Wednesday 19 September 2012


Membaca artikel Subky Latif bertajuk `Anwar bagai dikejar Abu Lahab' adalah sesuatu yg sangat keji dan tak bermaruah apabila seolah-olah menyamakan Anwar dengan Nabi atau seakan-akan berada di zaman Nabi. A`uzubillah...Kalau benar Anwar berada di zaman itu, saya rasakan apa yg dikatakan adalah sebaliknya. Anwar tak akan dikejar Abu Lahab malah mungkin menjadi sahabat karibnya. Sdra Subky perlulah realistik dan jangan sekali-kali terlalu taksub terhadap Anwar yang dianggapnya maksum dan pemimpin terpilih. Kalau beginilah jadinya ahli PAS tak hairan kita akan lihat pelbagai bencana dan malaputaka bakal menimpa negara. Kalau pun dia hendak menyamakan pemimpin UMNO macam Abu Lahab itu terlalu kejam sehingga seolah-olah pemimpin dan ahli PAS juga maksum dan tak pernah buat kejahatan. Subky tidak mampu lagi berfikir secara waras dan hanya mengikut nafsu kebencian meluap-luap kepada UMNO dan apakah ini tuntutan sebagai seorang Islam.

No comments:

Post a Comment