Baru2 ini, teman bertemu dengan seorang yg pernah menjadi pakar strategis dan think tank kepada pentadbiran kerajaan yg terdahulu. Sambil kami santai2 ngeteh, dia mendedahkan satu maklumat yg menurutnya perlu dibocorkan sebelum terlambat.
Ia membabitkan soal kawasan pilihan raya. Walaupun isu ini bukan baharu atau luar biasa namun ia perlu dimaklumkan supaya nanti nasi tidak menjadi bubur. Pihak pembangkang sekarang bukan macam yg dulu2. Mereka sudah ada duit. Mereka ada dua negeri yg amat kaya iaitu Pulau Pinang dan Selangor.
Ditambah dengan semangat mahu menakluki negara Malaysia ini pada PRU akan datang, tindak-tanduk mereka cukup konsisten dan istiqamah. Konon ceritanya DAP dan pakatan pembangkang lain sedang menjalankan kerja2 sulit mereka mendaftarkan, lebih tepat lagi memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain secara agresif sekali.
Mereka mengalihkan pengundi tegar mereka dari satu kawasan yg mereka menang majoriti besar ke satu kawasan lain bagi membolehkan mereka menang di situ. Pengundi itu tidak semestinya akan berpindah secara fizikal. Hanya alamat sahaja yg berubah. Semasa pilihan raya nanti mereka akan mengundi di kawasan alamat baharu itu. Misalnya kita ambil contoh di Parlimen Seputeh yg majoriti DAP cukup besar melebihi 50,000 undi. Kempen dilakukan secara sistematik menukar pendaftaran pengundi dari situ, contohnya ke kawasan yg BN menang terlalu kecil, termasuk di bawah 1,000 undi.
Menurut maklumat itu ia sedang dilakukan di mana2. Bagi menjaga sensitiviti maka tidak perlulah teman sebut di mana kempen2 penerangan dan proses itu dijalankan. Pernah dulu teman mendengar ramai pengundi dari kawasan Kedah bersempadan dengan Pulau Pinang kononnya dipindahkan ke Pulau Pinang bagi memastikan DAP terus memerintah negeri itu. Begitu juga perpindahan besar-besaran pernah terjadi di Selangor bagi memastikan mereka kekal berkuasa pada PRU-13 lalu.Mereka cukup fokus dalam strategi ini. Teman tidak pasti apakah parti lawan daripada pembangkang itu sedar mengenai perkara ini?
Cuma teman tidak pasti apakah BN sendiri pun melakukan perkara yg sama?
Apakah peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam hal ini? Apakah mereka sedar berlakunya lonjakan pengundi yg luar biasa dalam sesuatu kawasan. Jika berlaku apakah tindakan mereka? Bagi teman ini semua ialah strategi untuk berperang. Siapa bijak mengatur strategi dialah yg menang. Siapa lambat dialah yg kena pancung.
No comments:
Post a Comment