Monday, 27 August 2012

IKAN ATAU ULAR - NIK ABDUH

Bukan semua pemimpin PAS itu berilmu dan pandai sama juga bukan semua cikgu,  profesor dan pensyarah itu pintar. Tapi kalau mereka ini bangang, kita boleh pindah kuliah atau sekolah. Tetapi jika ahli politik bebal maka jawabnya seluruh negara bakal ditimpa malapetaka, rakyat merana dan menderita. Keadaan ini berlaku bila Nik Abduh mendesak Karpal Singh mengenai pendiriannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia. Persoalannya kenapa perlu Nik Abduh bertanyakan kepada Karpal Singh yang semua orang tahu dia (Karpal Singh) adalah kafir (non-muslim) yang tak tahu pun tentang Islam lagikan Hudud. Pelik dan ajaib, ahli ulama PAS terpaksa berpaling kepada orang kafir untuk mendapatkan persetujuan tentang hukum Islam. Adakah alamat dunia dah nak kiamat!. Apakah Nik Abduh menunjukkan PAS memang bebal dan bangang sehingga menjadikan pengikut PAS turut meraba-raba dalam kegelapan. Kalau zaman Allahyarham Fadhil Noor dulu tak pernah terjadi begini. Ilmu dan kealimannya cukup menebal dan tidak ada niat yang buruk yang menyebabkan kepimpinannya dihormati oleh semua golongan mahupun non-muslim. Biar dijelaskan bahawa tulisan ini bukan mahu membincangkan berkenaan hudud  tetapi apa yang ingin saya terangkan ialah kebebalan pemimpin PAS sehinggakan mereka tidak dapat mengenal yang mana ikan dan yang mana ular. Saya berani berkata sedemikian kerana jika pemimpin PAS memerintah, belum tentu ada JAKIM, mahkamah syairah, bank Islam, Misjid Negara dan segala-galanya mengenai Islam. Sesiapa pun,  tukang kebun, tukang sapu, nelayan, pekebun, penoreh getah pasti yakin tindakan PAS ini telah terpesong jauh dari landasan perjuangan asalnya. Mereka hanya berfikir untuk menjatuhkan UMNO bukan untuk mempertahankan agama Islam. Dengar sahajalah ceramah-ceramahnya, UMNO dijadikan  musuh yang nyata bukannya kemungkaran. Kemungkaran boleh dimaafkan jika ia berlaku dalam golongan mereka. Masya'Allah................................






Saya hadir ceramah Anwar Ibrahim di Bulit Gantang. Orang ramai gelak bila Anwar kata dia tak akan duduk di Putrajaya jika dipilih jadi PM. Orang ramai gelak bukan kerana setuju dengan  kata dia tetapi orang ramai gelak kerana Anwar tipu rakyat yang dia cuba nak tunjuk dia seorang yang berjimat dan tak membazir. Puraah...dah jemu dan muak bila Anwar berpura-pura jadi orang baik. Tembelangnya memang terbukti membusuk ke seluruh alam.  Semua tahu Anwar seorang yang sangat licik, `depan' rakyat dia tunjuk berlagak baik tetapi `belakang' rakyat penuh dengan adegan kekotoran yang menjijikan. Namun begitu, tabik spring boleh diberi kat Anwar ni kerana satu sahaja iaitu dia banyak modal menipu rakyat. Dia ingat rakyat macam kami di kampong ni tak tahu. Habis sahaja ceramah dia, kami beramai-ramai pergi kat kedai.....sambung gelak kat Anwar. Kawan-kawan caci dia bagai nak rak sehingga akhirnya timbullah cerita `amoi' kat youtube tu. Bila beri ceramah berapi menipu berjam-jam tetapi bila berlakon dengan amoi tak sampai lima minit pun................Di akhir perbualan kami, kesimpulannya Anwar memang tengah nazak, macam mana pun dia akan menipu rakyat untuk  karier politiknya semata-mata untuk survival hidupnya dan rela mengenepikan dan memesongkan akidah sebagai seorang Islam. 

Thursday, 2 August 2012

SEGERA TUTUP TUISYEN LIM LEE YEE


Masyarakat Islam tidak sepatutnya berdiam dan bersabar  bila pusat tuisyen Indah Permai Jaya  disah menghina agama anutan masyarakat peribumi Melayu/Islam. Guru  Ku Chong Yoong yang bertanggungjawab menyediakan bahan sepatutnya telah ditahan dan disiasat kerana menganggu gugat kesucian agama Islam. Permohonan maaf Ku Chong sepatutnya tidak boleh diterima. Permohonan maaf mereka sekadar alasan untuk lepaskan diri sahaja.

Kerajaan perlu bertindak segera menutup dan menahan Ku Choong dan Lim Lee Yee. Masyarakat Islam dah cukup muak dengan permohonan maaf mereka. Buatlah sesuatu agar masyarakat Islam Malaysia tidak lagi `dipijak-pijak' dan dihina oleh orang kafir seperti Ku Choong dan Lim buat selamanya . Kalau budak semuda itu telah berani mencabar agama Islam, tidak mustahil mereka berdiua akan buat begini nantinya (lihat sebelah)..................

Kalau pasal dunia (Bersih!) kita boleh berdemonstrasi sana sini, kenapa kita tidak berbuat sesuatu kepada orang kafir yang mencemar agama kita.  Berjihatlah kerana ALLAH adalah tuntutan seluruh  umat Islam.