Bukan semua pemimpin PAS itu berilmu dan pandai sama juga bukan semua
cikgu, profesor dan pensyarah itu pintar. Tapi kalau mereka ini bangang, kita
boleh pindah kuliah atau sekolah. Tetapi jika ahli politik bebal maka jawabnya seluruh negara bakal ditimpa malapetaka, rakyat merana dan menderita. Keadaan ini berlaku bila Nik Abduh mendesak Karpal Singh mengenai pendiriannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia. Persoalannya kenapa perlu Nik Abduh bertanyakan kepada Karpal Singh yang semua orang tahu dia (Karpal Singh) adalah kafir (non-muslim) yang tak tahu pun tentang Islam lagikan Hudud. Pelik dan ajaib, ahli ulama PAS terpaksa berpaling kepada orang kafir untuk mendapatkan persetujuan tentang hukum Islam. Adakah alamat dunia dah nak kiamat!. Apakah Nik Abduh menunjukkan PAS memang bebal dan bangang sehingga menjadikan pengikut PAS turut meraba-raba dalam kegelapan. Kalau zaman Allahyarham Fadhil Noor dulu tak pernah terjadi begini. Ilmu dan kealimannya cukup menebal dan tidak ada niat yang buruk yang menyebabkan kepimpinannya dihormati oleh semua golongan mahupun non-muslim. Biar dijelaskan bahawa tulisan ini bukan mahu membincangkan berkenaan hudud tetapi apa yang ingin saya terangkan ialah
kebebalan pemimpin PAS sehinggakan mereka tidak dapat mengenal yang mana
ikan dan yang mana ular. Saya berani berkata sedemikian kerana jika pemimpin PAS memerintah, belum tentu ada JAKIM, mahkamah syairah, bank Islam, Misjid Negara dan segala-galanya mengenai Islam. Sesiapa pun, tukang kebun, tukang sapu, nelayan, pekebun, penoreh getah pasti yakin tindakan PAS ini telah terpesong jauh dari landasan perjuangan asalnya. Mereka hanya berfikir untuk menjatuhkan UMNO bukan untuk mempertahankan agama Islam. Dengar sahajalah ceramah-ceramahnya, UMNO dijadikan musuh yang nyata bukannya kemungkaran. Kemungkaran boleh dimaafkan jika ia berlaku dalam golongan mereka. Masya'Allah................................
No comments:
Post a Comment