Satu
lagi pendedahan penipuan projek Impian Sarawak anjuran DAP didedahkan apabila
tapak tanah projek air paip graviti tersebut disahkan adalah satu projek
sementara dan sia-sia.
Menurut
ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, kawasan tapak tanah tersebut telah
diluluskan oleh kerajaan untuk projek bekalan air bersih dan akan dilaksanakan
dalam masa terdekat. Saluran paip air bersih tersebut akan dibina oleh JKR pada
tapak yang sama secara PERCUMA tanpa memerlukan pembayaran dari penduduk
setempat.
Berbanding
dengan projek Impian Sarawak itu, penduduk kampung dipaksa membayar duit
penyertaan sebanyak RM250 untuk setiap peserta dan yuran RM30 sebulan kononnya
untuk tujuan penyelanggaraan paip. Nampaknya DAP sekali lagi berniat untuk
mengaut keuntungan dari projek ini yang kononnya dipromosi secara besar-besaran
untuk membantu rakyat.
Sebelum
ini DAP juga pernah menipu orang pedalaman di kawasan Sri Aman berkaitan skim
bantuan anak pokok sawit; juga menerusi projek Impian Sarawak. Penduduk kampung
diumpan dengan bantuan anak pokok sawit bernikai RM1,000 tetapi terpaksa
membayar semula sebanyak RM4,000 pada tahun kedua.
DAP
juga didapati tidak mengutamakan kebersihan air dan risiko penduduk kerana
tidak pernah merujuk Jabatan Kesihatan untuk projek paip air graviti tersebut.
Semakin
terbukti DAP menggunakan alasan projek paip air graviti di kawasan Lawas untuk
tujuan mengaut keuntungan dan menjatuhkan Baru Bian sebagai ADUN di kawasan
tersebut.