Thursday 4 December 2014

Kenapa DAP berkeras mahu bawa pulang abu Chin Peng?


Sejak kebelakangan ini, ramai pemimpin DAP kembali bermain nostalgia pasal Chin Peng, dari majlis sambutannya, mahu menukar nama persiaran Gurney di Pulau Pinang, kini  Pemimpin DAP P. Pinang, P.Ramasamy pulak berkata: ''Apa salahnya bawa abu Chin Peng? Bagaimana abu mayat boleh menjadi satu ancaman?

Pemimpin DAP lain pula bersyahdu syahdan cuba mengangkat Chin Peng atau lebih dikenali sebagai 'Butcher of Malaya' (penyembelih Malaya) sebagai pejuang kemerdekaan. Chin Peng kata dia seorang anak jati tanah Melayu. Tetapi ada ke anak jati yang tergamak bersekongkol dalam gerila menjatuhkan kerajaan dengan cara bersenjata malah membunuh, merogol dan menyiksa rakyatnya sendiri?

Itu bukan pejuang negara, itu pengkhianat namanya!

DAP juga bertanya, hasil Perjanjian Hatyai 1,200 anggota PKM balik ke Malaysia dan disemadikan di Malaysia, kenapa tidak Chin Peng? Sama ada mereka ini buta sejarah atau sengaja hendak memutarbelit sejarah. Semua bekas pemimpin PKM seperti Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang dan dikebumikan di Malaysia kerana mereka memberi kerjasama kepada kerajaan, lama sebelum perjanjian antara PKM dan kerajaan Thailand di Hatyai.

Mereka juga setuju menggugurkan ideologi mereka dan menyatakan sepenuh kesetiaan kepada Yang Dipertuan Agong - sesuatu yang Chin Peng tak sanggup lakukan sampailah pada saat-saat akhir hari kematiannya.

Cuba cari mana-mana artikel atau bahan sejarah yang merakamkan ucapan Chin Peng meminta maaf atas perbuatan kejamnya. Percayalah, TIDAK ADA dan TIDAK PERNAH!

Jadi atas alasan apa abu pengkhianat negara ini hendak dibawa pulang? Apa perasaan keluarga atau waris mangsa kekejaman komunis dan konco-konconya jika itu dibenarkan berlaku?

Admin percaya, masih ada mangsa kekejaman komunis di luar sana yang masih hidup. Kalau tidak pun, keluarga atau waris mereka juga masih ada dan mereka tidak akan pernah lupa

Jadi beginilah, kita cadangkan pemimpin DAP yang kemaruk sangat nak bawa Chin Peng pulang ke Malaysia supaya pergi berjumpa mereka dan tanya "boleh tak maafkan Chin Peng, kami nak bawa abu dia balik Malaysia" Kalau berani cubalah.

No comments:

Post a Comment