Wednesday 18 June 2014

APABILA POLITIK SEMPIT DUNIA MENGUASAI PEMILIRAN AHLI PAS DI SELANGOR, ISLAM AKAN DIHAPUSKAN SEDIKIT DEMI SEEDIKIT. MAHU GANTIKAN MAIS KEPADA MAJLIS ANTARA AGAMA SELANGOR (MAAS)


Betapa rakusnya jiwa keislaman mereka bila Unit Amal PAS bersetuju agar kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dihapuskan terus. cadangan ini lahir dari jiwa 4 Ahli Parlimen PAS Selangor yang dipimpin oleh Yb Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

MAIS dikritik habis2an sejak kebelakangan ini kerana dakwanya lebih dilihat tidak Islamik, mencemarkan imej Islam dan institusi DiRaja Selangor. Kerajaan Negeri Selangor yang didakwanya mempertimbangkan mekanisme yang lebih praktikal untuk mengurus tadbir hal - hal berkaitan agama di negeri Selangor. Dakwanya keadaan ini bukan sahaja menimbulkan keresahan kepada penganut agama lain tetapi juga menggambarkan penindasan Islam terhadap agama lain. Kerajaan Selangor didesak untuk mengamalkan kebajikan haruslah mencerminkan keadilan dan menjaga kebajikan rakyatnya tanpa memilih kepada kaum tertentu atau penganut agama tertentu sahaja.

Unit Amal PAS telah mencadangkan agar Majlis Agama Islam Selangor dibubarkan terus dan diganti dengan Majlis Antara Agama Selangor (MAAS). Unit Amal percaya bahawa melalui Majlis Antara Agama ini pelbagai isu saling kaitan agama boleh dibincangkan dan diselesaikan dengan baik. Ini juga akan membantu kerajaan Selangor meningkatkan kefahaman antara agama di negeri ini. Kononnya
melalui Majlis Antara Agama Selangor ini, segala pengurusan berkaitan agama dapat disatukan di bawah satu bumbung dan pastinya akan meningkatkan kecekapan mengurus pelbagai isu agama yang timbul sejak kebelangan ini.

Majlis Antara Agama Selangor juga membolehkan kerajaan Selangor menguruskan perbelanjaan wang zakat dan baitulmal dengan lebih baik. Dana wang zakat di Selangor dianggarkan mencecah RM1.5 bilion ini boleh diagihkan dengan lebih adil untuk membantu orang Islam mahupun orang bukan Islam di Selangor. Ini amatlah di alu - alukan oleh rakyat segenap lapisan kerana pengurusan wang zakat melalui sistem yang diwarisi dari cara UMNO/BN dilihat tidak mencakupi lapisan masyarakat di Selangor.

Unit Amal mendoakan agar Selangor terus dipimpin oleh Pakatan Rakyat yang menjalankan pentadbiran berkebajikan.

No comments:

Post a Comment