Tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang
menggunakan perkataan ‘kucing kurap’ bagi merujuk kepada penjawat awam
di Pulau Pinang mencerminkan keperibadian pembangkang yang angkuh. Dari
dulu hingga kini DAP tidak pernah berhenti menghina bangsa Melayu yang
merupakan penduduk asal Malaysia. Mereka tidak mahu menerima hakikat
bahawa bangsa Cina wujud di Tanah Melayu atas dasar dibawa oleh British
untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah.
Hanya kerana ketamakkan kuasa dan keangkuhan dari segi ekonomi mereka
merasakan bahawa mereka mampu “mengusir” bangsa Melayu dari Tanah
Tumpah sendiri. Persoalannya ke mana harus mereka “usir” bangsa
Melayu. Sekiranya bangsa India boleh disuruh balik India, bangsa Cina
balik Cina namun bangsa Melayu pula inilah tanah tumpah darahnya. Maka agenda menjadikan bangsa Melayu sebagai “hamba” di tanah tumpah
nenek moyang pun bermula. Oleh kerana terlalu tebal perasaan benci
terhadap Melayu telah disemai berpuluh tahun lamanya maka mereka dengan
mudah secara sengaja dan tidak sengaja menghina apa sahaja yang
berkaitan dengan bangsa Melayu.
Jeff Ooi tidak seharusnya menghina
mana-mana penjawat awam walau apa pangkat sekali pun. Tindakan Jeff Ooi
itu mencerminkan sifat sebenar pembangkang yang memandang rendah kepada
golongan yang tidak memberi sebarang kepentingan kepada mereka. Beliau
sepatutnya menghormati pengundi yang memilihnya menjadi wakil rakyat,
tidak kira dari serendah-rendah pangkat sehingga kepada orang yang
berpangkat besar. Oleh itu sewajarnyalah beliau perlu memohon maaf
kerana menghina penjawat awam yang menjalankan tugas dengan dedikasi.
Sebelum ini juga seorang pemimpin DAP pernah mengeluarkan kenyataan
yang berbentuk penghinaan bahawa kaki tangan awam banyak makan rasuah
kerana ramai orang Melayu. Rasuah tiada kaitan dengan mana-mana bangsa
atau agama. Rasuah adalah penyakit umat akhir zaman. Rasuah adalah satu
penyakit dan ia harus diperangi. Rasuah juga wajar digelar sebagai
najis seperti mana kerajaan pernah menganggap dadah sebagai najis.
Sepatutnya DAP wajar menjalankan kempen agar bangsa Cina yang terdiri
dari golongan saudagar, peniaga dan berada tidak memberikan rasuah.
Merekalah antara adalah punca rasuah yang sebenarnya.
Tambahan pula seorang pemimpin kanan DAP pernah berkata, DAP akan
merombak semula kakitangan awam kerana ramai sangat orang Melayu.
Diikuti pula dengan kenyataan kakitangan awam banyak makan rasuah
puncanya juga sebab ramai sangat orang Melayu. Majoriti besar kakitangan
awam telah menjalankan tanggungjawab dan amanah mereka dengan sempurna.
Oleh itu tindakan menuduh kakitangan awam sebagai banyak makan rasuah
adalah perbuatan khianat yang tidak boleh dimaafkan kerana ia
menjatuhkan maruah kakitangan awam, keluarga mereka dan bangsa,
Ketua Publisiti DAP Tony Pua pula tetap mempertahankan kenyataannya
merujuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai “anjing
Umno” apabila berkata beliau “hanya memperkatakan apa yang benar”.
Kakitangan ROS majoritinya merupakan orang Melayu. Maka DAP sememangnya
tidak teragak-agak mengeluarkan kenyataan menghina mereka.
DAP memang tahu bahawa mereka tidak boleh menipu UMNO sebagaimana
yang mereka lakukan terhadap PKR dan PAS yang sentiasa tunduk dan sujud
terhadap “tokong” DAP. Perjuangan UMNO yang tegar membela dan
mempertahankan agama Islam , bangsa Melayu dan tanahair amat dibenci
mereka. Manakala PAS dan PKR yang terlalu banyak memperjuangkan dendam
peribadi dan ketamakan serta ketaksuban kuasa lebih mudah
dimanipulasikan oleh mereka. Demi mengukuhkan perpaduan Islam dan
Melayu maka sepatutnya PAS dan PKR menolak DAP dari kamus perjuangan
merek
No comments:
Post a Comment