Thursday, 27 October 2016

TUN M LUPA..............

Dari hari ke hari, serangan ke atas Dato Seri Najib oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semakin menjadi-jadi. Yang terkini, pemberian BR1M kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya. Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Tun M.
Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Tun M, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Tun M yang menganggap Tun sebagai seorang yang maksum umpama Nabi.

Setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara. Di zaman Tun M, salah satu pendekatan yang beliau gunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar.
Saya masih ingat, Tun M selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai".
Itu cara Tun dan kerana itu jugalah bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 Billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat.

Ya, memang betul Anwar seorang peliwat, tidak syak lagi. Tetapi kalau betul Tun M tidak boleh terima seorang peliwat untuk menggantikan beliau, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar, tetapi Tun tidak pernah kisah soal moral Insan yang setia bersamanya ketika itu.
Tun hanya bertindak ke atas Anwar bila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi 1997-1998. Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.

Di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, beliau tidak menggunakan pendekatan Yang Tun ambil. Lagipun, jika RM 5 billion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan.
Matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran, tiada bezapun dengan matlamat Tun M. Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka.
Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.

Tun M bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun Jet yang turut beliau dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi 1997-1998. Isu tersebut hampir semuanya sudah dijawab dan Tun M bukanlah seorang yang malas membaca.

Yang menyebabkan Tun M gelabah tidak tentu pasal hari ini adalah apabila beliau melihat perginya TG Nik Aziz dan Lee Kwan Yew. Tun M tahu yang masanya juga akan sampai dan beliau "running out of time".
Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Tun M membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik. Setiap Perdana Menteri selepas beliau dianggap hanya "Calon Sementara" sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri.
Tempoh masa yang diberikan juga sekitar 5 tahun supaya beliau sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi No 2 sebelum beliau menemui Ilahi.

Itu sebabnya saya tidak terkejut bila Tun M kata Najib akan jatuh bulan Mac. Dulu, Pak Lah dilanyak teruk sejak beliau membatalkan projek Jambatan Bengkok yang Tun M luluskan.
Pak Lah bertahan selama 5 tahun 8 bulan.
Dato Seri Najib pula mula menjadi mangsa bila beliau mengambil keputusan yang menjejaskan kroni Tun M. Antaranya dengan membatalkan kontrak bekal tenaga oleh 4 IPP yang dimiliki oleh YTL, Syed Mokhtar, Genting dan Ananda.

Bila batal kontrak pembekalan tenaga kepada TNB ini, cerita yang berjaya disembunyikan dari pengetahuan rakyat ialah wang rakyat sebanyak RM19 billion setahun telah berjaya Dato Seri Najib selamatkan kerana kita tidak perlu lagi memberi subsidi kepada keempat-empat IPP ini termasuk dua daripadanya yang telah dibeli oleh 1MDB iaitu IPP milik Ananda dan Genting. Dan inilah juga puncanya kenapa Ananda terpaksa membayar balik lebih 2 billion (Bukan Pinjaman) kepada 1MDB kerana pembelian IPP milik Ananda dibuat bersekali dengan nilai kontrak membekal tenaga yang dimiliki oleh IPP milik Ananda itu.

Semalam, genap 6 tahun DSN memerintah dan ini jelas membuktikan jangkaan Tun M bahawa Najib akan jatuh bulan Mac lepas ternyata meleset.
Kepada sahabat-sahabat yang masih "blur" kenapa Tun M merapu mempersoalkan pelbagai pekara yang sebenarnya sudahpun terjawab, izinkan saya menyatakan puncanya. Sebabnya hanya satu, Tun M tidak yakin yang Mukriz mampu menyaingi KJ tanpa bantuannya. Itu sebabnya DS Najib perlu ditumbangkan supaya Mukriz lebih mudah ke Kerusi No 2 sebelum beliau memejamkan matanya.

Buat Tun M, pesanan saya cuma satu. Ingatkan kembali ayat yang selalu beliau utarakan, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran. Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar".
Bagi saya KJ dan Mukriz keduanya aset negara dan kalau kita hendak melihat UMNO kekal berkuasa lama, kedua mereka harus kita angkat memimpin kita. Akan tetapi biarlah mereka berdua ini naik dengan kemampuan mereka sendiri dan melalui persaingan yang sihat.


Kalaupun Tun nak bantu Mukriz, gunakanlah pengalaman berharga Tun itu membantu Mukriz menjadi seorang Menteri Besar yang berwibawa dan terbukti berjaya membawa negeri Kedah ke arah kegemilangan yang disanjung rakyat.


Tetapi, kalau Tun M terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan DS Najib, saya khawatir bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi BN juga akan tumbang sebagai parti memerintah. Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa. Masa itu, bukankah anak Tun sendiri yang akan berputih mata?

Thursday, 25 February 2016

Lagi Penipuan Projek Impian Sarawak DAP Didedahkan!!




Satu lagi pendedahan penipuan projek Impian Sarawak anjuran DAP didedahkan apabila tapak tanah projek air paip graviti tersebut disahkan adalah satu projek sementara dan sia-sia.

Menurut ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, kawasan tapak tanah tersebut telah diluluskan oleh kerajaan untuk projek bekalan air bersih dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Saluran paip air bersih tersebut akan dibina oleh JKR pada tapak yang sama secara PERCUMA tanpa memerlukan pembayaran dari penduduk setempat.

http://3.bp.blogspot.com/-7i4P7ge7S5M/VBs0aDvwEDI/AAAAAAAAFB0/uVtZdIbj9kQ/s1600/Dato%2BHenry%2BSum%2BAgong.jpg
Dato Henry Sum Agong: MP Lawas

Berbanding dengan projek Impian Sarawak itu, penduduk kampung dipaksa membayar duit penyertaan sebanyak RM250 untuk setiap peserta dan yuran RM30 sebulan kononnya untuk tujuan penyelanggaraan paip. Nampaknya DAP sekali lagi berniat untuk mengaut keuntungan dari projek ini yang kononnya dipromosi secara besar-besaran untuk membantu rakyat.


Sebelum ini DAP juga pernah menipu orang pedalaman di kawasan Sri Aman berkaitan skim bantuan anak pokok sawit; juga menerusi projek Impian Sarawak. Penduduk kampung diumpan dengan bantuan anak pokok sawit bernikai RM1,000 tetapi terpaksa membayar semula sebanyak RM4,000 pada tahun kedua.

DAP juga didapati tidak mengutamakan kebersihan air dan risiko penduduk kerana tidak pernah merujuk Jabatan Kesihatan untuk projek paip air graviti tersebut.


Semakin terbukti DAP menggunakan alasan projek paip air graviti di kawasan Lawas untuk tujuan mengaut keuntungan dan menjatuhkan Baru Bian sebagai ADUN di kawasan tersebut.


Monday, 12 October 2015

MAHATHIR YANG LICIK!


Menjawab soalan wartawan berkait kritikannya kepada Najib. Mahathir menjawab ala ala Jokowi. Tiga ke lima patah perkataan sahaja.
"Dia kena letak jawatan."
"Jawatan PM dan Presiden parti lah".
"Malu negara media lapor Malaysia kurup (rasuah)".
"Saya dulu pun orang kata kurup.
"Tapi saya tak kurup."
Bahasa mudah untuk difahami. Ketika timbalannya Ghafar Baba dilihat setia, dia menukarkan dengan pendatang baru dalam politik BN iaitu Anwar Ibrahim. Ghafar dilihat tua dan tak berupaya menggantikannya walaupun sejak penubuhan UMNO Ghafar bersama. Awal daripada itu Mahathir pernah mengkritik PM pertama Tunku Abdul Rahman dalam buku The Malay Dilema. Beliau juga dikatakan berbaik dengan mahasiswa dan menyokong demonstrasi anti Tunku. Akhirnya dia dipecat pada tahun 1969. Di luar UMNO dia pernah naik ke pentas PAS di Klang mengkritik pemerintah.
Tetapi apabila Tun Razak menjadi PM, beliau diambil kembali masuk kerajaan pada tahun 1972. Di zaman Tun Husein Onn beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1976 dan pada tahun 1981 menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Bayangkan sudah dipecat keahliannya, tetapi boleh masuk semula UMNO dan naik begitu cepat sehingga menjadi Perdana Menteri. Inilah kelicikan Tun Mahathir.
Berbalik kepada timbalannya bernama Anwar Ibrahim yang dilihat paling berpengaruh dan berkeupayaan berbanding timbalannya yang lain seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Abdullah Badawi. Mahathir memberi kepercayaan kepada Anwar dalam masa yang singkat. Pengaruh lawannya KuLi berjaya dipatahkan pada tahun 1996 KuLi membubarkan Parti Melayu Semangat 46. Sebelumnya dalam perlawanan Mahathir vs KuLi 1987, bapa Anwar Dato' Ibrahim dilihat diantara pencatur yang membawa kemenangan Mahathir. Tidak pelik Mahathir menziarahi jenazah Al Marhum kerana mereka berkawan lama. Mahathir bercuti beberapa bulan pada tahun 1997. Anwar memangku.
Kesempatan itu digunakan Anwar untuk melakukan beberapa perubahan dan ramai 'orangnya' dibawa masuk ke tempat strategik dalam kerajaan dan UMNO. Pemilihan UMNO tahun tersebut, proksi Anwar memenangi Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO melalui Zahid Hamidi dan Dato Zaharah Sulaiman. Kempen menjatuhkan Mahathir mula digiatkan. 1998 melalui War Room mereka di Plaza Pekeliling, Zahid memulakan serangan kepada Mahathir dengan isu KKN (Kuropsi, Kronisme dan Nepotisme) yang melibatkan anak anak Mahathir secara terbuka dalam Perhimpunan Agung UMNO. Media media menyambut. Penyokong Mahathir membalas dengan mengedarkan buku '50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM' yang dikarang oleh Khalid Jefri. Ia diedar ke perwakilan berupa cerita cerita berbentuk tuduhan rasuah, liwat dan lain-lain.
Berakhir dengan Anwar dipecat pada 2 September 1998 ketika negara hangat dengan Sukan Komenwel yang julung-julung kali diadakan di Malaysia. Media melaporkan pengakuan Anwar bahawa tiada pergeseran diantara dia dengan Mahathir dan beliau setia dengan Mahathir. Namun Mahathir bertindak cepat memecat dua Ketua Pengarang orang Anwar di Utusan dan Berita Harian. Salah seorangnya Dato Johan Jaafar. Selepas dipecat. 20 September 1998 di hari Queen Elizibeth merasmikan penutup Sukan Komenwel, Anwar di tahan ISA dan mendengkam dalam penjara selama 6 tahun.
Gelombang reformasi memburukkan nama Mahathir. Kali pertama dalam sejarah selepas merdeka, berlaku protes besar besaran di ibu negara. BN tewas di negeri Terengganu. Pakatan pembangkang memenangi banyak kerusi di seluruh negara. Mahathir digelar Mahafiraun dan Mahazalim. Adakah beliau tewas? Selepas namanya buruk selama 4 tahun pasca pemecatan Anwar. Mahathir mengumumkan secara mengejut melepaskan jawatan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 22 Jun 2002. Ia mengejutkan pimpinan dan perwakilan. Segera dipujuk oleh timbalannya Pak Lah Badawi, Ketua Wanita Rafidah Aziz dan Ketua Pemuda Hishamudin Husin. Tengiang jeritan Rafidah, "Why! Why! Berakhir dengan Mahathir menerima pujukan dan menarik balik perletakan jawatan.
Namun selepas itu diumumkan plan peralihan kuasa beliau kepada Pak Lah Badawi setahun berikutnya. Lalu mulalah diceritakan kembali jasa besar Mahathir membangunkan Malaysia. Kemudian pada tahun yang sama Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan OIC dan NAM. Mahathir menggunakan kesempatan itu menghentam Amerika dan Zionis. Masyhurlah nama Mahathir di dunia Islam dan negara membangun sebagai hero umat Islam dan negara tertindas. Namanya diabadikan oleh pak pak arab sebagai pemimpin berani sehingga ke hari ini. Walaupun arab arab ini tidak tahu hubungan dan kerjasama baiknya dengan Amerika. Kemudian beliau melepaskan jawatan dengan nama yang terjulang.
Apabila penggantinya Pak Lah membebaskan Anwar. Ia mendatangkan kemarahan. Ditambah dengan penguasaan Khairy dan Kamaludin Abdullah dalam pelbagai perniagaan dan percaturan politik dalaman UMNO. Mahathir bekerjasama dengan blogger pro pembangkang Raja Petra melalui Malaysia Today menjadi penganjur pentas Mahathir mengkritik Pak Lah di Kelab Century Paradise di Ampang. Pemula kritikan itu disambut dan dijaja hari hari. Berakhir dengan BN tewas terus pilihanraya 2008 dan Pak Lah berjaya dijatuhkan.
Naik Najib juga atas percaturan Mahathir. Kini dia memulakan kempen menjatuhkan Najib. Ramai seronok dengan serangan Mahathir ini. Ramai optimis Najib akan berundur. Tetapi adakah ianya kejatuhan BN kepada pembangkang atau menguatkan BN pasca Najib.
Sejarahnya begini.
1. Mahathir lawan Tunku Abdul Rahman. Tunku kalah.
2. Mahathir lawan Tengku Razaliegh. KuLi kalah.
3. Mahathir lawan Anwar. Anwar kalah.
4. Mahathir lawan Pak Lah. Pak Lah kalah.
5. Mahathir lawan Najib. Siapa yang kalah?
Pokoknya keempat perlawanan sebelumnya memberi beberapa keuntungan dan kerugian kepada pembangkang. Untuk bertukar kerajaan tidak pernah sekali berlaku. Lalu lihatlah pula permainan Mahathir kali ini dalam 'game' menjatuhkan Najib ini.

MELAYU DALAM DAP AKAN JADI PERDANA MENTERI?





Lim Kit Siang menjanjikan bahawa kononnya bangsa Melayu tidak perlu takut untuk memberikan undi kepada DAP pada PRU ke-14 nanti kerana pihaknya bersetuju untuk melantik Perdana Menteri dari bangsa Melayu?

Bagi menyokong hujahnya itu, dia menegaskan bahawa kononnya bangsa Melayu juga tidak akan tertindas kerana majoriti kakitangan awam dan anggota tentera di negara ini adalah berbangsa Melayu. Tapi dia tidak beritahu pula bahawa penjawat awam hanya golongan pelaksana dasar-dasar DAP nanti…

Tentu ada di kalangan orang Melayu yang terpengaruh dan percaya pada kata-kata Kit Siang itu. Jika tidak, masakan pula ada di kalangan bangsa kita yang sanggup menyertai dan ‘memperhambakan diri’ ada perjuangan serta perlembagaan parti itu, bukan?

Malah, ada segelintir anak muda yang kononnya berfikiran terbuka dan tiada jatidiri turut bersetuju dengan kata-kata Penasihat DAP itu. Ada yang berhujah kononnya pemimpin Melayu lebih teruk dari DAP dan lebih rela dipimpin oleh parti tersebut.

Nampak gayanya Kit Siang sedang memasuki fasa kedua, cuba menjejak langkah mentornya, mendiang Lee Kuan Yew. Mana mungkin kita lupa dengan Kuan Yew yang sanggup memakai songkok untuk ‘memujuk’ bangsa Melayu Singapura, bukan? Natijahnya, hanya Melayu Singapura saja yang tahu…

Mungkinkah DAP akan melantik Anwar? Atau itu hanya kata-kata manisnya sahaja? Kononnya DAP setuju memberi hak kuasa atas faktor demografi Malaysia? Percayakah kita pada kata ‘bayang-bayang’ Kuan Yew itu?

Cuba kita lihat di Pulau Pinang misalnya. DAP memiliki 19 Dun, PKR pula 10 Dun dan PAS pula hanya 1 Dun sahaja. Mungkin PAS tidak layak untuk dijadikan Ketua Menteri kerana mempunyai 1 kerusi Dun sahaja. Tapi kenapa tidak diberikan kerusi Ketua Menteri itu pada PKR?

Jika di Selangor pula, DAP mungkin mempunyai jumlah 15 kerusi Dun, sama seperti PAS. PKR pula mempunyai 13 Dun. Tapi mengapa melantik PKR untuk menjadi Menteri Besar? Kenapa DAP tidak berikan jawatan itu pada PAS?

Di Pulau Pinang, DAP berkuasa dan memegang kerusi Ketua Menteri dengan kelebihan 9 kerusi berbanding PKR. Di Selangor DAP juga berkuasa, tapi memberikan kerusi pada PKR walaupun PAS lebih banyak kerusi dari parti Anwar itu.

DAP sejak dari awal lagi tidak percaya pada PAS. Malah mereka memilih untuk melantik PKR menjadi Menteri Besar supaya senang mereka jadikan ‘boneka’ dan mencanang ke seluruh negara kononnya mereka tidak gila kuasa atau ‘memberi muka’ pada bangsa Melayu. Namun kita sedar taktik DAP itu.

Jelaslah di sini bahawa DAP sememangnya sangat mementingkan kuasa dan jawatan, sama ada secara langsung atau secara membonekakan seseorang.

Sekiranya dirujuk pada kerusi parlimen, DAP mempunyai 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi sahaja. Walaupun PKR dan PAS bertanding lebih banyak di kerusi Parlimen, mereka kalah teruk di tangan BN pada PRU ke-13 lalu.

Manakala DAP, walaupun bertanding di 51 kerusi parlimen sahaja, mereka berjaya membawa pulang 38 kerusi kepada parti mereka, terima kasih pada tok-tok lebai PAS yang siang malam berkempen untuk mereka pada ketika itu. Hasilnya DAP senyum, mereka juga yang ‘menangis’?

Dan kini Kit Siang mendakwa DAP sanggup lepaskan kerusi Perdana Menteri? Sama saja, sama ada pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri atau tidak, DAP tetap ‘Perdana Menteri’ jika Pakatan ‘Haram-Haraman’ itu berjaya menewaskan BN.

Jika tidak menjadi Perdana Menteri, maka ‘boneka’ yang menjadi Perdana Menteri itu perlu mendengar perintah mereka?

Itulah yang tersirat di sebalik yang tersurat berkenaan kenyataan bapa Lim Guan Eng itu. Kit Siang mungkin tidak menyusun strategi ini untuk dirinya. Namun mungkin strategi itu dirancang untuk anaknya di Pulau Pinang.

Khabarnya di Pulau Pinang, bukan saja Melayu UMNO saja yang menyesal, malah Melayu PAS lebih menyesal dari Melayu UMNO. Negeri itu khabarnya sedang dalam proses ‘diSingapurakan’. Dan penulis percaya, jika Malaysia berjaya dijajah Pakatan ‘Haram-Haraman’ itu, kita sedang menempa malapetaka! Nau’zubillahi min zalik…

Wednesday, 7 October 2015

MANSUH IPP, MANSUH AP, MANSUH PERNIAGAAN MESIN SLOT... PATUTLAH BERIA-IA DESAK NAJIB LETAK JAWATAN!!!


 Malaysia Today melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi, sepertimana yang diminta oleh YTL.
Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan permintaan YTL untuk memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL menyaksikan kilang duitnya telah 'ditarik balik'.

1MDB bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke tarikh luput.

Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25 tahun akan datang.

Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP.

Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah entiti berhantu sehinggakan kempen agar Najib diturunkan daripa jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan.

PPA inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'lesen mencetak duit' semata-mata.

Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan 'angsa emas' kumpulan-kumpulan tertentu sehingga sakit hati tersebut memunculkan kempen menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan keburukan 1MDB kepada negara.

Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun.

Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport sebarang jenama kereta untuk dijual di pasaran Malaysia.
Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun sebelumnya dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40% lagi diberikan kepada pemegang franchise.

Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.

Mereka telah berjaya memperolehi 33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah keseluruhan 66,277) bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 68,330) untuk tahun 2005 sahaja, menurut senarai yang didedahkan oleh kerajaan. Berdasarkan kepada anggaran jualan kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan daripada perniagaan ini adalah RM996 juta secara keuntungan bagi tahun 2004 dan RM848 juta bagi tahun 2005.

Jumlah keseluruhan perniagaan AP adalah lebih kurang RM2 bilion setahun atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenalkan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi sistem berkenaan). Menurut maklumat dari industri permotoran, AP telah menghasilkan kenaikan harga kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar memandangkan para pembeli kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang AP secara tanpa sedar.

Perolehan berbilion ringgit dari perniagaan AP ini amat menjejaskan sekiranya Malaysia bersetuju menyertai TPPA yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat. Berita tentang pengakhiran perundingan selama lima tahun antara Malaysia dengan Amerika Syarikat pada Isnin lepas, benar-benar mencemaskan golongan terbabit kerana mereka sedar, sebaik-baik sahaja Malaysia menyertai TPPA, mereka akan kehilangan hak AP, malahan AP sendiri sudah tidak wujud lagi.

Satu lagi mesin cetak duit yang amat menguntungkan dan bakal dihapuskan oleh Najib adalah mesin slot. Semenjak 1980-an, perniagaan ini telah menjana keuntungan dianggarkan lebih RM10 bilion setahun di mana 70% daripada perniagaan tersebut dikuasai oleh keluarga Vincent Tan.

Maka tidak hairanlah mengapa Robin Tan, saudara lelaki Vincent yang mengendalikan perniagaan tersebut, menjadi pengkritik keras Najib Abdul Razak dan pentadbirannya

Tuesday, 6 October 2015

PAKATAN BARU Akan Ditubuhkan Di Selangor Bagi Menyingkirkan DAP dan Menggulingkan Keluarga Anwar?





 

Monday, 5 October 2015

SIAPA EMPAT INDIVIDU SAMAN HJ HADI?

Rakyat sudah mula mempersoalkan siapa di sebalik empat individu dan profil mereka mempunyai hubung kait dengan beberapa parti politik? Empat individu yang dimaksudkan itu adalah Mansoor Saat, Azira Aziz, Hazwany Jamaluddin dan Hasbeemaputra Abu Bakar. Semuanya melayu tetapi jiwanya belum tentu?
Dua daripada mereka adalah peguam dari Majlis Peguam Malaysia, Mansoor Saat dan Azira Aziz, manakala dua lagi adalah aktivis masyarakat sivil. Namun keempat-empat mereka mempunyai persamaan iaitu menyokong BERSIH 4.0 dan hak asasi manusia.
Selain peguam, Mansoor Saat pernah menjawat jawatan Gabenor Daerah Kelab Antarabangsa Rotary Malaysia. Rotary adalah sebuah pertubuhan pimpinan profesional yang mendakwa mereka menyediakan perkhidmatan kemanusiaan untuk memperbaiki hubungan manusia, standard etika menggalakkan tinggi dalam semua kerjaya dan keamanan di dunia.
Kelab Retory Bangsar juga pernah menjemput Hannah Yeoh,  Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai tetamu kehormatnya.
Dalam masa sama, Hannah Yeoh, ADUN DAP Subang Jaya juga merupakan aktif dalam National Evangelical Christian Fellowship (NECF). Ini membuktikan Kelab Retory Malaysia ada hubung kaitnya dengan gerakan Kristian Malaysia.
Azira Aziz juga seorang peguam dari Majlis Peguam Malaysia. Selain peguam, Azira juga turut aktif dalam pergerakan BERSIH 2.0 dan 4.0. Gambar-gambar Konsert BERSIH 8T 2012 (sila klik di sini) menunjukkan lingkaran Azira berkait rapat antara Majlis Peguam, BERSIH, Mohamad Sabu dan DAP.
Azira dan Young Safura (DAP) mengaku hadir semasa majlis perasmian Parti Pekerja Malaysia @ Parti Amanah Negara pada 16 September. Mereka hadir atas tiket NGO ‘Demi Malaysia’. ‘Demi Malaysia’ adalah tagline yang selalu digunakan  Lim Kit Siang. Jika singkatan ‘Demi Malaysia’ dipanjangkan menjadi ‘Demi Rakyat Malaysia’ ia akan membawa persamaan konotasi dengan lagu rasmi DAP.
Azira juga aktif dalam  Loyarburok dalam UndiMsia. UndiMsia mempunyai rangkaian yang sama dengan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), REFSA (Pemikir DAP), KOMAS, Sinar Project, Amnesty International Malaysia iaitu rangkaian yang sama yang menggerakkan BERSIH. Dua lagi aktivis masyrakat sivil, Hazwany Jamaluddin dan Hasbeemaputra Abu Bakar juga datang dari kelompok ini.
Hasbeemaputra adalah bekas ahli jawatankuasa sekretariat SUARAM,  manakala Hazwany adalah pegawai program Sinar Projek. Sinar Project ditaja oleh Southeast Asia tech and Transparency Initiative.