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dibina demi masa depan yang baru.
Jika pakatan baru pembangkang dapat membina kepercayaan dan kesepaduan rakyat terutama dalam kalangan orang muda Melayu di kawasan separa-bandar, akan ada gelombang atau tsunami yang akan menyingkirkan Umno buat selama-lamanya.
Gelombang itu secara dasarnya berkenaan ekonomi. Kita boleh lihat sendiri bagaimana gerakan ‘Baju Merah’ cuba memainkan isu ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan Cina. Suara mereka mungkin kedengaran bersifat perkauman tapi nada mereka jelas berkaitan ekonomi.
Pakatan baru pembangkang mesti menyakinkan rakyat Malaysia bahawa amalan kronisme. Umnolah yang menyebabkan masalah tiada pekerjaan dan pendapatan yang mencukupi dalam kalangan orang muda Melayu.
Ia bukan disebabkan oleh orang Cina atau DAP, atau mana-mana hantu momok lain.
Contohnya, dengan kedatangan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Zahid Hamidi dalam tempoh tiga tahun sejak 2016, akan wujud persaingan yang mengakibatkan pengurangan pendapatan pekerja Melayu.
Kroni Umno untung tapi orang muda Melayu terseksa.
Lebih-lebih lagi, semua itu tiada kaitan dengan PAS. Ada banyak kerja yang menunggu tapi melalui kepimpinan sekarang yang konservatif, PAS dijangka tidak berminat untuk turut sama.
Bolehkah PKR berperanan seperti Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) pada 1990?
Ada pendapat salah dalam kalangan teman seperjuangan dan penyokong pembangkang bahawa PKR boleh memainkan peranan seperti Ku Li dengan menerajui dua pakatan berbeza pada satu masa.
Pada 1990, Semangat 46 yang dipimpin Ku Li bekerjasama dengan PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah dan dengan DAP dalam Gagasan Rakyat. Ketika itu, DAP dan PAS lebih tertumpu pada kawasan masing-masing dan tidak ada perebutan tuntutan kerusi pilihan raya.
Namun, kali ini berbeza sama sekali. PAS dan Amanah akan bertembung dan berebut kerusi pilihan raya. Secara dasarnya, PAS sedar dengan kenyataan betapa Parti Amanah Negara (Amanah) berkembang pesat dan cuba menyingkirkan pengaruh PAS?.
PAS tentu tidak akan membenarkannya. Begitu juga Amanah. Kedua-dua parti itu tidak akan membenarkan PKR untuk menyediakan ruang untuk parti yang satu lagi.
Jelaslah, Malaysia memerlukan pakatan pembangkang yang mampu mengisi lompong kepimpinan, seterusnya membentuk masa depan dengan polisi yang rasional dan memimpin negara atas nama kesepaduan, bukannya perpecahan.
Sudah tiba masanya untuk bersikap jelas. Sudah tiba masa untuk bergerak ke depan dan membentuk masa depan yang baru untuk Malaysia.
Sunday, 4 October 2015
Tun Dedahkan....
Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada DAP?
Assalamualaikum Tun Mahathir,
1. Saya menulis dengan rasa berat hati setelah membaca tulisan Tun bertajuk “Akaun Peribadi” yang antara lain mempersoalkan kewujudan akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk dana politik dan pilihan raya.
2. Apabila Mohd Najib mengambil alih pentadbiran, semua orang tahu
bahawa beliau mengambil alih ketika parti sangat lemah manakala kekuatan
musuh bertambah berpuluh kali ganda berbanding 2008 dan juga 1999.
Pembangkang ketika itu mempunyai kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang,
Kedah, Perak dan Kelantan.
3. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa pada Julai 2008, Mohd Najib sedar bebanan besar menanti dirinya. 5 negeri milik pakatan rakyat, 3 daripadanya merupakan negeri kaya dan punya kerusi Parlimen yang besar. Langkah permulaan Mohd Najib ialah membantu pembentukan kerajaan BN di Perak.
4. Mohd Najib dan Tun Mahathir sendiri sedar pilihan raya 2013 bukan lagi perang antara “David versus Goliath”. Sebaliknya ia merupakan “ibu segala peperangan” dalam konteks pilihan raya Malaysia. Mohd Najib tidak lagi boleh bergantung kepada sumbangan dana politik kroni-kroni perniagaan yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait. Ini semua Tun tahu dan faham.
5. Justeru saya kini tertanya-tanya Tun menulis untuk apa? Mahu menjatuhkan Mohd Najib dan UMNO, membersihkan parti dan kerajaan atau kerana dendam tertentu? Saya percaya ramai juga tertanya-tanya soalan ini.
3. Tun sendiri menulis, “Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.”
4. Pada 1998 ketika mahu menjatuhkan Pak Lah, Tun juga menulis telah menyerahkan sebanyak RM 1.4 bilion dalam bentuk tunai, aset dan saham yang dibawah “jagaan” Tun semasa menjadi Presiden UMNO melalui seorang pegawai dan seorang Menteri.
5. Kenapa semua ini tidak dimasukkan ke dalam akaun UMNO? Kenapa akaun “trustee”? Tun sendiri tahu jawapan dan masalahnya. Tun beranggapan hanya Tun seorang sahaja amanah, orang lain penipu walau hakikatnya pada zaman Tunlah harta UMNO berpuluh bilion lesap begitu sahaja.
6. Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk kemenangan Barisan Nasional tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013.
7. Tun siasat atau beritahu kita, betul atau tidak Tan Sri Vincent Tan, ahli perniagaan kesayangan Tun yang menganjurkan parti hari jadi Tun ala James Bond baru-baru ini, telah menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013? Vincent Tan, orang yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan semasa pentadbiran Barisan Nasional di bawah Tun, dikatakan menyumbang hampir RM 1 bilion kepada parti musuh sejak 2008.
8. Tun juga tentu tahu berapa ratus juta YTL, Syed Mokhtar dan beberapa tokoh perniagaan lain menyumbang kepada dana politik Pakatan Rakyat dalam satu pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara.
9. Malangnya, Tun memilih menyerang Mohd Najib yang membantu Tun menang dalam pemilihan UMNO 1987 dan yang berusaha mempertahankan Barisan Nasional dan UMNO, parti yang Tun perkudakan selama lebih 22 tahun.
10. Tun sedikit pun tidak menghargai usaha Mohd Najib mempertahankan pentadbiran negara ini sungguhpun ia secara langsung menyelamatkan legasi Tun dan Perdana Menteri-Perdana menteri sebelum ini.
11. Apa yang Tun lakukan sejak beberapa bulan ini sungguh menyedihkan. Tun bukan sahaja tidak lagi dapat berkelakuan sebagai negarawan, malah tidak lagi boleh menjadi seorang sahabat pun. Jauh lebih menyayatkan hati, Tun tidak lagi boleh menjadi ahli parti yang baik seperti mana Tun minta kami semua buat ketika Tun Perdana Menteri.
12. Masa untuk muhasabah diri.
Insan kerdil di ceruk kampung,

Subscribe to:
Posts (Atom)