Tuesday, 12 May 2015

TABUNG HAJI: HILANGNYA ASET MELAYU-ISLAM DI TRX -1MDB AKIBAT DENGKI KHIANAT BANGSA SENDIRI...


Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini.
TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah itu seluas 1.56 ekar.
Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim, berkata setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah ini dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu depan. 
Katanya, keputusan penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH.
"Kita pegang tanah ini sebulan saja dan kita sudah setuju untuk jual semula dengan sedikit keuntungan yang akan kita peroleh," katanya pada sidang media di Menara TH, pagi ini.
Tabung Haji akan menjual semula tanah itu secara baik bagi mendapatkan pulangan keuntungan demi kepentingan pendeposit.
Tanah asal tapak TRX milik 1MDB di segi tiga emas Kuala Lumpur yang dibeli dengan harga murah dan akan dibangunkan dengan prasarana moden sebagai mercu tanda moden yang bernilai tinggi.
"Dalam masa terdekat ini selepas dapat duit itu, kita akan minta CFO (Ketua Pegawai Kewangan) untuk membuat pengumuman pada sidang media yang duit dah masuk dalam akaun Tabung Haji... dah selesai," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kepada para pendeposit supaya tidak panik dengan mengeluarkan simpanan mereka di Tabung Haji.

"Simpanan makcik, pakcik... walau RM1 pun adalah dijamin oleh kerajaan buat pendeposit," katanya.
Projek TRX yang sedang rancak dibina cuba disabotaj kerana ia berkait rapat dengan 1MDB. TRX akan berperanan sebagai hub untuk pelabur asing menempatkan modal mereka di Asia Tenggara.  Bila dah siap adakah ia akan dijual dengan harga yang sama sebelum ia dimajukan pemaju? 
Azeez turut mengulangi pendirian Tabung Haji sebelum ini bahawa pembelian tanah bukan ‘bail out’ untuk 1MDB tetapi sebaliknya ia merupakan pelaburan yang mengambil kira kepatuhan syariah dan potensi pulangan keuntungan yang baik.

Beliau menambah, pulangan keuntungan itu akan memberi keutamaan untuk subsidi dan pengurusan haji dan agihan dividen kepada pendeposit.

Jelasnya, Tabung Haji membayar kadar pulangan dividen melebihi enam peratus dan tahun 2014 sahaja manakala pemberian bonus dan dividen 8.5 peratus.

"Kos untuk mengerjakan haji tahun ini adalah RM17,270 tetapi pendeposit hanya dikenakan caj RM9,980. Dan kita beri subsidi sebanyak 7,290 seorang.


"Dari mana kita hendak dapat subsidi ini? Sudah tentu daripada keuntungan menerusi perniagaan dan pelaburan yang dijalankan Tabung Haji," katanya.
Menurut Azeez, Tabung Haji mengagihkan dana mengikut alokasi aset yang diluluskan iaitu kira-kira 15 peratus yang diperuntukan untuk pelaburan hartanah.

"Pembelian tanah ini mengambil peluang sebagai sebuah institusi Islam yang memiliki aset di kawasan pembangunan TRX dengan unjuran keuntungan 27 peratus atau sembilan peratus setahun," katanya.

No comments:

Post a Comment