Wednesday 18 July 2012

NIPISNYA `NILAI' AGAMA NIK ABDUH!


Ceramah Nik Abduh memang bahlol dan penuh cara marba. Dia hanya ada ilmu agama, tetapi kalbunya masih `hitam' kerana tak boleh bezakan Suruhan Allah dan seruan politik  apabila menyatakan   `ALLAH mengarahkan kita ke Putrajaya?'. Nyata Nik Abduh benar-benar membawa ajaran kesesatan  bila dia lagi menanam `akidah' bahawa orang memakai `baju hijau' adalah lebih baik dari memakai `baju biru'. Aanuzubillah........Hujahnya benar-benar bersandarkan akal dan roh yang penuh kebencian membara untuk memenuhi cita-cita politik PAS. 

Sebagai orang Islam, kita amat sedih dan pilu melihat gelagat `alim ulama PAS' ini yang terang-terang melencung dari akidah Islam sebenar. Tidak hairanlah rakannya, pemimpin Cina DAP tidak segan silu malah merasa bermegah `menajar' ayat ALQuraan kat org Islam, menyembelih lembu korban dan sebagainya yang benar-benar telah melangkau jauh batasan agama Islam. Malah, berbuatan laknat yang terang-terang dilakukan oleh rakan seagamanya pun tak disentuh. Begitu juga, perkataan `syaitan' tidak pernah lekang dari mulutnya mengkafirkan pemimpin UMNO yang seagama dengannya. Pemimpin inilah yang merosakkan negara amnya dan umat Islam khasnya!!!! 

Hakikatnya, pemimpin PAS tidak berupaya menunjukkan kemampuan memerintah dengan baik khususnya di Kelantan. Rakyat Kelantan rata-rata orang Melayu masih terpingir dari arus kemajuan. Sekian lama memerintah di Kelantan, mereka hanya `berdakwah' untuk mempertahankan kedudukannya dalam kerajaan negeri tanpa memikirkan soal yang lebih penting, KEMISKINAN.

Kalau beginilah perjuangan Nik Abduh, betapa nipisnya nilai keagamaannya terhadap agama Islam itu sendiri. Perjuangan PAS yang didakwa nak meningkatkan syiar Islam hanya sekadar retorik.  `Kealimannya' digunakan bukan nak kononnya `membersihkan politik' malah memutarbelitkan agama bagi kepentingan politik. Tidak hairanlah kenapa masih wujud isu penceraian perkahwinan disebabkan tidak sealiran ideologi politik antara suami dan isteri dalam usia emas!.

Mudah-mudahan Nik Abduh mendapat petunjuk dan rahmat dari ALLAH agar dapat MELIHAT YANG MANA BENAR DAN YANG MANA BATHIL. Amin...............

1 comment:

  1. Apapun, Nik Abduh pak lawak je......!

    ReplyDelete