Monday, 17 December 2012


KEMANA MELAYU, ISLAM DAN NEGARA TERCINTA INI... 

Orang Melayu/Islam masih belum sedar dan bebal mengenai agenda DAP dan kuasa asing (musuh) mengunakan khudrat orang Melayu /Islam di negaranya sendiri bagi membenam tamadun Melayu dan Islam tanpa mereka berbuat apa-apa.

Mereka (musuh) telah berjaya menanam sikap membenci, bermusuh-musuhan, perpecahan di kalangan orang Melayu secara sedar dan tak sedar melalui pelbagai kaedah, menuduh kerajaan yg rata-rata Melayu tidak demokratik, mengamalkan rasuah, tiada kebebasan, menekan bangsa lain sehinggalah orang Melayu sendiri berani memperbodohkan bangsa sendiri, menghina kesucian Islam di dalam gereja, melarang azan, menagih-agihkan daging korban, bukan Islam masuk masjid memberi ceramah, bukan Islam memperlekehkan ayat suci Al-Quraan, mengadakan parti meraikan kemenangan lima negeri dengan memanggang babi, mempromosi kebebasan agama kalangan Melayu/Islam, mendoakan kehancuran, meminta bantuan asing utk menghancurkan negara sendiri, rela meminggir akidah Islam kerana memberi penghormatan simati bukan Islam!!.

Malahan, orang Melayu kini lebih rela `menikam' bangsanya sendiri tanpa bangsa asing atau kuasa asing berbuat demikian. Buktinya: PKR beria-ia membuat ceramah di kawasan UMNO yang mereka pun tahu akan mendapat bantahan dan tentangan kalau tidak kerana DAP, PKR dan PAS mahu melihat Melayu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

Lihat sahajalah kaedah, simbol dan lambang yg digunakan oleh PR dalam menjana himpunan jalanan kononya atas kebangkitan rakyat. Mereka mengunakan baju kuning, lambang "gengaman tanggan" yang benar-benar mengikuti amalan POPOVIC, Yahudi Serbia menghancurkan negaranya. Tidakah orang Melayu tidak sedar bagaimana DSAI begitu rapat Yahudi hingga sanggup meminta maaf kerana kenyataannya sedangkan tidak berbuat demikian terhadap bangsanya sendiri!

DAP dan kuasa asing cukup mengiktiraf pemipin PKR, PAS kerana berani menerjah dan menghayun bangsanya sendiri tanpa merasa bersalah. Malah sehingga kinipun belum ada sepatah perkataan dari Karpal, LKS dan kuncu-kuncunya mengiktiraf perjuangan Melayu terdahulu hingga kini yang akhirnya dapat `bersenang-senang dan beryawa' di muka bumi bernama Malaysia. Ambiaga, Malaysiakini, Suaram semuanya sepakat dgn DSAI kerana berjaya menambah `keperitan dan luka' yang menghampiri perpecahan bangsa Melayu di negara tahah tumpahnya sendiri.

Rintitan di atas adalah cebisan perkembangan situasi politik dalaman yang melanda orang Melayu/Islam kini. Apakah ianya akan berakhir atau Melayu/Islam akan menjadi satu riyawat dan kenangan bagi anak cucu cicit kita...fikir-fikirlah orang Melayu. Berpolitiklah secara berhemah tetapi Bangsa dan Islam jangan diperjudikan dan digadai hanya kerana merebut kuasa dan kemewahan. Au'zubillah.

Monday, 10 December 2012




ANDA PERLU TAHU!

BAGAIMANA PARTI PAKATAN RAKYAT KHUSUSNYA PKR MEMILIH LAMBANG `GENGAMAN TANGAN' UNTUK MENYERU RAKYAT BANGKIT MENENTANG KERAJAAN DI JALANAN SECARA KEKERASAN !!!!!!!!!


PERHIMPUNAN 12 JAN!
POPOVIC,  MEMULAKAN GERAKKAN DI SERBIA
AdANWAR PERANCANG DI MALAYSIA











 LAMBANG-LAMBANG DI ATAS ADALAH GERAKKAN MENGHANCURKAN NEGARA, DAN RAKYAT DI BEBERAPA SEBUAH NEGARA YANG DICETUSKAN OLEH SEORANG YAHUDI, KINI PULA DIGUNAKAN OLEH ANWAR IBRAHIM SECARA TERANCANG DENGAN BANTUAN ASING BAGI MENGHANCURKAN NEGARA, BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM ........................







Wednesday, 5 December 2012

IZZAH SAMAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BIAYAI TABUNG PILIHAN RAYA


GARANG....NAK DUIT UTUSAN MALAYSIA...

Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai bertindak menyaman Akhbar Utusan Malaysia (M) Berhad bukannya Malaysikini benar-benar memperlihatkan PKR cukup dahagakan wang untuk mengisi tabung pilihan raya akan datang. Dia tidak menyaman Malaysiakini bukan sahaja kerana rakan seperjuangan membenci BN malah kelak duit yang diperoleh akan dibahagi-bahagikan diantara mereka. Ayahnya juga memerlukan wang untuk menampung perbelanjaan sesi ceramahnya di seluruh negara. Bukankah ni peluang Izzah untuk dapatkan wang! tetapi dikhuatiri nanti dia yang kena bayar. Kalau dia yang kena bayar kat Utusan Malaysia, disyorkan wang itu didermakan sahaja kat Tabung Gaza sebab PKR tak pernah pun huLur bantuan kat Gaza...   

Monday, 3 December 2012

10 SOALAN UNTUK NAJIB RAZAK. KITA JAWAB LEE KHAI LOON. 
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia


SOALAN 1: Sekiranya Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling demokratik di dunia, kenapa sampai hari ini masih enggan untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Bukankah berdebat adalah sebahagian penting dalam sistem demokrasi?
JAWAB 1: BERCAKAP SENANG BRO LEE...ADAKAH ANWAR IBRAHIM DILANTIK MENJADI KETUA UMUM SECARA DEMOKRATIK (UNDIAN) ATAU SECARA LANTIKAN OLEH ISTERINYA. YG MANA PRATIKAN DEMOKRATIK!. LAGIPUN, BERDEBAT TIDAK AKAN MENJANJIKAN MANFAAT KEPADA RAKYAT SECARA FIZIKAL HANYA MEMBUANG MASA. ANWAR HANYA PANDAI BERBOHONG DAN LANDASANNYA HANYALAH MELALUI BERDEBAT DAN BERCERAMAH. LAGIPUN BRO TERLALU MENTAH UNTUK GESA NAJIB BERDEBAT. LAGIPUN.... WHO ARE YOU!!!.
SOALAN 2: Sebagai seorang pemimpin negara yang bertanggungjawab serta hormat pada kuasa rakyat, bagaimanakah Najib Razak menangani kekalahan yang bakal dihadapi oleh UMNO/BN dalam PRU13? Bagaimanakah beliau memastikan peralihan kuasa secara aman kepada Pakatan Rakyat?
JAWAB 2. PRU BELUM PUN DILAKSANAKAN, BAGAIMANA PR BEGITU YAKIN MEMPEROLEH KEMENANGAN, IMPIAN PKR SEKADAR MIMPI NGERI YG AKAN TERUS MENGHANTUI PR.
SOALAN 3: Jikalau Najib Razak ingin mengambil martabat wanita, kenapa memecah rekod Malaysia dengan menjadi lelaki pertama yang merangkap Menteri Wanita? Adakah UMNO/BN ketandusan pimpinan wanita yang berkebolehan dan kredible.
JAWAB 3. IANYA TIDAK PELIK, KERANA TUGASNYA BUKANNYA SEHINGGA NAK SELAK KAIN WANITA.  LAGIPUN INI MENUNJUKKAN NAJIB PEMIMPIN SERBA BOLEH!
SOALAN 4: Dalam konteks mencari kebenaran serta urus tadbir yang baik, kenapa kerajaan UMNO/BN menghalang peguam Perancis untuk masuk ke Malaysia untuk memberi taklimat tentang perkembangan terkini perbicaraan skandal pembelian kapal selam Scorpene? Kenapa memperalatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang membawa kes skandal Scorpene tersebut ke Mahkamah di Perancis?
JAWAB 4: KITA PUNYAI PEGUAM YG LEBIH BAIK DARI PEGUAM PERANCIS. KENAPA TAK SURUH PEGUAM KALANGAN PKR JE.
SOALAN 5: Apakah pandangan Najib Razak terhadap skandal RM40 juta Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang merupakan komisen pembalakan serta sumbangan politik? Adakah kerajaan UMNO/BN akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuat siasatan ke atas kes rasuah dan konflik kepentingan?
JAWAB 5: PIHAK BANK HONG KONG TELAH PUN MENYATAKAN TIDAK ADA KES.
SOALAN 6: Kenapa Najib Razak masih mengambil sikap bisu ke atas pelbagai dakwaan serius yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan khasnya dalam projek Kementerian Pertahanan yang berjumlah RM100 juta pada tahun 2005 berkait rapat dengan keluarga Najib? Adakah kerajaan UMNO/BN cuba untuk melindungi kebenaran daripada diketahui oleh rakyat?
JAWAB 6: BN TIDAK PERNAH BERSELINDUNG MALAH SENTIASA TERBUKA CUMANYA ANWAR IBRAHIM SEHINGGA KINIPUN BELUM MENJELASKAN JUMLAH 3 BILLION. BEGITU JUGA SUARAM YANG MEMPEROLEH BANTUAN KEWANGAN DARI SOROS. APAKAH ANWAR DAN KUNCU-KUNCUNYA CUBA MENGKABURI RAKYAT 
SOALAN 7: Bekas Ketua Polis Musa Hassan telah menuduh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein Onn yang campur tangan dalam pentadbiran PDRM, bagaimanakah Najib Razak menangani isu profesionalisme dan kewibawaan polis yang dimanipulasi oleh parti UMNO/BN?
JAWAB 7: DULU PR YG MENGHENTAM POLIS HABIS-HABISAN, KINI NAK JADI `CHAMPION' PULAK!.
SOALAN 8: Kenapa kerajaan UMNO/BN berdegil untuk membenarkan loji nadir bumi Lynas untuk beroperasi di Malaysia walaupun ditentang kuat oleh rakyat? Adakah menarik pelaburan asing lebih penting daripada kesihatan rakyat? Rakyat didahului yang diwar-warkan dalam slogan 1 Malaysia hanya slogan kosong yang tidak bermakna langsung?
JAWAB 8: MAJORITI RAKYAT MENYOKONG TINDAKAN KERAJAAN, YG HALANG HANYALAH SEGELINTIR ITUPUN PENYOKONG PR JE (DIUPAH DAN DIBIAYAI UNTUK BERDEMOSTRASI).
SOALAN 9: Kenapa penstrukturan semula subsidi sering kali dikenakan ke atas barang keperluan rakyat tetapi langsung tidak mengkaji semula perjanjian Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah? Adakah Najib Razak lebih suka membuat public relation exercise tetapi enggan mengakui menangani masalah pokok kenaikan harga barang?
JAWAB 9: MASALAHNYA POKOKNYA WUJUD MONOPOLI TERHADAP PEMBUATAN DAN PEMBEKALAN BARANGAN KEGUNAAN RAKYAT DI MALAYSIA. SIAPAKAH  MEREKA KALAU TIDAK USAHAWAN CINA!. ITUPUN MASIH TAK BERSYUKUR HIDUP DI BUMI MALAYSIA.
SOALAN 10: Walaupun pembubaran Dewan Rakyat terletak pada tangan Perdana Menteri, adakah Najib Razak akan mencontohi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid yang telah mengumumkan bahawa Dewan Negeri Selangor akan dibubar pada bulan Mac 2013? Kenapa Najib Razak masih bersenang hati dengan rakyat sentiasa meneka tarikh PRU13? Kenapa tidak menetapkan tarikh dengan lebih awal?
JAWAB 10: KENAPA TERLALU BAHLOL SOALAN INI. KENAPA MESTI NAJIB IKUT LANGKAH TAN SRI KHALID?.  KEDUA-DUANYA MENJALANKAN TUGAS DAN HAKNYA SEBAGAI PEMIMPIN NEGERI DAN KERAJAAN SEBAGAIMANA YG DIPERUNTUKKAN DALAM PERLEMBAGAAN. MASANYA AKAN TETAP HADIR TIDAK LAMA LAGI, BERSABAR  LAH BRO LEE. KITA LIHAT PKR TERSUNGKUR HANYUT!.
Oleh itu, AMK mendesak Najib Razak untuk menjawab kesemua 10 soalan tersebut dengan ikhlas. Jangan lari daripada permintaan rakyat serta menjalankan reformasi tulen termasuk perang rasuah serta melaksanakan urus tadbir yang telus dan baik sebelum PRU13.
IANYA BUKAN PERMINTAAN RAKYAT PUN, SEKADAR UGUTAN AMK SAHAJA. RAKYAT LEBIH INGINKAN PEMBANGUNAN, KESELAMATAN DAN KEMAKMURAN YG NYATA BUKAN SEKADAR RETORIK DAN IMPIAN AWANG-AWANGAN YG SENTIASA MENJADI PERJUANGAN PKR.