Yang `buta' tetap Anwar, mahu tipu hidup-hidup orang kampong....
Petanda anwar cuba tipu rakyat setiap masa sebilang waktu.
Sedikit komen saya berkaitan isu peti undi hilang & isu blackout dll. Ikhlas dari Muhamadiah Iskandar Mohamad.
Saya menjadi petugas spr utk proses pengundian semalam. Utk pengetahuan
anda semua, dari proses undi yg pertama seawal jam 8pagi, sudah ada
Polling Agent (PA) dari setiap parti yg duduk betul2 depan peti undi
sebagai saksi sepanjang proses pengundi menjalankan tanggungjawab.
Selesai proses undi jam 5 ptg, CA pula akan menjalankan tanggungjawab
sbg saksi utk pengiraan undi. Jadi tiada SATU SAAT pun peti undi itu
terlepas dari pandangan agent setiap parti! Jika anda menyalahkan kami
petugas SPR yg menghilangkan peti undi itu, anda juga WAJIB menyalahkan
agent parti anda kerana tidak menjalankan tugas ataupun bersubahat
dengan SPR. Selesai proses pengiraan, keputusan akan ditulis di dalam
borang 14. Manakala kertas undi akan dibungkus dalam sampul, disimpan
dalam peti undi, disimpan bersama maklumat berkaitan dan dikunci peti
itu. At this stage, peti sudah tidak penting, yg penting adalah
keputusan BORANG 14. Borang ini akan di tandatangai oleh setiap agent
parti yg ada. Keputusan borang 14 yg telah ditandatangani ini kemudian
akan dihantar kepada tempat undi dikumpul. Lupa apa istilah tempat ini.
Di sinilah semua keputusan dalam borang 14 dari setiap UDM akan
ditambah.
Isu blackout pula, jika pun blackout berlaku, amatlah
mustahil ada peluang peti undi ditukar. Bayangkan, jika ada 2 parti yg
bertanding, ada 4 org CA di depan peti undi. Takkan lah semua tidak akan
bertindak apa2. At least suluh lampu handphone. Jarak peti undi dan
agent juga sangat dekat, jika ia ditukar pun PASTI agent akan perasan.
Anda semua pernah mengalami keadaan blackout kan, at least kita masih
nampak samar-samar objek dihadapan kita.
Sedikit luahan hati
saya ....Saya telah keluar dari rumah jam 3.00 pagi menuju ke Pusat
Pengumpulan Kertas Undi. Kami berkumpul di sana sebelum kul 4. Saya
bergerak ke Pusat mengundi dengan membawa kertas undi pukul 5.00 pagi
bersama saya ialah seorang kawan saya petugas SPR dan seorang anggota
polis Saya bertugas di kawasan jaraknya lebih kurang 87km dari rumah
saya ..Kami sampai ii pusat mengundi jam 6.00 pagi kami solat subuh
dulu... Kami seramai lima orang bertugas di sana dengan melayan pelbagai
karenah pengundi ada yang x puas hati dan provok kami.. nak solat dan
makan pun kami terkejar2 mencari masa. Selepas tempoh pengundian tamat
kami semua bersiap untuk proses pengiraan undi. Kami cuba yang terbaik
demi Allah dan negara kami. Kami selesai pengiraan lebih kurang 8 malam
kami bergegas balik ke tempat pengumpulan peti undi.Sudahlah penat,
balik rumah buka fb kena provok pula kata kami kerja tak bersih.. apakah
perasaan kami… dah lama kami letih gila dah tu lah kerja kami x
dihargai malah dimaki lagi huhuhuhu
Berkaitan isu dakwat kekal,
itu saya juga tidak bersetuju kerana dakwat itu kerana tak tepati
dengan apa yg SPR kata. Kita nak bangkang, biarlah rasional. Mungkin ada
tempat yg hebat penipuannya, saya tidak tahu. Jika semua tempat
pengundian sama keadaan dgn UDM saya, saya pasti tiada penipuan boleh
dilakukan semasa proses kiraan. Sekian dari budak mentah yg baru first
time involve dgn PRU. (rimas tgk fb default picture color hitam)... Saya
percaya Allah maha mengetahui kepada semua kawan-kawan fb saya , saya
mohon renungkanlah apa yg berlaku seandainya kita masih bertelagah macam
ini.. tidak boleh kah kita bersatu demi agama kita Islam tidak mustahi
kita akan merempat dinerara sendiri... Allahualam Ihklas dari saya
Muhamadiah Iskandar b Mohamed
No comments:
Post a Comment