Thursday, 22 August 2013

KALIMAH ALLAH MILIK ISLAM SELAMANYA..........


Yeahhhhh pr kalah islam menang......!! Kalimah Allah milik Islam selamanya....!!!

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald

Keputusan berkenaan diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin mula yang bersidang pada pukul 9.30 pagi dan berhenti rehad pada pukul 12.55 tengah hari kemudian bersambung semula 3.30 petang.

Dengan keputusan itu bermakna prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 tidak akan dijalankan. 

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. 

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly. 

Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.

Maknanya...dah selesai... 10/9/2013 xperlu kecuali puak tu bawak ke mahkamah persekutuan.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald. Keputusan berkenaan diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin mula yang bersidang pada pukul 9.30 pagi dan berhenti rehad pada pukul 12.55 tengah hari kemudian bersambung semula 3.30 petang. Dengan keputusan itu bermakna prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 tidak akan dijalankan.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden. Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam. Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah. Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly. Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.

Thursday, 1 August 2013

DAP...............PENIPU DAN RASIS.



Sebuah parti pembangkang yang begitu lantang melaungkan ketelusan dan keterbukaan serta sering menghentam kerajaan kerana korup dan sebagainya kini terpahat sebagai parti paling hipokrit dan penipu tegar.

Melalui penipuan ini juga terbukti kini bahawa DAP adalah parti paling rasis. Ini kerana siasatan mendapati bahawa DAP telah dengan sengaja tidak menghantar notis kepada 753 orang ahli dari kaum India yang layak menjadi perwakilan. Selain itu, pengiraan semula yang dibuat pula membuktikan berlakunya manipulasi di mana DAP dengan sengaja memenangkan Zairil Khir Johari setelah pengiraan awal menyaksikan tiada langsung wakil dari kaum Melayu terpilih.

Namun, cubaan DAP untuk mengaburi sikap rasis mereka melalui perlantikan Zairil hanya menyebabkan sikap tersebut semakin terserlah kerana Zairil bukan Melayu tetapi Cina. Kenapakah seorang Cina yang diangkat dan diumumkan sebagai ‘wakil Melayu’ melainkan kerana DAP terlalu rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu dalam barisan kepimpinan parti itu? Tidak cukup dengan tidak telus, menipu dan rasis, DAP juga kini terbukti sebagai kejam apabila menolak keputusan ROS agar diadakan pemilihan semula.

Sudah tentu sekali DAP tidak sanggup mengadakan pemilihan semula kerana ia akan bermakna mereka terpaksa menjemput 753 orang perwakilan India yang telah diketepikan sebelum ini. Ini juga bermakna mereka perlu menghadapi kemungkinan Zairil mendapat undi corot sekali lagi sepertimana pengiraan awal. Malah, ia mungkin menyebabkan kedudukan Guan Eng dan kroni serta kuncunya terpelanting.

Untuk mempertahankan kedudukan, DAP tidak akan sekali-kali membela hak perwakilan yang telah diragut mereka. Malah, DAP sanggup memecat 753 orang perwakilan India itu pada bila-bila masa asalkan tiada pemilihan semula. Tidak mustahil, inilah sebenarnya yang DAP mahukan iaitu agar semua ahli-ahli faham bahawa kepimpinan DAP adalah hak kaum Cina dan kaum-kaum lain hanya diperlukan untuk menutup warna rasis parti itu sahaja. Justeru, kaum India dan Melayu tidak perlu susah-susah bertanding mahupun menghadiri mesyuarat parti, cukup dengan menjadi kuli dan balaci untuk meraih undi Melayu dan India.

Jika sikap DAP ini bukan rasis, samseng, diktator dan kejam, maka apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan mereka? Nampaknya, pemimpin-pemimpin DAP mempunyai sikap jahat yang lengkap termasuk hipokrit, penipu dan tidak tahu malu. Biar seluruh dunia mengetahui yang mereka menipu, asalkan mereka dapat memastikan kaum mereka berkuasa.
Jelas, DAP adalah sebuah parti yang langsung tidak mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan ketamadunan. Bayangkan sekiranya parti ini berjaya menjadi pemerintah, pastinya ‘tragedi 14 hari Malaya di bawah penguasaan komunis’ akan berulang. Sudah pasti..............