Tuesday 15 July 2014

8 sebab kenapa umat Melayu dan Islam WAJIB tolak deraf #AktaKeharmonian MKPN

Nota: Kenyataan Perdana Menteri melegakan ramai umat Islam. Begitupun selagi anggota MKPN masih terdiri dari komposisi yang sama, tiada jaminan bahawa percubaan untuk `menyuapkan' input yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan, pegangan sebenar agama Islam sebagai `ad-diin' dan ideologi sosialisme-liberalisme-sekularisme dapat dihentikan.

Di bawah adalah pandangan peguam MuslimUPro tentang deraf Rang Undang-undang yang disediakan oleh Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang didakwa telah di`outsource'kan secara sepenuhnya kepada Majlis Peguam.



8 sebab mengapa RUU Harmoni harus diwaspadai kandungannya


Tiga deraf rang undang-undang yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948,  iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) telah dikemukakan dan kini sedang dikaji Pejabat Peguam Negara. Selepas artikel ini ditulis, nama-nama RUU tersebut telah dipinda dan sekarang dikenali sebagai RUU Jenayah kebencian (Hate Crime) Kaum dan Agama, RUU Harmoni dan Rekonsiliasi dan RUU Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi.

8 sebab mengapa RUU Harmoni tersebut perlu diwaspadai:- 

1. Engagement & Konsultansi berpilih: Penggubalan RUU tidak dibincangkan dengan teliti dan dirujuk kepada pihak berkepentingan terlebih dahulu seperti Majlis Raja-raja, Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan tidak dibincangkan bersama Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di antara Penganut Agama (JMPKPA). Sebaliknya, badan-badan yang kurang kredibiliti seperti Proham dan Global Movement of Moderates dibiarkan memonopoli perbincangan. RUU disediakan oleh Majlis Peguam, sebagai sebuah badan sekular, yang mengenepikan khususnya institusi-institusi keagamaan yang bakal terjejas secara langsung oleh penguatkuasaannya kelak. 

2. Mengenepikan kedudukan Islam sebagai Agama Negara menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Agama Negeri

3. Percubaan mengubah Perkara 153: RUU Perpaduan Nasional (“National Unity Bill”) dalam seksyen 7 melalui penggunaan istilah seperti ‘racial superiority”, “exclusivity based on religion, belief, race…” dan “…maintaining exclusive control by persons of a particular religion, belief, race…” pada hakikatnya merupakan kritikan dan percubaan merubah Perkara 153.  

4. Penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam, sebuah organisasi sekular: Hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN tidak dirujuk secara sepenuhnya. Majlis Peguam mempunyai kira-kira 12, 000 ahli dan tidak mewakili kelompok majoriti umat Islam Malaysia yang akan menerima kesan langsung dari peruntukan-peruntukan RUU tersebut. Majlis Peguam mengisytiharkan organisasinya sebagai badan sekular justeru tidak berkelayakan menyentuh isu-isu keagamaan. 

5. Niat RUU untuk menjulang hak kesamarataan: Tumpuan hanya kepada prinsip hak kesamarataan (‘equality’) yang bersifat mutlak dan mengenepikan prinsip “positive discrimination” yang merupakan kekecualian Perlembagaan Perlembagaan itu sendiri yang dimaktubkan pada Perkara 8(2) dan menjunjung secara melulu konvensyen-konvensyen hak asasi manusia berkerangka liberal-sekular. 

6. Menjunjung kesamarataan kepercayaan, termsuk kepercayaan tidak bertuhan: Tafsiran ‘belief’ dan “religion” atau kepercayaan dan agama pada seksyen 4 (1) RUU Perpaduan Nasional dinyatakan sebagai “any religious or philosophical belief and a reference to belief includes a reference to a lack of belief” dan “any religion and includes any belief or lack of a religious belief“. Tafsiran ini membuka ruang yang boleh termasuk di dalam tafsirannya golongan yang tidak percaya Tuhan (atheist) dan kebebasan meninggalkan agama. 

7. Pengambil alihan peranan Institusi Kehakiman, Pihak Berkuasa dan Raja-raja Melayu: Isu-isu di sekitar keharmonian antara agama dan kaum adalah terlalu penting untuk diserahkan hanya kepada sebuah tribunal yang dicadangkan di dalam deraf rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional. Kuasa dan fungsi tribunal mirip cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Comission atau IFC) yang telah ditolak sekeras-kerasnya cadangannya oleh pelbagai pihak khususnya NGO Melayu Islam dan kerajaan Pusat. Bahagian 4 RUU mengenepikan peranan pihak berkuasa sedia ada oleh kerana seksyen 15 (3) membolehkan Suruhanjaya tersebut melakukan penyiasatan sendiri apa-apa keadaan yang difikirkan sebagai diskriminasi tidak adil. 

8. Bidang kuasa Tribunal yang terlalu luas: Seksyen 23 di dalam RUU Suruhanjaya Perpaduan dan integrasi Nasional tersebut memperuntukkan kuasa tribunal yang sangat luas tersebut termasuklah untuk memanggil mana-mana individu untuk memberikan keterangan apabila sesuatu perbicaraan sedang dijalankan oleh tribunal. 

dipetik dari AZRIL MOHD AMINialah seorang peguam dan mengetuai MuslimUPRo, iaitu delegasi pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan di dalam Semakan Berkala Sejagat di Geneva, Switzerland.

Sunday 13 July 2014

MUJAHID - LGBT: ANTARA AGAMA DAN POLITIK SEMPIT DUNIA?



Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan dan merupakan anak kepada Allahyarham Tuan Guru Yusof Rawa. Beliau merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat. Bapa beliau Yusuf Rawa merupakan Presiden PAS dari 1982 hingga 1989. Beliau juga adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan AJK PAS Pusat. Makanya, seluruh kepimpinan PAS sudah tentu merestui Mujahid Yusof Rawa dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) 

4.
Yang menimbulkan persoalan besar ialah kenyataan ahli politik PAS itu tentang kaum LGBT. Sungguh mengejutkan! Secara ringkasnya, beliau menyebut:

a.  Draf kepada Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT. 
b. Tapi rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biskesual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan. 
c. Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. 
d. Tapi perlu jelaskan tidak ada kena mengena langsung dengan mengiktiraf LGBT tetapi ia hanya mengatakan bahawa seseorang tidak boleh didiskriminasikan atas kecenderungan seksual. 
e. Ia bukan bermakna undang-undang ini mengiktiraf orientasi seksual seseorang. 
f.Tapi intipati rang undang-undang itu adalah untuk “memastikan setiap rakyat Malaysia berhak mendapat keadilan di hadapan undang-undang tanpa mengira kaum, agama, keturunan, tempat lahir, jantina dan ketidakupayaan 
g. Ahli politik PAS itu tidak suka dia (pengamal LGBT) tetapi beliau kena pertahankan hak dia.

5. Correct me if I'm wrong…..nampak sangat ahli politik PAS berbelit-belit menyatakan pendiriaan beliau.
6. Beliau berkata 'ia bukan bermakna undang-undang ini mengiktiraf orientasi seksual seseorang' tetapi dalam masa yang sama, beliau juga berkata 'intipati rang undang-undang ini untuk memastikan setiap rakyat Malaysia berhak mendapat keadilan tanpa mengira jantina'.

7. Ahli politik PAS itu juga berkata 'rang undang-undang itu tidak mengiktiraf orientasi seks' tetapi dalam masa yang sama, beliau juga berkata ' Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh diskriminasikan seseorang itu atas asas jantina.
8. Bukankah berbelit-belit dan sungguh mengelirukan kenyataan ahli politik DAP itu?

9. Sangat menghairankan kerana ahli politik PAS ini mahu mengiktiraf LGBT sebagai 'berhak mendapat keadilan di hadapan undang-undang'

10. Dan isunya bukan penindasan tetapi di hadapan undang-undang negara berdaulat Malaysia, pengamal LGBT adalah satu kesalahan dan ada hukumannya.

11. Kita baca juga artikel ini :

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. 
Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara?  LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia.  Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?
Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia.  Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. 

Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang. Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang? Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

12. Anda baca laporan SorosKini MalaysiaKini :
Draf kepada Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof.
Sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biskesual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, katanya.

Jelasnya, intipati rang undang-undang itu adalah untuk “memastikan setiap rakyat Malaysia berhak mendapat keadilan di hadapan undang-undang tanpa mengira kaum, agama, keturunan, tempat lahir, jantina dan ketidakupayaan”.

“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina.

“Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya.

“Ini saya perlu jelaskan tidak ada kena mengena langsung dengan mengiktiraf LGBT tetapi ia hanya mengatakan bahawa seseorang tidak boleh didiskriminasikan atas kecenderungan seksual.

“Ia bukan bermakna undang-undang ini mengiktiraf orientasi seksual seseorang,” kata MP Parit Buntar itu dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Menurutnya, pengiktirafan terhadap perlakuan itu dan melindungi hak mereka untuk tidak didiskriminasikan adalah dua perkara berbeza.

Jelasnya, anggapan bahawa beliau dan anggota Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar menyokong amalan LGBT adalah berpunca daripada mereka yang “tidak cermat dalam menilai” rang undang-undang itu.

“Saya sebagai orang Islam tidak mungkin saya mengatakan LGBT bagus, tetapi itu bukan bermakna saya menindas dia.
“Itu dua benda yang berbeza, saya rasa dalam Islam pun benda itu diakur (tidak betul).
“Saya tidak suka dia (pengamal LGBT) tetapi saya kena pertahankan hak dia. Ya kamu gay, saya tak suka akan perkara itu tetapi ia tidak betul jika kamu diberhentikan (kerja) kerana perkara itu,” katanya - 

14. Dalam masa yang sama, masih tidak ada satu pun pemimpin Pakatan pembangkang yang bersuara mempertikaikan kenyataan Presiden Bar Council tentang kes liwat Anwar Ibrahim! Kenapa???