Monday, 30 March 2015

LUAHAN AHLI PAS : MAT SABU SEPERTI LEMBU KENYANG TERNAKAN GUAN ENG?

Luahan ahli PAS di portal Tranungkite:

Antara pemimpin PAS yang aku sanjung dan sayang kerana pengorbanan dan perjuangannya ialah Abang Mat Sabu. Beliau pernah digelar harimau berantai PAS. Banyak masa beliau dihabiskan untuk perjuangan sejak muda. Pernah diISA, dihambat dan dibom asap dalam demonstrasi, naik turun mahkamah, dicerca dan difitnah. Hidup berlingkar dalam tribulasi perjuangan Islam.

Abang Mat ni aku doakan biar jatuh bangun dan mati dalam PAS. Kalau tidak, amat tidak berbaloi andai dia akhirnya pada hujung usia tercicir dalam perjuangan mulia ini. Namun, sejak kemelut MB Selangor hingga kemelut hudud dan penghinaan DAP terhadap TG Presiden, aku nampak harimau berantai ni dah jadi macam lembu kenyang.

Dalam tempoh setahun, aku duk perhati Abang Mat ni. Ada yang aku dan ahli PAS lain rasa tak kena. Oleh kerana sayang, aku diamkan saja. Oleh kerana sayang, aku beri peluang harimau berantai ni sedar diri akan peranannya dalam membantu Presiden sebagai Timbalan.

Ubah keputusan TGHH dalam pencalonan nama MB Selangor, aku sabar. Lim Gung Eng kata sedap-sedap pada TGHH , harimau berantai diam, aku sabar. Iring Lim Guan Eng beri bantuan banjir melalui Husam Musa ( bukan MB Kelantan), aku sabar. DAP memerangi hudud, harimau berantai diam, aku sabar. Banyak kali dah sabar tu. Kini Lim Kit Siang, Lim Gung Eng dan pemimpin DAP hina lagi TGHH, aku dah tak tahan sabar. Kalian ahli PAS, masih bersabar? Baguslah.

Hari ni aku nak tanya Abang Mat; hang nak kerja dengan TGHH atau dengan Lim Guan Eng? Hang nak kerja untuk PAS atau untuk DAP? Hang nak kerja untuk Islam atau untuk penentang Islam? Hari ini biar jelas antara benang putih dan benang hitam. Tak perlu lagi playsafe dalam keadaan DAP terlalu biadap dan melampau terhadap Islam, hukum dan ulamanya.

Kini Abang Mat macam dah jadi lembu kenyang. Buat tak sensitif. Letak diri dalam zon selesa. Disumbat mulut dan diberi makan oleh majikan kurang ajar Lim Gung Eng tu. Bukan cara begitu Abang Mat tak nak memekatkan lagi kekeruhan. Hang tu Timbalan? Kata nak bantu Presiden semasa menawarkan diri semasa pemilihan lepas? Dalam situasi Presiden hang dibantai, difitnah dan dinista, hang bantu Presiden? Ke hang bantu jatuhkan Presiden? Ke hang bantu laknatullah Lim Guan Eng? Hang tunggu apa lagi yang nak jadi? Ke hang tunggu gaji bulan-bulan?

Aku tutup tulisan ini dengan doa agar Allah peliharakan Abang Mat, beri kesedaran yang benar itu kelihatan benar dan yang salah itu kelihatan salah. Dan moga Abang Mat menghabiskan sisa nyawa di hujung usia kekal istiqamah dalam perjuangan Islam, mendaulatkan hukum-hkamnya dan menjulang para ulamanya.

Tuesday, 10 March 2015

Tian Chua buat kenyataan bahlol?

Tian Chua Meroyan Petisyen Pembangkang Untuk Meraih Sokongan Amerika Syarikat Dibuang, Tetapi Salahkan Umno/BN Pula.

Lawak melihat gelagat pemimpin pembangkang yang cuba mengaitkan UMNO/BN dalam kes petisyen bebaskan Anwar Ibrahim kepada White House yang telah dibatalkan oleh laman web White House sendiri. Dari Tian Chua sehinggalah kepada Ahli Parlimen DAP semuanya sepantas kilat menyalahkan kerajaan persekutuan, kononnya Najib telah mengarahkan supaya petisyen tersebut dibuang malah ada yang menuduh UMNO/BN telah mengupah penggodam untuk menggodam dan membuang petisyen tersebut.

Tuduhan Tian Chua agak kelakar memandangkan Kerajaan Malaysia mempunyai kuasa yang kuat untuk mengarahkan Kerajaan Amerika Syarikat tunduk kepada permintaan Kerajaan Malaysia membuang petisyen berkenaan. Kalau betul bagai didakwa, Pakatan Pembangkang perlu memboikot Kerajaan Amerika Syarikat.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah petisyen Pakatan Pembangkang dibuang oleh 'The White House' kerana melanggar polisi yang telah ditetapkan iaitu email palsu dari IP yang sama. Terbukti Pakatan Pembangkang sudah hilang sokongan Rakyat hingga terpaksa menggunakan Red Bean Army (RBA) untuk mengumpulkan tandatangan bagi petisyen meminta campur tangan Amerika Syarikat dalam kes Anwar Ibrahim.

Inilah resmi pembangkang, semuanya salah UMNO/BN, tak pernah-pernah salah diri sendiri. Apa yang cuba mereka sembunyikan adalah fakta bahawasanya admin laman web tersebut berhak untuk membuang mana-mana petisyen yang didapati melanggar peraturan seperti penipuan alamat IP yang mana banyak tandatangan menggunakan alamat IP yang sama yang seterusnya membuktikan bahawa perbuatan mencukupkan tandatangan ini dilakukan oleh individu yang sama. Dipercayai semalam satu lagi petisyen yang meminta White House untuk tidak mencampuri urusan Malaysia mendapat lebih banyak tandatangan membuatkan Pakatan Rakyat panik dan terus mengarahkan Red Bean Army untuk menggunakan akaun sama dan tandatangan berulangkali sehingga dikesan admin laman web terseb