Sunday 8 July 2012

ALI TINJU: HELAH DAN PEMBONGKARAN


Nah, Ali Tinju nak berdemonstrasi ke ibu pejabat JHEV pada 18 Jul sebab tak puas hati kerana hanya menerima RM5,000.00!.  Pembahagian  didakwanya tak betul sedangkan telah bantu kerajaan BN!  Waduhhh, bongkaknya!. Nak kata dia bijak, jauh api dari gangang.  Ali Tinju memang  bodoh piang ditahap keldai. Apakah helah disebalik mahu berdemonstrasi!   


a.  Yang dapat RM5,000.00 bukan KVRM sahaja, malah ada 12 persatuan lain yang mendapat jumlah yang sama di bawah: 


Kelab Bekas Anggota Perisai KL, Kelab Persara Kor Perkhidmatan AM, Persatuan Bekas 9 RAMD Zon Utara, Persatuan Bekas Artileri Malaysia, Persatuan Bekas Guru Tentera Malaysia, Persatuan Veteran Kor Kesihatan Wilayah Utara Malaysia, Veteran Renger Sarawak, Veteran Tentera Malaysia Sarawak, Persatuan Kebajikan Bekas Askar Jurutera Diraja, Veteran Kor Ordanan Diraja Malaysia, Kelab Veteran Kor Risik Malaysia dan Majlis Veteran Malaysia. Malah terdapat persatuan yang mendapat lebih rendah dari itu! dan kenapa meraka tidak berdemonstrasi!

b.  Kalau Ali pertikai jumlah yang diterima berbanding keahliannya, KVRM hanya mempunyai 25 ahli PVTM berbanding persatuan lain. Mengambil contoh persatuan lain seperti Kelab Veteran Kor Risik Malaysia mempunyai  556 ahli, Veteran Kor Odinan Diraja Malaysia 456 ahli, Veteran Renger Sarawak 390 ahli,  Veteran Kor Kesihatan 634 ahli. Apakah dengan jumlah itu, Ali tidak mampu memberi sumbangan kebajikan dalam kalangan ahlinya atau pesara yang memerlukan mengikut kemampuan dan perolehan yang ada mengikut keadaan semasa?

c.   Ali,  manusia lidah bercabang  dan menjijikan. Kepalanya penuh muslihat mengugut kerajaan bagi mendapatkan `pulangan besar' dari apa yang dilakukan,  sedangkan faedah yang diperoleh hanyalah mencemarkan nama baik veteran tentera, ATM di mata masyarakat keseluruhannya. Ali, sebagai Presiden  cuba mendapatkan wang secara tidak sah dari sudut undang-undang dengan berdemonstrasi bagi mendesak kerajaan untuk menuntut apa yang dihajatkannya...WANG!.  

d.    Kenapa Ali merunggut dengan jumlah yang diterimanya? Inilah dia manusia yang digelar ALOK (Action lebih, otak kosong), tindakkanya untuk berdemonstrasi, benar-benar dilihat mengharapkan wang persatuan untuk menyara kehidupnya yang berpaksikan penuh kepura-puraan dan penipuan berbanding persatuan lain. Ali memerlukan kewangan yang besar bagi membiayai segala `aktiviti' malamnya yang dilihat keistimewaan dan hak eksklusif sebagai penyandang Presiden persatuan. 

Ali tidak perlu berselindung disebalik persatuan KVRM. Ali hanya memikirkan mengenai dirinya sendiri. Persatuannya mengikat mereka hanya kerana 'WANG'. Gelora nafsu  Ali  bersifat individualistik, pentingkan diri sendiri dan tamak.

9 comments:

  1. hmmmm..naper ada orang cam ni ye dalam dunia ye..tak fahamlah. arwah suami saya dulu kat 24 Melayu RAMD, orang kuat gak dalam persatuan tapi tak da lah sampai macam ni. dia berjuang sampailah persatuannya bergerak dengan baik...duit dapat sikit tu tak pe lah sebab yang penting dana persatuan bertambah.

    ReplyDelete
  2. Mangkok ni memang sah punyai muslihat! Dia ingat jadi Presiden persatuan ni depa punya...

    ReplyDelete
  3. Adalah menjadi tanggungjawab JHEV untuk memantau semua persatuan yang berkaitan dengan pesara tentera. Jangan beri laluan sesiapa sewenang-wenangnya nak tubuh persatuan sedangkan dia tak punyai ilmu dan tak amanah. Buktinya Ali Tinju ni, askar pun tak cukup edah pun boleh jadi Presiden!!!

    ReplyDelete
  4. Budak bahlol Ali ini kencing kat ahli dia je...Ali nak duit je...yop!!!

    ReplyDelete
  5. Mengaku askar!..he..he.... Ali budak kpg saya dulu. Saya kenal sangat dia. Dia tak ada kerja tapi nak berlagak macam VIP dan orang kenamaan. Dia jadi pencacai kat ramai org politik. Org kpg mati2 ingat dia dapat gelaran Dato' hampes semua kena tipu termasuk kat ibubapanya...Budak sewel..

    ReplyDelete
  6. Mayuhhh duit tu...kalau dapat kat Ali, PM pun dia nak terajang.....he...heh. Mata duitan dan botina...

    ReplyDelete
  7. Ali nak semua duit sumbangan Hari Pahlawan tu kat dia....sonang hidup....sebab sokong BN, pudeh.........pundek......

    ReplyDelete
  8. Saya adalah ahli KVRM. Terus terang saya katakan, setelah membaca segala maklumat saudara, saya sedar Ali tidak jujur dan ikhlas dalam pejuangannya. Saya banyak tak setuju dengan ALI Tinju. Mesyuarat dan perjumpaan jarang buat, cuma nak desak kerajaan je. Banyak perkara berkenaan berpesatuan dia tak tahu. Saya dah nasihat dia tapi dia berlagak macam `big boss' dan pernah dia kata KVRM ni dia punya. Pada saya, KVRM boleh minta lebih dari JHEV, kalau dia bijak buat perancangan aktiviti yang teratur yang benar-benar nak bantu kebajikan pesara. Laporan tahunan KVRM pun tak ada. Kalau ada pun aktiviti perjumpaan sambil-sambil jumpalah pesara, tetapi tujuan sebenar kumpul dana dari ahli politik bagi memenuhi keperluan peribadi. Semua hal kewangan dia yang pegang dan urus sendiri. Pernah saya bergaduh dengan dia berkenaan soal pengurusan dan perbelanjaan kewangan persatuan yang sangat `mencurigakan'. bagi pesara hanya RM20 tapi tulis sampai RM200. Macamana nak percaya kat dia. Dia tunjuk resit pembelian tapi susah nak sahkan ketulinannya.

    ReplyDelete
  9. Yang dok layan si lahanat ni kenaper??? Bior le di nyalak sorang2....penat nanti, berhenti lah dia....

    ReplyDelete