Tuesday, 14 January 2014
CINA DAP BERJAYA PIJAK KEPALA MB PKR HAPUSKAN ISLAM DAN MELAYU????
Kemana Orang Melayu nak pergi.....sampai bila Tuan Tanah Melayu ini terus diperlekehkan dan dipijak2 oleh DAP yang
merupakan kaum pendatang yang mulanya melutut dan merenggek untuk mencari makan ke Tanah Melayu.
Ini merupakan hakikat , mereka tidak ada hak untuk menuduh bangsa Melayu
yang telah mereka aniaya ini sebagai rasis.
Kita tidak perlu terlalu berkias dan memendam kebenaran semata-mata
ingin menjaga hati bangsa Cina khususnya DAP yang tidak pernah langsung peduli
perasaan kita. Dalam keadaan mereka memerintah Selangor dan Pulau
Pinang, bangsa Melayu dan India telah menjadi mangsa kekejaman mereka
secara bersilih ganti.
DAP telah bertindak dengan kejam melalui kerajaan hegeri Selangor
untuk merampas tanah Pusat Giat Mara Selayang atas alasan ia dibina
secara haram di atas tanah kerajaan maka tindakan meroboh perlu
dilaksanakan.
Bangsa Melayu yang telah diperkudakan oleh DAP menjawab kononnya apa
yang dilakukan DAP menerusi kerajaan negeri adalah berkaitan dengan hak
pemilikan tanah yang masih belum selesai.
Kononnya ianya bukan melibatkan isu DAP yang menutup Giat Mara.
Kononnya ianya berkaitan dengan masalah tanah yang mungkin Giat Mara
belum selesaikan setelah mendirikan Giat Mara.
Kononnya itu hanya prosedur biasa. Namun tindakan angkuh dan sombong
Exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan wakil dari Dewan Perniagaan Cina
Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama kontraktor yang telah datang ke
Pusat Giat Mara itu bagi mengeluarkan arahan agar pusat itu ditutup
serta-merta itu merupakan bukti betapa mereka telah lama menyimpan
maksud untuk menindas dan memijak bangsa Melayu.
DAP seolah-olah mempunyai dendam peribadi terhadap MARA yang menjaga
kepentingan bangsa Melayu. Sebelum ini Pusat Giat Mara Sabak Bernam
ditutup atas arahan yang sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang
menunggu hari pula. Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah
Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL)
sebelum Pakatan Rakyat (PR) merampas Selangor pada pilihan raya umum
2008.
Namun ianya tidak menjadi sebarang masalah kerana kerajaan Barisan
Nasional sentiasa menjaga kepentingan bangsa Melayu yang termaktub dalam
perjanjian kontrak social pra kemerdekaan. Ini merupakan racun bagi
DAP.
Oleh kerana itu, perkara pertama yang mereka lakukan apabila dapat
merampas Selangor adalah membekukan semua permohonan TOL untuk tanah
yang diduduki. Geran yang dikeluarkan pula, sengaja diperam sehinggalah
kepimpinan DAP dapat mencari masa dan peluang yang tepat untuk menindas
bangsa Melayu.
Semua status TOL ditarik balik maka premis yang berada di atas tanah
kerajaan negeri Selangor automatiknya berstatus haram. Nampaknya DAP
telah lebih beranimenunjukkan belang mereka.
GiatMara menyediakan latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti
dan memenuhi kehendak Negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan
bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing. DAP tidak akan membenarkan
perkara ini berlaku selagi mereka berkuasa di Selangor.
Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan
vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi
membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi
tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan
industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah
setempat dan dalam negara.
Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan
Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.
Pusat latihan kemahiran itu sebenarnya telah menduduki tanah kerajaan
negeri selama 20 tahun dan institusi itu penting untuk golongan remaja
yang tercicir dalam akademik. Oleh itukita akan berusaha menggunakan apa
saja yang perlu untuk mempertahankan hak kita. Permohonan akan dibuat
ke atas tanah yang diduduki oleh pusat GiatMara ini.
Walaubagaimanapun Pejabat Tanah dan Daerah Gombak juga dikatakan telah
menghantar surat kepada pengurus Pusat GiatMara Selayang pada 2 Dis
tahun lepas yang menyatakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan
memberikan tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember
2014 kepada pusat itu untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan
pampasan. Tanah seluas 11,396 kaki persegi yang diduduki pusat itu sejak
20 tahun lepas tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri atau
lebih tepat DAP.
Kerajaan harus bertindak lebih tegas terhadap DAP yang bermaharajalela
di Selangor. Kami rakyat Selangor benar-benar makan hati apabila pihak
berkuasa bertindak terlalu lembut dan berhati-hati terhadap Paderi yang
menyebelahi DAP. Beliau dengan terang melanggar dan menghina mahkamah
dalam isu penggunaan Kalimah Allah.
Sekiranya perkara ini dilakukan oleh orang Melayu maka pihak berkuasa
akan segera bertindak dan menghukum. Namun apabila salah laku ini
dilakukan oleh pihak DAP Kristian , mereka ini seolah-olah dilindungi
oleh “tangan ghaib” dalam kerajaan pula.
Dalam pada masa yang sama bangsa Melayu telah dipijak dan ditindas
sesuka hati DAP....................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment