Wednesday, 25 July 2012

ABBY MAHU BN TUMBANG

 

 

Baru saja masuk PAS, Abby terus melontar kata bernada cukup sinis katanya `Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang’. Waduuh, sombongnya!. Persoalannya kenapa tepaksa tunggu BN tumbang. Kenapa tak buat terus di Kelantan dan Kedah, negeri2 di bawah pentadbiran PAS sekarang yang mana BN dah tumbang sekian lama!.

Sebenarnya, PAS bukan nak ajar agama kat Abby tapi nak ajar  jadi  jurucakap PAS. Yang paling sedih, baru pun  masuk PAS dah `mendoakan' BN tumbang. Mungkin juga bab pertama pelajaran `agama' PAS kat Abby. Nak belajar agama biar bertempat bukan ikut2 je Abby.  

Thursday, 19 July 2012

PAS KOPIAH NASARUDDIN


1.  Apapun, debat antara Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari tak beri apa-apa keuntungan kepada kaum Melayu dan agama Islam di Malaysia.  Berbanding debat MCA-DAP yang lebih fokus mencari jalan menentukan jaminan kepentingan bangsanya dalam `suasana' politik semasa. 

2.  Kedua-dua pendebat sekadar CERAMAH AGAMA  menunjulkan kebijaksanaan dalam mencungkil dan menterjemah AL-Quraan dan diselangi `khutbah' bagi melontar tuduhan kelemahan individu dan parti dalam mengurus dan memimpin mengikut syiarat Islam. Realitinya, kedua-dua parti seagama ini tidak pernah lekang dengan kelemahan malah isu agama seperti lesbian, murtad homoseksual, gejala arak dan ganja masih terus merosakkan umat Islam. Lebih menyedihkan PAS tidak langsung berani menegur dan menentang rakannya DAP dan PKR dalam isu ini malah dilihat bersekongkol demi menjada kerjasama pakatan.  

3,  Tengok sahajalah kupiah Utz Nasaruddin tu....kopiah pun ada lambang PAS?. Beginikah akidah orang Islam yg digelar `ulama' meletakkan lambang parti di kopiah seolah-olah parti itu setanding agama!!!Apakah ini tuntutan Islam sebenar!. Ditakuti ada `generasi muda' mengantung lambang `bulan bintang' di leher sepertimana akidah kristian mengantung lambang salib di leher dan menjadikan tatoo ditubuh badan kerana tindakan `PAS KOPIAH NASARUDIN'?.

4.   Kalaulah begini caranya ulama PAS dilihat terus `memperdagangkan' agama bagi kepentingan partinya.

Wednesday, 18 July 2012

NIPISNYA `NILAI' AGAMA NIK ABDUH!


Ceramah Nik Abduh memang bahlol dan penuh cara marba. Dia hanya ada ilmu agama, tetapi kalbunya masih `hitam' kerana tak boleh bezakan Suruhan Allah dan seruan politik  apabila menyatakan   `ALLAH mengarahkan kita ke Putrajaya?'. Nyata Nik Abduh benar-benar membawa ajaran kesesatan  bila dia lagi menanam `akidah' bahawa orang memakai `baju hijau' adalah lebih baik dari memakai `baju biru'. Aanuzubillah........Hujahnya benar-benar bersandarkan akal dan roh yang penuh kebencian membara untuk memenuhi cita-cita politik PAS. 

Sebagai orang Islam, kita amat sedih dan pilu melihat gelagat `alim ulama PAS' ini yang terang-terang melencung dari akidah Islam sebenar. Tidak hairanlah rakannya, pemimpin Cina DAP tidak segan silu malah merasa bermegah `menajar' ayat ALQuraan kat org Islam, menyembelih lembu korban dan sebagainya yang benar-benar telah melangkau jauh batasan agama Islam. Malah, berbuatan laknat yang terang-terang dilakukan oleh rakan seagamanya pun tak disentuh. Begitu juga, perkataan `syaitan' tidak pernah lekang dari mulutnya mengkafirkan pemimpin UMNO yang seagama dengannya. Pemimpin inilah yang merosakkan negara amnya dan umat Islam khasnya!!!! 

Hakikatnya, pemimpin PAS tidak berupaya menunjukkan kemampuan memerintah dengan baik khususnya di Kelantan. Rakyat Kelantan rata-rata orang Melayu masih terpingir dari arus kemajuan. Sekian lama memerintah di Kelantan, mereka hanya `berdakwah' untuk mempertahankan kedudukannya dalam kerajaan negeri tanpa memikirkan soal yang lebih penting, KEMISKINAN.

Kalau beginilah perjuangan Nik Abduh, betapa nipisnya nilai keagamaannya terhadap agama Islam itu sendiri. Perjuangan PAS yang didakwa nak meningkatkan syiar Islam hanya sekadar retorik.  `Kealimannya' digunakan bukan nak kononnya `membersihkan politik' malah memutarbelitkan agama bagi kepentingan politik. Tidak hairanlah kenapa masih wujud isu penceraian perkahwinan disebabkan tidak sealiran ideologi politik antara suami dan isteri dalam usia emas!.

Mudah-mudahan Nik Abduh mendapat petunjuk dan rahmat dari ALLAH agar dapat MELIHAT YANG MANA BENAR DAN YANG MANA BATHIL. Amin...............

Monday, 16 July 2012

MELAYU HILANG MALAPETAKA ESOK


1.   Bukan lagi satu ingauan  bilamana kuasa Melayu akan hilang di Malaysia jika DAP dan PKR memerintah negara ini. Oleh itu kenyataan Khalid Salleh dalam bukunya ` Melayu Hilang di Dunia' bukan sesuatu yg mengejutkan. Ia  adalah realiti bila sang rasis DAP dan penyanggak PKR mengambilalih kerajaan selepas PRU 13. Bila belum jadi kita tak nampak, tapi dah jadi kita nak buat apa......... 

2.   Ramai tidak bersetuju dan meluat kat tulisan saya. Apa pun, mereka bebas berbuat demikian tetapi dasar penolakkan mereka hanyalah  kerana meluat dan benci kat UMNO dan benci kepada PM Najid, Rosmah dll, selainya kerana taksub dengan TG Nik Aziz menggangap  UMNO pembelit dan tidak memperjuangkan Islam.  Kebencian sekarang  hanya membawa malapetaka esok hari...................

3.   Perbalahan UMNO, PAS dan PKR  memberi kelebihan kepada orang asing. Melayu kini tersepit dam mula tersungkur  kerana menyebabkan pemimpin Melayu terpaksa menagih kepada org asing. Sebab itulah YB Nizar beriya-iya meyambung sewaan 999 tahun sedangkan Melayu Perak tetap tidak terbela. YB Nizar rela mencemuh Sultan Johor dengan WWW1 sedangkan ramai lagi kaum lain yang membeli nombor khas tetapi dia tak bidas. Rakyat Melayu Pulau Pinang merana tak siapa yg tampil membela baik PAS mahupun PKR yg kononnya memperjuangkan bangsa dan agama. Isu murtad di Selangor, PAS membisu takut dengan DAP. Pemimpin Pakatan Melayu meminggirkan kaum Melayu hanya kerana perebutan kuasa politik.

4.  Walaupun majoriti penduduk memihak kepada kaum Melayu ia tidak lagi signifikan kerana Melayu perpecah mahupun taburan penduduk yang tidak seimbang di beberapa negeri dan kawasan. Org asing tahu dan kini sedaya upaya mengambil kesempata kerana ruang-ruang telah tersedia luas.

5.   Org asing Malaysia dah `naik kepala', beri betis nak peha dan menggangap mereka setaraf dengan kaum Melayu. Mereka mendesak berbagai-bagai hinggakan mereka merasakan perlu mendapat semua.Mana negara di Asia tenggara yg memberi segala-galanya. Di Thailand, Indonesia nama pun  bertukar, sekolah tak ada yg memihak kepada kaumnya. Di Singapura, LKY pun tak benar sekolah Cina. Di Filipina, segala-galanya tak ada bagi kaum bukan bumiputra. Di Myammar, kaum asing tidak diberi kerakyataan?

6.    Sejarah dan pengalaman dulu tidak pernah menjadi pengajaran, Perang Parang Panjang @ Perang Banjar, 13 Mei dan banyak lagi peristiwa pergaduhan berbaur kaum sana sini, Melayu khususnya PAS dan PKR tidak menyedari hakikat org asing di Malaysia terus merendam dendam kesumat terhadap kaum Melayu. Inilah peluang masanya utk mendesak Melayu 

7.  PAS dan PKR memang banggang dan bahlol. Hanya benci kat UMNO mereka rela berkerjasama dgn DAP yang tidak ubah seperti Isreal. Pepatah Melayu, Belanda dapat tanah, org Melayu di pulau Pinag dah berhijrah.........secara halus kerajaan DAP buat rumah mahal-mahal bukan utk Melayu. Tanah rezab Melayu ditukar dan dijual kat org asing. 

8.  DAP akan jaja bahawa parti ini akan jaga Melayu dan Islam sehingga rela baca Al-Quraan, sembelih lembu korban dan banyak lagi. Itu pun Melayu tak sedar. Kalau memerintah, dia buat semuanya walaupun melanggar amalan agama Islam. Org Melayu terpingga, jadi daging korban hasil sembelihan LGE, Kapral Singh sedekah kat orrg Islam.  Halal ke.........nak tanya TG Nik Aziz..sembelihan siapa yg halal dimakan?

9.  Melayu sedar dan tak sedar Melayu dah mula terhakis. Yang sedar tetapi buat-buat tak sedar adalah PKR. PKR mahu benam UMNO tapi tak peduli tang agama Islam. kalau diapun bergelumang dengan dosa, tak tahule berapa banyak B2B kat KL.....................

10.  Cara terbaik utk tentukan Melayu tak hilang kat Malaysia dulu adalah halang DAP, PAS dan PKR memerintah. bangsat-bangsat inilah yg merosakan Melayu dan Islam. Ayuh..........................  

Wednesday, 11 July 2012

`MASJID' RUNTUH SEBAB PAS

Propaganda PAS yang menyesatkan umat Islam Malaysia
KEPADA TG NIK AZIZ DAN  PEMIMPIN ULAMA PAS SAHAJA.

1.      Selagi ada fatwa-fatwa seperti  ini, selagi itulah ada orang Melayu/Islam di Malaysia akan DISESATKAN oleh PAS?. Kejadian yang berlaku kepada keluarga emas ini sepatutnya menjadi pengajaran yang mendalam kepada orang Islam khususnya kepada pemimpin ulama' PAS yang telah banyak memberi keburukan dari kebaikan.

 2.     Kenapa ini perlu terjadi di negeri yang sinonim dengan nama `Serambi Mekah'?. Apakah TUAN GURU Nik Aziz dan barisan pemimpin ulama'nya merasa tidak  bersalah ke atas kejadian ini? (kecuali Mat Sabu kerana dia hanya pelawak PAS!).

3.    Apakah ukuran dan nilai ketaqwaan yang ada pada pemimpin ulama' PAS yang dikatakan berjaya mentarbiahkan kalangan penyokongnya?.

4.    Sedih!, PAS mengadai agama kerana politik di kalangan orang Kelantan. DAP hanya tersenyum bangga kerana PAS berjaya  meruntuhkan `masjid' orang Islam di Malaysia tanpa berbuat apa-apa.

5.   Dasar Negara Kebajikan PAS memakan diri?.Kebajikan yang mana lebih baik bagi PAS jika umat Islam khususnya ahli PAS terpaksa mengadai kerukunan dan kesejahteraan rumahtangga berbanding menjaga hati PKR dan DAP!!!!

6.    Hancur luluh harapan umat Islam Malaysia, parti disamakan dengan syurga ALLAH.  Bersediakah PAS menceritakan bahawa segala sifat, nilai dan  keistimewaan Syurga ada pada parti itu?.  Apakah wujud penceraian di Syurga ALLAH?

7.    Apa pun,  apakah tindakan si suami dilihat mendapat `petunjuk' dari pemimpin ulama' PAS? Ya, sebab pemimpin ulama PAS yang telah `menanam akidah songsang' terhadap masyarakat orang Melayu di Kelantan.    

8.   Berfikirlah sedalam-dalamnya. PAS lebih banyak membawa kehancuran  di dunia dan akhirat.

Tuesday, 10 July 2012

TAK CUKUP RM5,000


Hai, Ali dengan Hayati Atie............dengar dulu anak dara ni hanya `kekasih gelapnya'. Alih-alih dia berada  disisi Ali Tinju!. Dengar kabarnya `kekasih gelapnya' inilah yang menyebabkan rumahtangganya ketiganya  terbelah dek kantoi kat drama kat Ampang Park seketika dulu.....Apakah wanita ini akan jadi `mangsanya' yang keempat! Padanlah RM5,000 tak cukup sebab nak belanja kahwin kot. he...he.... Tunggu berita dari Ali Tinju................

TERBARU! ALI TINJU JUMPA MB SELANGOR


TERBARUI!!! Ali Tinju jumpa Menteri Besar Selangor!!!!.

Tindakan Ali Tinju yang tak puas hati kerana dakwaannya dana sumbangan Hari Pahlawan yang diterimanya sedikit walaupun telah banyak membantu BN, dalam diam-diam  nak `menyembah mengadap' MB Selangor.

Ali memang licik, cukup bijak mengunakan segala `kemahiran' bagi memenuhi gelora nafsunya yang tamak. Ali yang dah berputus arang dengan Mindef  mengharapkan  campurtanggan parasit Parti Pembangkang (PK) khususnya PKR bagi menyelesai masalahnya kerana dakwanya JHEV  tidak lagi boleh diharapkan.Ali Tinju, talam dua muka. Bila  berdepan dengan BN dan  tidak terkecuali PM  dia dan rakannya berdemonstrasi  tapi bila nak jumpa pemimpin PKR pandai pulak guna cara terhormat!.   Umpama orang mengantuk disurung bantal, PK tidak akan mensia-siakan peluang ini kerana Ali akan `digunakan dan diperdagangkan'  dalam ceramah politik di seluruh pelusuk negara  menjaja dan melelong segala pembohongan Ali memburuk-burukan Mindef,  BN dan kerajaan.

Sunday, 8 July 2012

ALI TINJU: HELAH DAN PEMBONGKARAN


Nah, Ali Tinju nak berdemonstrasi ke ibu pejabat JHEV pada 18 Jul sebab tak puas hati kerana hanya menerima RM5,000.00!.  Pembahagian  didakwanya tak betul sedangkan telah bantu kerajaan BN!  Waduhhh, bongkaknya!. Nak kata dia bijak, jauh api dari gangang.  Ali Tinju memang  bodoh piang ditahap keldai. Apakah helah disebalik mahu berdemonstrasi!   


a.  Yang dapat RM5,000.00 bukan KVRM sahaja, malah ada 12 persatuan lain yang mendapat jumlah yang sama di bawah: 


Kelab Bekas Anggota Perisai KL, Kelab Persara Kor Perkhidmatan AM, Persatuan Bekas 9 RAMD Zon Utara, Persatuan Bekas Artileri Malaysia, Persatuan Bekas Guru Tentera Malaysia, Persatuan Veteran Kor Kesihatan Wilayah Utara Malaysia, Veteran Renger Sarawak, Veteran Tentera Malaysia Sarawak, Persatuan Kebajikan Bekas Askar Jurutera Diraja, Veteran Kor Ordanan Diraja Malaysia, Kelab Veteran Kor Risik Malaysia dan Majlis Veteran Malaysia. Malah terdapat persatuan yang mendapat lebih rendah dari itu! dan kenapa meraka tidak berdemonstrasi!

b.  Kalau Ali pertikai jumlah yang diterima berbanding keahliannya, KVRM hanya mempunyai 25 ahli PVTM berbanding persatuan lain. Mengambil contoh persatuan lain seperti Kelab Veteran Kor Risik Malaysia mempunyai  556 ahli, Veteran Kor Odinan Diraja Malaysia 456 ahli, Veteran Renger Sarawak 390 ahli,  Veteran Kor Kesihatan 634 ahli. Apakah dengan jumlah itu, Ali tidak mampu memberi sumbangan kebajikan dalam kalangan ahlinya atau pesara yang memerlukan mengikut kemampuan dan perolehan yang ada mengikut keadaan semasa?

c.   Ali,  manusia lidah bercabang  dan menjijikan. Kepalanya penuh muslihat mengugut kerajaan bagi mendapatkan `pulangan besar' dari apa yang dilakukan,  sedangkan faedah yang diperoleh hanyalah mencemarkan nama baik veteran tentera, ATM di mata masyarakat keseluruhannya. Ali, sebagai Presiden  cuba mendapatkan wang secara tidak sah dari sudut undang-undang dengan berdemonstrasi bagi mendesak kerajaan untuk menuntut apa yang dihajatkannya...WANG!.  

d.    Kenapa Ali merunggut dengan jumlah yang diterimanya? Inilah dia manusia yang digelar ALOK (Action lebih, otak kosong), tindakkanya untuk berdemonstrasi, benar-benar dilihat mengharapkan wang persatuan untuk menyara kehidupnya yang berpaksikan penuh kepura-puraan dan penipuan berbanding persatuan lain. Ali memerlukan kewangan yang besar bagi membiayai segala `aktiviti' malamnya yang dilihat keistimewaan dan hak eksklusif sebagai penyandang Presiden persatuan. 

Ali tidak perlu berselindung disebalik persatuan KVRM. Ali hanya memikirkan mengenai dirinya sendiri. Persatuannya mengikat mereka hanya kerana 'WANG'. Gelora nafsu  Ali  bersifat individualistik, pentingkan diri sendiri dan tamak.

Thursday, 5 July 2012

ALI TINJU `HILANG'



Memang sah manusia pengecut! Ali Tinju tiada muncul dalam Majlis Penyampaian Cek Rasyuan Hari Pahlawan 2011 dan hanya menghantar orang keduanya pada pagi ini di Mindef. Kenapa? Belangnya terselah akhirnya, konon mahu menjadi pejuang kebajikan ahli tetapi `kecut telor' dan mahu mengigil bila bersua muka dengan Menteri Pertahanan. Gelagat Al;i Tinju telah diramal, orangya yang banyak buat dajal, kaki menipu dan kaki betina tidak akan berani berdepan dengan presiden-presiden veteran yang lain yang lebih gah dan bermaruah tinggi. Kalau nak bandingkan pengalaman dan pengorbananya dalam perkhidmatan tentera bagaikan langit dengan bumi, dia tak layak pun `berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' dengan Presiden yang lain. Ali, kepala penuh muslihat penipu. Walaupun dia tidak datang, Ali Tinju akan mencanangkan kepada semua pesara bahawa kerana `kokokkannya' Mindef terjerat dan dipaksa melaksanakan majlis penyerahan cek kepada Presiden-presiden Veteran, walaupun acara ini diadakan secara tetap dilaksanakan pada setiap tahun. 

Dengan jumlah RM5,000.00, belum tentu Ali Tinju akan melakukan `kebajikan' kepada warga pesara dan ahlinya itu. Lihat sajalah, pada minggu-minggu terdekat ni Ali Tinju akan terlalu sibuk buat `kebajikan' kepada `mahluk-mahluk belaannya'. Lepas habis wang sumbangan tersebut Ali akan `berkokok dan melolong' lagi  bagi menyambung `lakunannya'. Bersiap sedialah wahai wartawan dan bloggers.....

Wednesday, 4 July 2012

DAP LAKSANA PENGHAPUSAN KAUM DI PULAU PINANG



Kini Melayu Pulau Pinang telah hilang kuasa dan tidak lama lagi akan hilang segala-galanya. Orang Melayu Pulau Pinang akan menjadi pelarian merempat di negeri senriri. Orang Melayu Kg Genting menjadi mangsa kerakusan politik DAP yang mahu menghalau keluar orang Melayu secara terancang  dan dalam masa yang sama menghakis pemilikan status tanah rezab Melayu di Pulau Pinang.

Sedarlah, orang Melayu!!!DAP sedang LAKSANA PENGHAPUSAN KAUM Melayu di Pulau Pinang.
Kerajaan DAP nak jadikan Pulau Pinang macam Singapura.
Lepas tu,  orang Melayu nak pergi  kat Pulau Pinang akan
dikenakan pelbagai halangan dan sekatan. Bagi DAP
orang Melayu tidak diperlukan di Pulau Pinang.

PAS dan PKR merelakan DAP buat apa sahaja kat orang Melayu. PAS dan PKR bagaikan harapkan pagar, pagar makan padi mahu pun `hero seks' mampus tak berani nak halang DAP kerana dah cukup `kenyang' dek bahana sogokkan wang ringgit.  Kawasan Cina tak diusik DAP walau seinci pun!. Malah ramai rakyat Singapura telah memiliki rumah di Pulau Pinang atas sokongan Lim Guan Eng bagi menguasai Pulau Pinang keseluruhannya. 
Kalau DAP boleh halau orang India di Kg Pala, kini orang Melayu menjadi mangsanya pula bagi menghapus
kuasa ketuanan Melayu di tanah tumpahnya sendiri.

Bangun...bangun....bangun orang Melayu Pulau Pinang, sedarlah anda akan menjadi pupus di tanah senriri tidak lama lagi. Gambar-gambar rumah tradisi Melayu akan hanya menjadi potret di Muzium  Negara (itupun jika BN terus memerintah). MENYESAL DULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA!




Monday, 2 July 2012

CINA DAP DAPAT TANAH REZAB MELAYU BUAT KUBUR

PAS tetap meluluskan projek. Ikhsan dari Kedah69ers.com.

.PRU13.....PAS pasti rebah

ORANG MELAYU DIPERBODOHKAN LAGI di Kedah bila PAS ubah status Tanah Rezab di Sg Kob, Kulim Bandar Baru, Kedah bagi membolehkan projek swasta Memorial Park (kubur Cina) dilaksanakan. Kawasan  yang majoriti didiami masyarakat Melayu bangkit memberontak, namun kerajaan PAS terus angkuh  menghalalkan tindakkannya. PAS jenuh menepis dan membohongi rakyat walau pun Pejabat Galian dan Tanah mengesahkan penukaran status telah dilaksanakan pada tahun 2008 ketika Parti Pakatan menang. Ramai orang Melayu bangkit membantah, namun PAS tetap tunduk desakan DAP. Beginilah tindak tanduk PAS berlidah bercabang, dalam diam PAS bermati-matian mengadai maruah bangsa dan agama Islam bagi memperjuangkan kubur Cina. Mungkin ramai yang tak tahu disebalik pembinaan projek adalah bagi menampung  tanah perkuburan masyarakat Cina DAP  Pulau Pinang. Apakah jaminan PAS akan terus membela orang Melayu dan Islam? Tentunya TIDAK. Jangan harap PAS akan memperjuangkan bangsa dan agama, ayuh TOLAK PAS

Sunday, 1 July 2012

POLIMEK ATAU DASAR PRINSIP

 

Sebagai orang Islam, saya tertarik bagaimana PAS cuba memesongkan fikiran masyarakat Melayu/Islam di Malaysia bilamana dakwanya sebilangan artis telah berhijrah ke parti tersebut kerana kesedarannya terhadap agama  Islam?. Inilah masalah PAS, bila saja masuk parti PAS dia anggap seseorang atau artis tu akan jadi orang Islam sebenar. PAS dilihat cuba menimbulkan `psychological appearance' bahawa PAS adalah Islam sedangkan semua tahu PAS adalah sebuah parti sahaja. Agama Islam tu bukannya hak mutlak PAS. Oleh kerana artis-artis ini kecetekkan ilmu mereka diperalatkan bagi mendakwa PAS parti yang akan menjadikan mereka benar-benar Islam.  Persoalannya, kalau artis-artis benar-benar hendak mendalami agama Islam bukannya masuk  parti tetapi pergilah belajar dari guru atau alim ulama!, malah artis kelahiran atau yang tinggal di Kelantan sendiri pun tak masuk PAS?. Dalam masa yang sama, artis-artis ini pun tak pernah dilihat `berhijrah' kerana selama ini pun mereka bukan ahli UMNO, jadi berhijrah gi mano!. Jadinya, artis-artis ini masuk PAS sekadar polemik atau kerana prinsip!. Inilah taktik atau kaedah PAS memutarkan akidah orang Islam.  Kepada artis-artis terlibat, saya nasihatkan agar jika benar-benar mahu belajar Islam pergilah kepada orang yang pakar agama malah dalam Internet juga dah banyak bahan agama tetapi perlu mendapat petunjuk dari guru. Buatlah pertimbangan bersandarkan ilmu agama bukannya mengikut penilaian nafsu kerana keimanan dan ketakwaan tidak diukur mengikut kepartian kita.