Tuesday, 4 September 2012


Apa jadinya kepada budak ni?. Kalau nak kata bangsa asing bukan juga. Dia tetap Melayu. tetapi kenapa budak Melayu ni tergamak tonggeng ponggong kat pemimpin Melayu di tanahair sendiri. Sebabnya:

1.   Dia yang berasal dari Batu Pahat tidak tahu tentang banyak sejarah `merah' yang terukir di daerah ini. Sejarah perjuangan yang mengangkat bangsa Melayu ke tahap ini. Sejarah yang akan mengusarkan sesiapa untuk mendengarnya, baik bangsa Indonesia semasa Konfrantasi mahupun `bangsa' yang cuba memijak kepala Melayu ketika itu.

2.   Dia tak baca sejarah Kiai Mat Salleh?. Pahlawan Melayu yang berjuang habis-habisan untuk memertabatkan bangsa Melayu dan Islam.

3.   Dia tidak tahu bagaimana nak menghargai kedudukan Melayu sekarang yang sentiasa dicabar kiri kanan oleh bangsa lain dan pengkhianat Melayu yang bertopengkan lambang `MATA LEBAM' bersekongkol dengan penjenayah DAP.

4.  Dia tidak tahu bagaimana DAP meraih keuntungan dengan tindakkanya malah mengucap secara senyap kepada pemuda Melayu yang bodoh ni.

5.  Belumpun menamatkan pelajaran, dia dah mula menjadi samseng. kalaulah dia gagal adalah dia mampu membantu bangsanya sendiri malah dirinya dalam keadaan negara yang cukup mencabar ni. Takkanlah nak jadi penyanggak dan merempat di negara sendiri. Bangsa lain memang seronok kalau lihat pemuda Melayu terus lupa tentang memajukan diri kerana dia lebih senang membalas dendam kepada bangsa Melayu dan akhirnya merampas segala-galanya dari bangsa Melayu.

Mahu jadi begini

6.  Kenapa dia mahu mengikut jejak kelagat pemimpin ini!. Dia buat ini kerana mahu menanam semangat bencikan bangsa Melayu?. Tidakah dia tahu bahawa keluarga pemimpin ini berasal dari Batu Pahat?.

7.  Sepatutnya pemuda Melayu ini lebih bijak dan waras dalam melakukan sesuatu perkara. Bangsa lain amat suka kalau ada bangsa Melayu yang membencikan dan menghina orang Melayu kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk melakukannya.  

8.   Nasihat saya adalah jadilah pewaris bangsa Melayu yang bertamadun, bijak mengambil langkah agar bangsa asing tak memijak kita.

No comments:

Post a Comment