10 SOALAN UNTUK NAJIB RAZAK. KITA JAWAB LEE KHAI LOON.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
SOALAN 1: Sekiranya Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah
negara yang paling demokratik di dunia, kenapa sampai hari ini masih
enggan untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim?
Bukankah berdebat adalah sebahagian penting dalam sistem demokrasi?
JAWAB 1: BERCAKAP SENANG BRO LEE...ADAKAH ANWAR IBRAHIM DILANTIK MENJADI KETUA UMUM SECARA DEMOKRATIK (UNDIAN) ATAU SECARA LANTIKAN OLEH ISTERINYA. YG MANA PRATIKAN DEMOKRATIK!. LAGIPUN, BERDEBAT TIDAK AKAN MENJANJIKAN MANFAAT KEPADA RAKYAT SECARA FIZIKAL HANYA MEMBUANG MASA. ANWAR HANYA PANDAI BERBOHONG DAN LANDASANNYA HANYALAH MELALUI BERDEBAT DAN BERCERAMAH. LAGIPUN BRO TERLALU MENTAH UNTUK GESA NAJIB BERDEBAT. LAGIPUN.... WHO ARE YOU!!!.
SOALAN 2: Sebagai seorang pemimpin negara yang bertanggungjawab serta
hormat pada kuasa rakyat, bagaimanakah Najib Razak menangani kekalahan
yang bakal dihadapi oleh UMNO/BN dalam PRU13? Bagaimanakah beliau
memastikan peralihan kuasa secara aman kepada Pakatan Rakyat?
JAWAB 2. PRU BELUM PUN DILAKSANAKAN, BAGAIMANA PR BEGITU YAKIN MEMPEROLEH KEMENANGAN, IMPIAN PKR SEKADAR MIMPI NGERI YG AKAN TERUS MENGHANTUI PR.
SOALAN 3: Jikalau Najib Razak ingin mengambil martabat wanita, kenapa
memecah rekod Malaysia dengan menjadi lelaki pertama yang merangkap
Menteri Wanita? Adakah UMNO/BN ketandusan pimpinan wanita yang
berkebolehan dan kredible.
JAWAB 3. IANYA TIDAK PELIK, KERANA TUGASNYA BUKANNYA SEHINGGA NAK SELAK KAIN WANITA. LAGIPUN INI MENUNJUKKAN NAJIB PEMIMPIN SERBA BOLEH!
SOALAN 4: Dalam konteks mencari kebenaran serta urus tadbir yang baik,
kenapa kerajaan UMNO/BN menghalang peguam Perancis untuk masuk ke
Malaysia untuk memberi taklimat tentang perkembangan terkini perbicaraan
skandal pembelian kapal selam Scorpene? Kenapa memperalatkan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas Suara Rakyat Malaysia
(SUARAM) yang membawa kes skandal Scorpene tersebut ke Mahkamah di
Perancis?
JAWAB 4: KITA PUNYAI PEGUAM YG LEBIH BAIK DARI PEGUAM PERANCIS. KENAPA TAK SURUH PEGUAM KALANGAN PKR JE.
SOALAN 5: Apakah pandangan Najib Razak terhadap skandal RM40 juta Ketua
Menteri Sabah Musa Aman yang merupakan komisen pembalakan serta
sumbangan politik? Adakah kerajaan UMNO/BN akan menubuhkan Suruhanjaya
Diraja untuk membuat siasatan ke atas kes rasuah dan konflik
kepentingan?
JAWAB 5: PIHAK BANK HONG KONG TELAH PUN MENYATAKAN TIDAK ADA KES.
SOALAN 6: Kenapa Najib Razak masih mengambil sikap bisu ke atas pelbagai
dakwaan serius yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan
khasnya dalam projek Kementerian Pertahanan yang berjumlah RM100 juta
pada tahun 2005 berkait rapat dengan keluarga Najib? Adakah kerajaan
UMNO/BN cuba untuk melindungi kebenaran daripada diketahui oleh rakyat?
JAWAB 6: BN TIDAK PERNAH BERSELINDUNG MALAH SENTIASA TERBUKA CUMANYA ANWAR IBRAHIM SEHINGGA KINIPUN BELUM MENJELASKAN JUMLAH 3 BILLION. BEGITU JUGA SUARAM YANG MEMPEROLEH BANTUAN KEWANGAN DARI SOROS. APAKAH ANWAR DAN KUNCU-KUNCUNYA CUBA MENGKABURI RAKYAT
SOALAN 7: Bekas Ketua Polis Musa Hassan telah menuduh Menteri Dalam
Negeri Hishammuddin Hussein Onn yang campur tangan dalam pentadbiran
PDRM, bagaimanakah Najib Razak menangani isu profesionalisme dan
kewibawaan polis yang dimanipulasi oleh parti UMNO/BN?
JAWAB 7: DULU PR YG MENGHENTAM POLIS HABIS-HABISAN, KINI NAK JADI `CHAMPION' PULAK!.
SOALAN 8: Kenapa kerajaan UMNO/BN berdegil untuk membenarkan loji nadir
bumi Lynas untuk beroperasi di Malaysia walaupun ditentang kuat oleh
rakyat? Adakah menarik pelaburan asing lebih penting daripada kesihatan
rakyat? Rakyat didahului yang diwar-warkan dalam slogan 1 Malaysia hanya
slogan kosong yang tidak bermakna langsung?
JAWAB 8: MAJORITI RAKYAT MENYOKONG TINDAKAN KERAJAAN, YG HALANG HANYALAH SEGELINTIR ITUPUN PENYOKONG PR JE (DIUPAH DAN DIBIAYAI UNTUK BERDEMOSTRASI).
SOALAN 9: Kenapa penstrukturan semula subsidi sering kali dikenakan ke
atas barang keperluan rakyat tetapi langsung tidak mengkaji semula
perjanjian Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah? Adakah
Najib Razak lebih suka membuat public relation exercise tetapi enggan mengakui menangani masalah pokok kenaikan harga barang?
JAWAB 9: MASALAHNYA POKOKNYA WUJUD MONOPOLI TERHADAP PEMBUATAN DAN PEMBEKALAN BARANGAN KEGUNAAN RAKYAT DI MALAYSIA. SIAPAKAH MEREKA KALAU TIDAK USAHAWAN CINA!. ITUPUN MASIH TAK BERSYUKUR HIDUP DI BUMI MALAYSIA.
SOALAN 10: Walaupun pembubaran Dewan Rakyat terletak pada tangan Perdana
Menteri, adakah Najib Razak akan mencontohi Menteri Besar Selangor Tan
Sri Khalid yang telah mengumumkan bahawa Dewan Negeri Selangor akan
dibubar pada bulan Mac 2013? Kenapa Najib Razak masih bersenang hati
dengan rakyat sentiasa meneka tarikh PRU13? Kenapa tidak menetapkan
tarikh dengan lebih awal?
JAWAB 10: KENAPA TERLALU BAHLOL SOALAN INI. KENAPA MESTI NAJIB IKUT LANGKAH TAN SRI KHALID?. KEDUA-DUANYA MENJALANKAN TUGAS DAN HAKNYA SEBAGAI PEMIMPIN NEGERI DAN KERAJAAN SEBAGAIMANA YG DIPERUNTUKKAN DALAM PERLEMBAGAAN. MASANYA AKAN TETAP HADIR TIDAK LAMA LAGI, BERSABAR LAH BRO LEE. KITA LIHAT PKR TERSUNGKUR HANYUT!.
Oleh itu, AMK mendesak Najib Razak untuk menjawab kesemua 10 soalan
tersebut dengan ikhlas. Jangan lari daripada permintaan rakyat serta
menjalankan reformasi tulen termasuk perang rasuah serta melaksanakan
urus tadbir yang telus dan baik sebelum PRU13.
IANYA BUKAN PERMINTAAN RAKYAT PUN, SEKADAR UGUTAN AMK SAHAJA. RAKYAT LEBIH INGINKAN PEMBANGUNAN, KESELAMATAN DAN KEMAKMURAN YG NYATA BUKAN SEKADAR RETORIK DAN IMPIAN AWANG-AWANGAN YG SENTIASA MENJADI PERJUANGAN PKR.
kenapa takde soalan pun yang dijawab.
ReplyDelete